chapter 11

1287 Words
Sudah semimggu berlalu.Hubungan Airin dan Zairil masih dingin.Airin menggelak dari bertemu Zairil dirumah.Airin lebih suka berkurung didalam bilik.semalam Zairil bertemu Baby untuk menjelaskan tentang apa yang sudah terjadi antara dia dan Airin.Kata Baby,Airin sudah ceritakan pada dia sepenuhnya dan Airin tidak langsung menyalahkan Zairil.Walau Zairil lega tetapi kebisuan Airin buat Zairil bimbang.Lama zairil berdiri dihadapan pintu bilik.Mencari kekuatan untuk berbicara dengan Airin. "You nak pergi mana ni Rin?"Zairil terkejut bila Airin membawa beg pakaian keluar dari bilik. "Balik rumah Mama.." "Untuk apa?" "Saja..Rindu dengan mama papa.." "Rindu dengan mama papa atau Zarul"Airin tersenyum malas.Zairil sengaja mahu mencari gaduh agaknya. "I nak rindu siapa bukan masalah you" "You isteri i...Tolong dengar cakap i Rin"Airin menyauk rambut yang terjuntai ke belakang. "Airil please.I need a space..I tak ready" "Tak ready apa?" "You jangan push i boleh?"Zairil mengetap bibir.Merenung Airin.Timbul rasa kasihan melihat wajah pucat Airin. "I hantar you balik.."Airin menggeleng.Dia mahu pandu kereta sendiri.Mudah untuk dia bergerak kemana-mana nanti. Perbualan kedua mereka terhenti bila loceng pintu rumah berbunyi.Zairil bergegas turun.Siapa pula datang waktu-waktu Maghrib begitu. "You...Ada apa datang time macam ni?" "Kan malam ni kita nak keluar.So,i datang awal lah rumah you.Boleh manja lama-lama sikit dengan you"Tubuh Zairil dirangkul erat sebelum berjalan beriringan masuk kedalam rumah. "Erm,i pergi dulu" "Nak pergi mana ni Rin?"Tegur Juwita sewaktu Airin sudah berada diruang tamu utama kondo. "I nak balik rumah Mama" "Oh,kirim salam dengan your mum"Pesan Juwita.Dia masih mencari-cari masa untuk bertemu orang tua Zairil.Susah bagi dia untuk sesuaikan diri dengan keluarga orang lain,tapi dia akan cuba demi mendapatkan Zairil.Lepas kahwin,tahulah dia hendak buat bagaimana. "Rin.Dah sampai text i"Zairil menghulur tangan untuk disalam Airin.Mahu atau tidak,Airin terpaksa demi menjaga air muka Zairil dihadapan Juwita. "Assalamualaikum" "Waalaikumusalam"Jawab Zairil dan Juwita serentak.Airin tidak tahu mengapa tiba-tiba jantungnya berdegup kencang bila melihat kemesraan Zairil dan Juwita.Bukankah dia sudah tiada perasaan dengan Zairil atau selama ini dia hanya membohongi hati sendiri demi menutup rasa kecewa bila Zairil memilih Juwita dahulu.Kerana Juwita mereka sudah tidak rapat,kerana Juwita Airin mengalih perhatian kepada Zairil.Tetapi mengapa takdir seolah-olah mempermainkan dia?.Airin buntu. Sebelum pulang,Airin singgah dahulu di kawasan tasik berhampiran kawasan perumahan keluarganya.Dia terleka merenung tasik hingga tidak sedar yang dia terlena didalam kereta. Zairil sampai dirumah orang tuanya tepat jam satu pagi.Sunyi sepi.Kereta Airin tiada di parkir.Kereta Zarul juga tiada membuatkan Zairil tidak sedap hati.Zairil cuba menghubungi Airin tetapi talifon isterinya bertutup.Zairil tersentak bila cermin kereta diketuk dari luar.Cermin tingkap diturun separuh. "Kenapa tak masuk?" "Airin tak sampai lagi?"Pertanyaan Marlia dijawab kembali dengan soalan.Zairil risaukan Airin. "Tak ada..Dia patutnya balik sini?"Zairil mengangguk. "Dia minta izin nak tidur sini tadi...Serius ke mak su,Airin tak sampai lagi.." "Mak su nak tipu kenapa pula.Memang tak ada.Dah call belum?"Ada riak bimbang diwajah Marlia.Dua hari lepas dia bertemu Airin