Airin duduk sendirian dikolam renang.Mama baru sahaja masuk kerana sudah mengantuk.Penat agaknya kerana seharian mereka membeli belah di Bangsa Village.Banyak juga yang mereka borong.Mujur ada Zarul.Dapat juga bantu membawa barang mama dan menjadi pemandu tidak berbayar mereka.Lagipun Pak Sahak tiada hari itu.Menemani Tuan Hakim ke Melaka.
"Jauh menung..Kenapa duduk luar ni.Tak sejuk?"Airin tersenyum melihat Zarul menghampiri dia yang sedang duduk di bangku menghadap kolam renang.Airin mencapai mug yang dihulur Zarul.
"Horlick.."
"Thanks..Tau..tau jer abang.."
"Of course abang tahu..Banyak beli baju tadi..Tukar imej nampak?"Dari tadi Zarul ingin bertanya tetapi takut Airin hilang mood hendak membeli belah.Airin ketawa kecil.
"Tak lama lagi nak habis study dah.Tak kan Rin nak pakai baju tak cukup kain lagi..Lagipun Rin tak nak lah parties..Clubbing lagi"
"Ke sebab apa yang jadi masa party Adinda?"Airin menyaup muka.Tidak mahu ingat lagi apa yang jadi waktu itu.
"Malas nak ingatlah bang...Jangan sebut lagi pasal hal tu boleh?"Zarul mengangguk.Tidak mahu Airin rasa terganggu.
"Sorry sayang...Abang tak akan sebut lagi..Abang suka kalau Rin berubah"
"Thanks bang.."Perlahan Airin menghirup air Horlick didalam mug sambil diperhatikan oleh Zarul tekun.Untuk seketika mereka hanya diam membisu.
"Abang..Airil dah tahu pasal kita.."Perlahan suara Airin.Meluahkan kata-kata.
"Macam mana dia boleh tahu?"Zarul pelik bagaimana Zairil boleh tahu.
"Rin mabuk..Rin yang cakap sendiri agaknya"
"Habis tu macam mana?"
"Tak tahulah bang.Buat masa ni,kita berjaga-jaga jer lah...Jangan sampai Mama tahu dah lah..Rin tak nak Mama benci Rin nanti"
"Abang harap,Rin tak akan kecewakan abang.."Airin diam.Tidak berani berjanji.Dia takut Zarul benar-benar kecewa nanti jika tahu apa yang terjadi antara dia dan Zairil.
"Airin Natasya..."Airin dan Zarul menoleh kearah Zairil yang sedang berdiri di pintu.Bila Zairil balik,mereka langsung tidak sedar.
"Rin naik dulu..Nanti mug tu abang hantar.."Zarul mengusap rambut Airin .Dia menjeling Zairil sekilas.Zairil boleh berlagak kerana dia tiada hak keatas Airin.Tunggu nanti bila semua sudah selesai.
***************
"You berbual apa dengan Zarul?"Airin tidak menjawab.Dia mengemas beg kertas yang berlambak diatas lantai.
"Kenapa diam?"
"You nak i cakap apa?"
"I minta maaf pasal apa yang i cakap pagi tadi...Im sorry"Zairil memegang bahu Airin lembut.Dengan Airin tidak boleh berkeras.Lagipun dia penat hendak bergaduh dengan Airin.
"Its okay.."Airin menepis tangan Zairil.Dia pura-pura menyibukkan diri mengemas.Rasa panas pula bilik itu bila berdua dengan Zairil.
"Kita balik rumah kita nak Rin.."Sesungguhnya,Zairil tidak senang jika Airin terus disitu jika Zarul ada.
"You balik lah..I nak duduk sini for a while.."Zairil menggeleng.
"Tak boleh..I tahu,you nak duduk sini sebab ada Zarul kan?"Airin berhenti mengemas,dia memandang Zairil lama.
"You kenapa sebenarnya ni..Sebelum ni you okay jer.Apa masalah you"
"Masalah i adalah you sayang"Airin rasa ingin ketawa bila Zairil memanggil dia sayang.
"You mabuk ke Ril?Demam?"Airin merasa dahi Zairil.Biasa sahaja.
"You yang buat i mabuk..Rin..Please..Kita balik...I tak boleh tengok you dekat dengan Zarul"Tangan Airin digenggam erat.Zairil benar-benar maksudkan apa yang dia katakan.Dia cemburu.Hanya dia sahaja yang boleh menyentuh Airin.
"Jangan merepeklah Airil..Baik you mandi..I nak tidur"Airin menolak Zairil.Takut lihat Zairil begitu.
"Hurmm..Im sorry..."Zairil akur.Asalkan Airin tidak keluar dari bilik itu dan pergi kepada Zarul.Itu sudah cukup.Dia akan sabar sedikit.Zairil mencapai tuala dan terus kebilik mandi.Wangian Airin memenuhi ruang bilik mandi itu.Mungkin baru sahaja digunakan Airin tadi.Bila Zairil keluar,Airin sudah terlena.Zairil mengucup dahi Airin sebelum berlalu ke almari pakaian.Masih banyak pakaian yang dia tinggalkan disitu.Zairil lihat banyak baju Airin yang tergantung di dalam almari.Airin mahu lama disitukah?.
