Airin terjaga bila talifon bimbit berbunyi minta diangkat.Cepat-cepat Airin keluar bilik menuju ke beranda.Dia tidak mahu Zahirah terjaga dan terdengar perbualan dia dan Zarul.
"Assalamualaikum..Mana abang pergi?"Marah Airin.Dari semalam dia cuba menghubungi Zarul tapi langsung tidak berjawab.
"Walaikumusalam..Kenapa ni Rin?Abang kan on course lagi.."
"Tak kan langsung tak tengok phone?"Pintas Airin dengan suara tegang.
"Ni kenapa ni?"
"Abang tak dapat whatapp Rin?Bila abang nak balik?"
"Tak..Abang baru on phone..Lagi dua minggu.Kenapa ni sayang?"Soal Zarul pelik.
"Hurmm,abang baca whatapp yang Rin hantar dulu"
"Kejap.."Airin sabar menanti reaksi Zarul.Dia tidak mampu hendak menjelaskan dengan kata-kata.
"What?Apa ni Rin?Abang baru tinggalkan Rin sekejap dah jadi macam ni?"Jerkah Zarul.Terkejut dengan khabar yang baru dia dapat itu.
"Mana Rin tahu.Semua tu tak dijangka..."
"Habis macam mana?"
"Abang call lah mama,terus terang tentang hubungan kita"Pinta Airin separuh merayu.Dia tidak mahu dikahwinkan dengan Zairil kerana dia cintakan Zarul,bukan Zairil.
"Rin..kena tunggu abang balik la..Kalau abang cakap sekarang..Mama tak akan faham"
"Apa yang tak fahamnya.Kalau mama boleh minta Rin kahwin dengan Zairil,tak mungkin dengan abang tak boleh"Zarul mendengus.Bagaimana keadaan boleh jadi kucar kacir begitu.Dia baru sahaja merancang untuk beritahu keluarga mereka tentang hubungan dia dan Airin sebaik gadis itu tamat pengajian tahun depan.Mama sudah pesan pada dia untuk jaga Airin tetapi bukan bercinta dengan Airin kerana kata mama,dia tidak akan mampu mendidik Airin kerana selama ini Zarul hanya menurut sahaja segala kehendak Airin selama ini.
"Tunggu abang balik"
"Mama beri sampai hujung minggu ni.Mama tak nak sesiapa tahu apa yang terjadi semalam..Abang sanggup kalau Rin kena kahwin dengan Zairil?"
"Rin sengaja nak takutkan abang ke apa?"
"Ni bukan nak takutkan..Tapi abang doing something before late"
"Abang cuba balik..Tapi Rin please tolong abang lewat-lewatkan plan Mama tu"Pinta Zarul.Segalanya jadi ribut.Apa Zairil hanya setuju sedangkan Zairil sudah punya Juwita.
"Hurmm,abang buatlah sesuatu.Rin risau..Rin dah tolak tapi Mama dengan Papa tetap desak Rin.Rin terhutang budi dengan Mama Papa..Abang faham kan?"Lemah suara Airin.Mula bergetar.
"Abang minta maaf Rin..Patutnya dari awal abang beritahu family kita"
"Bukan salah abang.Family kita yang tak izinkan kita bercinta tapi tiba-tiba mama papa nak kahwinkan Zairil dengan Rin"
"Kalau abang tahu,awal-awal lagi abang biarkan kita kena tangkap khalwat"
"Abang!Abang ingat Rin nak ke semua ni"
"Dont get me wrong..Rin tengok apa jadi sekarang..Abang tak faham..Betul-betul tak faham"
"Rin lagi tak faham"Kedua-dua mereka terdiam seketika.
"Bagi abang masa fikirkan apa yang perlu dibuat.."
"Abang balik cepat kalau abang sayangkan Rin.."
"Airin..Jangan macam ni"Pujuk Zarul.Dia baru sahaja mula krusus.Apa alasan dia hendak pulang awal.New Zealand dengan Malaysia bukan dekat.
"Anything abang let me know.Airin ada kelas hari ni.Airin nak siap..."
"Okay sayang..I love you so much..."
"Ya..I love you too"
**************
Setelah bersiap,Airin segera turun.Airin sudah meminta baby untuk ambil dia dirumah keluarganya pagi itu.
"Rin ada kelas pagi ni?"
"Ya Ma.."Pendek jawapan Airin.
"Sarapan dahulu"
"Tak apa lah Ma..Rin tak lapar"Puan Ruzila menggeleng.Jika begitu tandanya Airin sedang merajuk.Protes kerana hal semalam barangkali.Apa sekalipun,Puan Ruzila tidak akan mengubah pendirian dia dan suaminya.Airin mesti bernikah dengan Zairil.Dia yakin,Zairil sahaja yang mampu mengubah sikap Airin.
"Merajuk lagi ke?"
"Tak lah.Kalau Airin merajuk pun,mama bukan nak layan kan?"
"Airin,selama ni mama pujuk tak Rin?"Airin melepas keluhan berat.Mama sudah mula hendak buat drama swasta pagi-pagi begitu.