di kondo Zairil,Airin kelihatan pucat. "Dah..Off...Zarul mana?" "Fly..Esok sampai.."Baru Zairil teringat. "Airil cari kejap..."Marlia mengangguk.Jika kakaknya tahu Airin sepatutnya sudah sampai,tentu kakaknya risau.Zairil cuba menghubungi Baby tetapi Baby beritahu yang Airin tidak berhubung dengan dia sepanjang hari.Baru Zairil hendak beredar,kereta Airin masuk keperkarangan rumah keluarga Zairil membuatkan Zairil lega.Cepat-cepat dia berundur dan masuk kedalam garaj. "You pergi mana?"Soal Zairil cemas sebaik Airin keluar dari kereta. "Terlelap dekat tasik depan tu tadi"Beg ditangan Airin Zairil capai. "You sorang-sorang dekat situ bahaya tahu tak?"Bentak Zairil.Airin tidak tahu bagaimana risaunya dia. "Rin okay?"Airin mencapai tangan Marlia untuk dikucup. "Okay Mak su.Penat sikit.." "Dah..Airil bawa Rin masuk dulu.Rehat" ************ "Sampai bila you nak macam ni Rin?"Zairil bimbang keadaan Airin.Jika terus begitu,Airin boleh jatuh sakit. "Macam mana?I okay jer..." "I tahu you masih tak boleh lupa pasal hal tu tapi perkara dah jadi kan?I akan bertanggungjawab"Airin bangun dari katil ingin beredar tetapi cepat Zairil menyambar lenggan Airin. "You nak apa lagi Ril?" "Rin,listen me.." "Ya...You nak bertanggungjawab kan?Ikut suka you tapi i tak perlukan simpati you" "Ini bukan soal simpati" "Habis tu apa?"Zairil tidak dapat menjawab.Nanti Airin fikir dia penipu pula kalau dia kata dia cintakan Airin. "You mandi dulu.i ambilkan you baju ganti..Lepas tu makan supplement and tidur"Airin hanya menurut.Dia masih mengantuk kerana sudah seminggu tidurnya tidak teratur.Airin asyik fikirkan apa yang telah terjadi.Dia perlukan rehat.Betul kata Zairil apa yang jadi sudah terjadi.Dia perlu redha.Keterlanjuran itu atas silap yang dia lakukan sendiri.Jadi dia perlu bertanggungjawab.Zarul mahu terima atau tidak terpulang.Airin tidak akan memaksa.Soal Zairil dan Juwita,dia tidak mahu ikut campur.Apa yang penting dia perlu tunggu hingga dia pasti,dia tidak mengandungkan zuriat Zairil. Selesai mandi,Airin menyarung pakaian yang sudah Zairil siapkan diatas katil.Dia tidak nampak batang hidung Zairil didalam bilik.Biarlah,Airin keletihan dan dia mahu berehat. Bila dia terjaga keesokkan harinya,Zairil sedang lena diatas karpet dengan televisyen yang masih terbuka.Terdetik rasa kasihan melihat Zairil begitu.Airin mengambil selimut dan menutup tubuh Zairil sebelum berlalu ke bilik mandi. "Eh,dah bangun?"Tegur Airin lembut bila lihat Zairil sedang kusyuk menghadap talifon diatas katil. "I nak keluar kejap..You dah okay?" "Balik sini rasa okay pula.You nak keluar dengan Ju?"Lambat Zairil mengangguk. "Keluar kejap.Hantar Ju then i balik" "Oh,okay..I turun dulu..Tadi Mak Su panggil" "You turun dulu.I nak mandi"Airin hanya mengangguk.Dia segera bersiap.Tidak mahu berlama-lama dengan Zairil didalam bilik itu.Sebelum ini mereka tidak pernah duduk sebilik kecuali malam hitam itu. ************ Suara riuh rendah dari ruang makan banglo tiga tingkat bilik Tuan Hakim memecah kesunyian pagi sabtu itu.Jarang mereka dapat berkumpul begitu.Semua sudah ada kecuali Zairil. "Airil tak bangun lagi ke Rin?"Tanya Puan Ruzila.Jarang Zairil turun lewat begitu. "Tengah siap waktu Rin nak turun tadi" "Lewat tidur?"Soal Zairil dengan wajah ingin tahu.Airin mengangkat bahu.Memang dia tidak tahu pukul berapa Zairil masuk kebilik semalam. "Semalam Airil borak dengan Mak su..Pukul empat kot baru habis"Marlia