"Sayang.."Kejut Zairil perlahan.
"Errmm,apa dia..."Airin memisat matanya.
"You memang tak nak balik ke?"Soal Zairil lembut.Airin menelan air liur melihat Zairil sedang duduk disisi katil.Hampir dengan dia dengan hanya bertuala.
"Nanti i balik lah"
"Tapi you susun baju banyak-banyak dalam almari tu kenapa?"Airin rasa ingin cepuk saja wajah Zairil.Itu sahaja yang Airil ingin tanya semata-mata.Macam Zairil tidak boleh tunggu esok.
"I nak hantar semua baju tu ke dobi...Dah?I nak tidur..."
"Rin...i tak boleh tidurlah"Airin menyaup wajah.Ada apa lagi dengan Zairil.
"So..You nak apa?"
"I nak you..."Mata Airin membulat.Zairil mengigau atau apa.
"Gila lah you ni.."
"Memang i gilakan you..Please Rin..."Tangan Zairil dipipinya,Airin alih.Dia tidak selesa begitu.Lihat mata Zairil sahaja dia sudah kalah.
"I tak nak...Dah..You tidurlah mana-mana"Zairil menghela nafas panjang seakan kecewa bila Airin menolak.
"Rin..Mama tak tahu bagaimana hubungan Rin dengan Airil sekarang.Tetapi Mama nak ingatkan Rin.Berdosa besar jika kita tolak permintaan suami..Selagi seorang perempuan tu masih lagi isteri kepada seorang lelaki,maka wajib untuk dia taat pada permintaan suami...Tak cium bau syurga seorang isteri itu kalau suami tu tidur dengan rasa kecewa"Airin bagai tersentak bila kata-kata mama tadi tergiang-giang ditelinganya.Dia mahu berubah.Tapi perkara asas itu pun dia tidak mampu.Airin mengetap bibir.Dia lihat Zairil sudah lengkap berpakaian.Membawa bantal ke karpet.Membuka televisyen.
Ego Airin mengatakan tidak.Zairil sudah punya Juwita.Untuk apa dia jadi bodoh hendak menurut keinginan lelaki itu.Tapi benarkah keinginan Zairil sahaja?.Apa dia benar-benar tidak mahukan lelaki itu.Zarul?.Fikiran airin berkecamuk.
"Tadi kata nak tidur?"Terkejut Airin bila tiba-tiba Zairil berdiri dihadapannya.
"Err...I nak tidurlah ni..You?"
"I ada kerja nak buat sikit..I on lampu tak apakan?"Zairil mengeluarkan lap top dari beg sandang dan dibuka diatas meja berhadapan televisyen.
"Biasa,malam-malam lampu you on tu,you memang belum tidur?"Zairil mengangguk.
"I ingat you VC dengan Juwita ke"Zairil ketawa kecil.
"You ingat i dah tak ada kerja lain?Kami bukan budak-budak lagi.."
"Mana tahu kan.."
"Ermm,Jangan cari gaduh dengan i boleh Rin...You nak tidur,you tidur dulu"Zairil beralih keluar dari bilik.Malas hendak memanjangkan cerita.Takut nanti makin meleret.
***************
Zairil mengusap rambut Airin lembut.Bila Airin tidur barulah dia dapat menatap wajah mulus itu dengan tenang.Jika tidak,memang Zairil tiada peluang kerana Airin akan sentiasa mengelak dari bertentang mata dengannya.Zairil teringat kata-kata Airin sewaktu Airin mabuk teruk minggu lepas.Cuma dia tidak pasti samaada apa yang Airin kata itu benar atau sekadar kata-kata kerana Airin didalam keadaan tidak sedar. Tapi setahu Zairil,orang yang dibawah pengaruh alkohol biasanya akan meluahkan apa yang ada didalam hati secara jujur dibawah sedar.
"Kenapa dari dulu you tak cakap dengan i Rin...You tahu tak yang i pun suka you"Jari jemari Airin diramas lembut sebelum dikucup lama.Selama ini Zairil tidak berani langsung melayan perasaan dia pada Airin.Dia pendam rasa sayang dan cinta pada Airin kerana orang tua mereka awal lagi melarang mereka bercinta sesama sendiri.Tapi dia tidak menyangka Airin bercinta dengan zarul.Jika kalau bukan Airin mabuk malam itu,sampai bila pun dia tidak tahu perkara sebenar.
"Airil..."Zairil terkejut bila Airin menyebut namanya dalam tidur.Mata Airin masih tertutup rapat.
"Sayang..i ada ni" Mata Airin terbuka seketika kemudian tertutup kembali sambil memeluk lenggan Zairil sehingga lelaki itu tidak dapat bergerak.Zairil terpaksa berbaring disisi Airin.Zairil menarik tubuh Airin kedalam dakapannya supaya posisi tidur Airin lebih selesa.Malam itu tidur Airin sangat lena kerana berada dalam dakapan Zairil tanpa dia sedar.