Chapter 10

1121 Words
Airin terasa kepalanya berat.Ditoleh kesebelah.Zairil sedang lena tidur.Jadi,semuanya bukan mimpi.Airin melihat kedalam selimut dan kemudian melihat zairil.Mereka berada didalam satu selimut yang sama dalam keadaan yang Airin rasa amat memalukan.Tiba-tiba terbayang wajah Zarul yang sentiasa setia menanti dia.Zarul percayakan dia tapi apa yang dia telah buat.Semua salah dia.Mabuk sampai tidak sedar apa yang orang buat pada dia.Airin tidak ingat sepenuhnya tapi dia tidak lupa bagaimana Zairil menepis setiap godaan dia.Dia juga yang mengugut Zairil untuk memanggil Zarul datang.Lelaki mana pula akan biarkan isterinya tidur dengan lelaki lain.Dayuslah jika itu berlaku.Apa lagi agaknya yang dia merepek semalam?.Airmata Airin mengalir deras,Airin takut kerana kejadian itu dia mengandung.Bagaimana rancangan mereka.Zairil sudah ada Juwita.Airin memeluk lututnya kuat.Hatinya sebak.Apa yang terjadi bagai satu mimpi.sekelip mata dia hilang apa yang dia cuba pertahankan selama ini. "Kenapa menangis?"Cepat-cepat Airin mengesat airmata.Tidak mahu Zairil melihat kesedihannya tika itu. "Nothing.."Jawab Airin perlahan. "Sebab semalam you menangis?"Airin tidak menjawab.Pandangan beralih ke arah dinding.Malu hendak berdepan dengan Zairil. "Betul you ada hubungan dengan Zarul?"Airin masih membisu.Mengapa tiba-tiba Zairil bertanya tentang dia dan Zarul.Airin menutup mata bila Zairil bangun tanpa seurat benang sambil mengutip pakaian di atas karpet bilik dan disarung ketubuh. "I nak you break off dengan Zarul"Airin tergamam.Apa maksud Zairil. "Apa maksud you?" "I nak you putuskan hubungan you dengan Zarul..Clear?"Ulang Zairil. "Habis you dengan Juwita?"Airin langsung tidak puas hati dengan keputusan Zairil. "Lelaki boleh kahwin lebih dari satu"Airin menarik rambut.Menahan geram. "Zairil..You jangan ingat disebabkan hal semalam,perjanjian kita terbatal.I tak nak bermadu.I muda lagi faham"Keras ucapan Airin. "You nak zarul tahu apa yang terjadi semalam?" "You ugut i?"Airin bangun dengan selimut menghampiri Zairil yang sedang berdiri dihujung katil. "I tak ugut you..Tapi you fikirlah macam mana perasaan Zarul kalau dia tahu perempuan yang dia cinta tidur dengan adik dia sendiri..."Airin mengetap bibir menahan geram. "You keluar Zairil...Keluar!!!!!"Jerit Airin sekuat hati.Tubuh Zairil ditolak keluar dari bilik dan pintu dihempas kuat.Airin terduduk dibelakang pintu.Menangis teresak-esak.Dia bencikan Zairil.Lelaki itu tidak patut mengugut dia begitu. "Sorry Rin..I tak boleh lepaskan you.."Zairil melepas nafas panjang sebelum bibirnya menguntum senyuman.Teringat peristiwa semalam.Airin masih anak dara dan dia yang pertama.Zairil melangkah kebilik kerana sudah lewat untuk kepejabat.Jam sembilan setengah nanti dia ada mesyuarat dengan timbalan pengarah syarikat.Jangan jalan jem sudah.Tentang Airin,nanti dia fikirkan. ************ "Oi..Lambat sampai?Mata macam orang tak cukup tidur..Kau buat apa malam tadi ni Ril?"Usik Fauzan.Zairil tidak perasan agaknya. "Haah..Semalam temankan Airin.Dia tak sihat"Fauzan masih tersenyum.Lega bila dengar Zairil bersama Airin dan bukan Juwita. "Teman jer?"Zairil mengangkat kening sebelum tersenyum senget. "Kau memang suka menyibuk hal rumahtangga orang kan?" "Kau dengan aku bukan sehari berkawan Ril.Dari sekolah bro" "Kalau macam tu..Kau dah boleh baca kepala otak aku ni kan lah?"Fauzan ketawa.Kedua sahabat itu berjalan beriringan ke bilik mesyuarat sambil menjinjing fail. Seharian dipejabat,Zairil langsung tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja-kerjanya.Dalam kepala Zairil cuma ada Airin.Hendak pulang awal,nanti Airin fikir dia gila pula.Teruk benar penangan Airin.Bunyi talifon bimbit mematikan lamunan Zairil.Juwita. "Hai sayang..Buat apa tu?"Juwita mula bertanya bila panggilan bersambung. "Buat kerja..You?" "Samalah.Esok i balik.."Zairil tidak menjawab.Hanya diam. "Airil..Esok i balik.."Ulang Juwita.Pelik betul sikap Zairil hari itu.Dahlah whatapp dari semalam tidak berjawab.Entah buat apa agaknya. "Ya..i dengar.Esok i ambil you dekat airport" "You sihat tak ni?" "Sihat.I cuma letih jer..Kenapa?"Zairil mula perasan yang Juwita sedar yang dia tidak fokus.Jika terus begitu,Juwita akan segera dapat tahu. "Erm,you rehatlah.Nanti esok kita jumpa ya.I busy hari ni" "Take sayang..Love you.." "Love you too..Jangan nakal-nakal..."Kepala yang tidak gatal digaru.Zairil serba salah.Dia curang atau apa sebenarnya.Airin isteri dia yang sah.Jadi pada siapa yang dia curang?.Airin atau Juwita.Apa yang pasti,Zairil tidak