menjeling Zarul tetapi cepat-cepat Zaru mengalihkan pandangan kearah lain.Mak Su masih tidak puas hati dengan dia. "Panjang borak..?"Sampuk Tuan Hakim. "Lama tak borak panjang Bang Ngah dengan Airil..Jarang jumpa kan"Memang sudah lama Marlia tidak berbual dengan Zairil.Semalam dia cuba juga korek rahsia tentang masalah rumahtangga Zairil dan Airin tapi Zairil memang susah hendak berkongsi cerita peribadinya. "Tu la..Balik pun jarang-jarang.." "Mengumpat Airil ke Pa?"Perbualan mereka terhenti bila Zairil sampai di meja makan. "Mengumpat kamu buat apa..Jom makan"Zairil menjeling Airin yang kelihatan mesra disisi Zarul.Airin lupa agaknya dia siapa dan Zarul siapa.Awal pula Zarul sampai pagi itu. "Ni bukan main bersiap nak pergi mana?"Puan Ruzila merenung Zairil dari atas kebawah.Sudahlah jarang-jarang pulang,bila balik tidak lekat dirumah. "Dating lah tu"Sindir Zarul.Dia pasti Zairil keluar sebab mahu bertemu Juwita. "Zarul.."Tegur Puan Ruzila. "Weekend Ma.."Zairil buat tidak endah dengan sindiran Zarul.Dia sudah biasa disindir Zarul tidak kira apa pun sebabnya. "Kurang kasih sayang"Ucap Zairil perlahan tetapi masih jelas dipundak mereka yang ada disitu. "Ehem...Hari ni kita keluar nak?Papa tak ada kan?" "Nak pergi mana?"Tanya Tuan Hakim.Dia belum lagi keluar sudah ada rancangan pula isterinya. "Shopping.." "Ya la kan..Rin kata nak beli baju baru hari tu kan?"Sampuk Marlia.Teringat Marlia bila Airin kata mahu buang baju-baju lamanya.Airin mahu ubah imej.Imej yang bagaimana,Marlia tidak pasti .Harap-harap tidak seksi lagi. "Ye lah Mak su..Boleh-boleh..." "Hari ni Zarul free.Boleh join juga" "Kamu kan baru baru balik.Tak penat ke?"Puan Ruzila hairan lihat Zarul.Biasanya,minta hantarkan pergi mana-mana pun susah. "Tak apa lah Kak Ngah..Boleh jadi tukang tolak troli" "Airin setuju.."Zairil mengetap bibir.Airin sengaja menguji dia. "Erm,Airil keluar dulu..Dah lambat.Nah Rin.you gunalah untuk beli barang you"Zairil mengheret Kad kredit miliknya ketangan Airin sebelum bangun. "Cepatnya..Makan pun tak habis lagi"Tegur Puan Ruzila. "Airil nak cepat..."Airin mengambil kad kredit yang diberi Zairil sebelum bangun dari kerusi,meninggalkan meja makan dan mendapatkan Zairil yang sudah keluar dari pintu rumah. "You ambil balik ni..I tak nak.."Airin mencapai tangan Zairil dan meletakkan kad kredit ditelapak tangan Zairil. "Kenapa?" "I tak nak terhutang budi dengan you" "Habis..sebab itu you terhutang budi dengan Zarul sampai tak boleh tinggalkan dia?"Airin mengangkat kedua kening.Dia tidak faham. "You ingat i tak tahu rumah yang you duduk tu,Zarul yang bayarkan?You beli barang guna duit siapa?Zarul kan?" "Apa you cakap ni?" "You beritahu i..Berapa banyak you dah guna duit dia.I bayar..Lepas tu,pulangkan apa sahaja yang dia dah beri pada you...I mampu"Airin mendengus.Zairil cakap umpama dia perempuan simpanan.Nilai dia hanya diukur dengan wang ringgit sahaja. "You tahu tak apa beza dia dengan you?Dia tak pernah hina i macam you selalu buat...Dia hormat i..Sayang dan cinta i sepenuh hati..You?You tak layak nak beli i dengan duit yang you ada tu Zairil!"Airin menolak bahu Zairil dan terus melangkah masuk kerumah.Benci.Zairil langsung tidak memahami dia. "Ah,apa kau cakap ni Ril....?!"Zairil menyepak batu jalan dikaki.Kenapalah dia selalu cakap bukan-bukan pada Airin.Kalau begitulah caranya.Makin jauh Airin dari dia.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD