Dengan sekali lafaz,Zarul sah menjadi suami kepada Azharina.Jantung Zarul berdegup laju saat dia diminta mengucup dahi Azharina dihadapan Airin yang duduk bersama-sama Mama dibelakang Azharina.Airmatanya gugur juga.Gugur kerana Airin.Sepatutnya Airin menjadi pengantin perempuan dia,dia Azharina atau wanita lain.Hati Zarul sebak.Sempat dia menjeling Airin tetapi cepat-cepat wanita itu menggelak dan pastinya Zairil sakit hati melihat adengan itu.Apa lagi yang Zarul mahu?.Zairil cukup tidak faham. "Thanks Zarul.."Ucap Azharina dengan rasa syukur.Selama ini dia cuba mengejar Zarul tetapi lelaki itu sentiasa menghindar dan secara tiba-tiba takdir menyatukan mereka. "You tak perlu ucap terima kasih pada i.Tapi pada Airin.."Azharina terkedu.Menjeling Airin yang sedang berbual dengan ahli keluar