akan lepaskan Airin. *********** Zairil pulang awal dari biasa petang itu.Dia bimbangkan Airin kerana wanita itu langsung tidak menjawab atau membalas mesej dari dia.Zairil teragak-agak hendak mengetuk pintu bilik.Bimbang menganggu Airin. Namun dicekalkan juga hati demi melihat wajah yang dia rindui sejak pagi tadi. "Rin..You tak pergi kelas..?"Airin menggeleng sebelum melangkah kembali berbaring kekatil setelah membuka pintu bilik.Badan dia sakit-sakit kerana hal semalam. "You okay tak ni?" "I okay" "Tapi you nampak tak okay ni.."Airin mendegus. "You nak apa lagi ni Airil?I nak rehat fahamm..nak rehat..tolonglah keluar"Risau Zairil dibuatnya.Tidak habis marah ke Airin pasal hal semalam. "Kalau macam tu ,you rehatlah.I ada dalam bilik.Anything,just let me know" Airin menekup muka ke bantal.Rasa ingin menjerit.Malu sebenarnya hendak berhadapan dengan Zairil ditambah sakit hati dengan kenyataan berunsur ugutan dari Zairil pagi tadi.Entah apa pula yang dia merepek hingga Zairil tahu tentang dia dan Zarul. Zarul?Airin benar-benar kesal dengan apa yang jadi.Bagaimana dia hendak berterus terang dengan Zarul.Apa Zarul dapat terima keadaan diri dia yang sudah tidak suci lagi.Zairil sudah berkali-kali mengingatkan dia supaya menjaga diri.Jangan sampai terlanjur dengan Zairil.Airin tidak dapat mengundur waktu.Semua telah terjadi.dia perlu berhadapan dengan apa yang bakal terjadi.Sekarang dia terikat dengan Zairil kerana dia takut mengandungkan anak lelaki itu.Jika itu terjadi,Airin akan lebih tersepit.Dia tidak mahu bermadu seperti arwah ibunya. "You tak tidur lagi.."Tegur Zairil sewaktu Airin ingin turun ketingkat bawah.Lelaki itu sudah bersiap.Mahu keluar agaknya dengan Juwita.Bukankah itu ruti harian Zaiirl.Untuk apa Airin hendak rasa pelik. "Baru pukul sembilan.." "Ermm,sakit ke?"Soal Zairil spontan bila lihat cara Airin berjalan.Airin menjeling.Soalan jenis apa yang Zairil tanya pada dia. "You nak keluar,you keluar sajalah" "Kalau you masih tak okay..I tak keluar.I temankan you"Zairil serba salah.Airin sakit disebabkan dia. "Nak temankan apa pula.You keluar sajalah Airil" "Rin..You marah pasal semalam?"Zairil mahu Airin jujur.Dia tidak mahu Airin terus marah pada dia begitu.Apa yang terjadi diluar keinginan dia. "You jangan ungkit pasal hal semalam boleh?I tak nak dengar.you nak keluar..You keluar"Airin terus turun ketingkat bawah menuju kedapur.Airin rasa ingin menangis bila teringat apa yang terjadi.seronok benar zairil,setelah puas dengan dia,Zairil boleh mencari kekasih hati pula.Mudah,Zairil tidak layak mendapatkan dirinya. Satu jam sudah berlalu.Airin masih berbaring dikerusi malas.Angin diberanda itu belum cukup mendinginkan hati Airin yang masih panas. "Rin...I belikan you makanan.Makanlah..You tak makan satu hari ni"Airin menjeling kearah pintu cermin.Zairil sudah pulang.sekejap betul Zairil bertemu Juwita. "kejap jumpa girlfriend?" "I tak cakap pun i jumpa Juwita.I just keluar tapau makanan.Seriously im worried about you" Ucap Zairil jujur.Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Airin. "Buat apa you nak risaukan i..I bukan sesiapa dengan you" "You isteri i.."Zairil ingin mencapai tangan Airin tetapi cepat-cepat Airin menggelak.Tidak mahu lagi terjadi sesuatu antara mereka. "Isteri sementara..Ingat tu?" "Kenapa?sebab you ada Zarul?Kalau you pregnant macam mana?"Airin tersenyum sinis. "You takut i pregnant.Itu saja kan?You jangan risau.I percaya.If anything happen,i tahu Zarul akan terima i..I yakin" "You betul-betul cintakan Zarul?You pasti?"Tanya Zairil.Dia masih ingat apa yang Airin beritahu semalam.Jarang orang mabuk menipu. "You dengan i semalam,dimata you,i atau Zarul?"Airin tahu Zairil cuba memerangkap dia dengan soalan yang entah apa-apa. "For sure i tengah delusion..I tak sedar pun apa yang you buat pada i.." "You nak i cerita? sebab i sedar" "You nak apa sebenarnya Airil?"Airin cuba memberanikan diri untuk melawan pandangan Zairil.Lelaki itu sengaja. "I nak you"Airin pura-pura ketawa. "Habis tu Juwita..?" "Kan i kata pagi tadi..Lelaki boleh kahwin lebih dari satu..I janji yang i tak akan sia-siakan you"Airin tersenyum menggeleng.Senang benar Zairil mengukir janji. "I tetap nak you ceraikan i bila tiba masanya.I tak nak bermadu.Please respect me.I jamin yang you tak mungkin dapat berlaku adil"Airin tersenyum.Mengambil bungkusan makanan dan terus berlalu.Dia sendiri tidak pasti darimana dia dapat kekuatan untuk kata begitu kepada Zairil. Zairil mengetap bibir.Airin milik dia.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD