Zairil melihat jam ditangan.Sudah hampir pukul lapan malam.Dia masih belum menunaikan solat maghrib lagi. "Airil dah solat belum?"Soal Tuan Hakim bila Zairil masih duduk bersama-sama Juwita diruang tamu. "Ju nak solat,boleh tumpang bilik Mak Su"Pelawa Marlia.Dia baru sahaja selesai solat maghrib.Tujuan dia turun awal untuk membuat bubur Airin.Tadi dia menjenguk Airin diatas,anak buah dia itu demam.Mungkin Airin terkejut kerana terkena kaca pecah tadi. "Tak apa lah Mak Su..Ju tak boleh solat"Bohong Juwita.Leceh dia hendak menanggalkan make up bagai.Zairil hanya diam.Alasan Juwita setiap kali diajak bersolat.Liat.Mujur Airin sekarang sudah mula mahu bersolat. "Kalau macam tu,boleh tolong Mak Su di dapur.Nak siapkan makan malam"Juwita menjeling Zairil.Dia mana tahu buat kerja-kerja dapur.