"Mama..Airin tak ready.Lagipun Airin tak nak jadi perampas"
"Rampas apanya?Mama tengok Juwita tu macam tak serius dengan Airil.Mama tahu,Airil boleh jaga Airin"
"Kalau macam tu,Kenapa tak kahwinkan Rin dengan abang Zarul jer..Sama jer kan?Dua-dua pun abang Rin?"Puan Ruzila merenung mata Airin.Apa dia salah dengar.
"Rin ada hati dengan abang Zarul?"Airin tersedar.Apa yang dia sudah katakan tadi?.habislah dia.
"Err..Tak...Tapi sama jer kan?Abang Zarul dengan Airil kan kembar?"Puan Ruzila menggeleng.
"Yang kena tangkap khalwatnya Zairil dengan Airin..Kenapa Abang Zarul pula nak terlibat.Oh,Mama tahu.Dengan Zarul,Rin boleh main-main kan?"Duga Puan Ruzila.Bukanlah dia tidak tahu selama ini Zarul yang banyak melindungi Airin.Apa sahaja yang Airin buat dibelakang mereka,semua Zarul rahsiakan.Jika Zarul bercinta dengan Airin sekalipun,dia tidak akan restu.Dia mahu Zairil yang berkahwin dengan Airin kerana dia yakin yang Zairil mampu mendidik Airin.
"Mama..Bukan macam tu.."
"Abang Zarul tak boleh..Kalau dengan Zarul nanti,Mama tak tahu siapa yang ikut cakap siapa.."Wajah Airin berubah.Macam tidak harapan lagi untuk dia dengan Zarul.
"Kalau macam tu,ikut mama lah.Rin tak akan bantah..Rin pergi dulu Ma"Tangan Puan Ruzila dicapai dan dikucup sebelum meminta diri.Mujur Baby sudah sampai.Jika tidak,tentu akan terserempak dengan Papa pula.Fikiran Airin sudah cukup semak untuk fikirkan perkara yang tiba-tiba terjadi dalam hidupnya.Rasa ingin lari.Tapi jika lari kemana dia mahu pergi?.Dia tiada sesiapa lagi dalam dunia ini.Mak Long?,Airin tidak akan sesekali mencari ibu saudara dia itu walau sesusah mana hidup dia.
"Jauh menung?"Tegur Baby sebaik Airin masuk kedalam kereta.Dari tadi dia perhati gerak geri Airin.Teman baik dia itu nampak serabut.Dia pasti ada sesuatu terjadi.Biasa Airin sentiasa ceria.
"Tak ada apalah"Airin menyelit rambut yang terjuntai menutup separuh wajah.Rimas.Hendak potong rambut,Zarul tidak izinkan.
"Gaduh dengan Zarul?"Airin tersenyum pahit.
"Pernah ke aku gaduh dengan Zarul?"
"Habis dengan Zairil?Airil kan bukan duduk sini"
"Semalam lepas aku hantar kau,Airil hantar aku balik sebab kereta aku rosak..Hujan lebat...Aku minta Airil masuk sebab hujan lebat sangat..Then kami kena tangkap khalwat.Aku tak tahu manusia durjana mana yang buat report"Riak wajah Juwita berubah.Terkejut.
"Habis tu?"
"Mama Papa suruh aku kahwin dengan Airil..Kau gila.Mana aku nak letak Zarul.Lagipun Airil dah ada Juwita"Baby mengigit bibir.Berat masalah Airin.
"Kau tak beritahu mama pasal kau dengan Zarul?"
"Aku bagi hint jer tadi tapi mama tolak mentah-mentah.Dia kata Zarul tak boleh sebab zarul tu pak turut"Baby tersenggih menggeleng.Memang benar kata Aunty Ruzila.Zarul terlalu sayangkan Airin sampai semua yang Airin buat,Zarul tidak pernah bantah.Lainlah Zairil.Zairil tegas,berbeza dengan Zarul.
"Padanlah muka kau..Tapi kesian juga dengan Zarul"
"Kesian dengan aku juga.Tak pasal-pasal kena kahwin dengan Airil"
"Airil not bad apa..Tapi susah juga nak bezakan diorang berdua kan?Aku tengok sama handsome jer"Airin mencebik.Baby tak membantu langsung.
"Tak sama..Airil kayu..Bukan macam Zarul"Baby ketawa kecil.Faham maksud Baby.Mereka sudah berkawan dari sekolah.Zairil memang kadangkala membosankan.
"Habis tu macam mana?"
"Zarul try balik sebelum majlis.Kalau lambat,aku berserah jer la..Malas nak fikir"
"Senangnya.."
"Habis tu?Aku dah banyak lukakan hati mama"
"Ke kau memang suka sebenarnya?"Airin mengangkat kening.Suka?Entah.Dia tidak pernah termimpi langsung akan bernikah dengan Zairil.
"Pleaselah..Dah..Cepatlah.Lewat nanti"
***************
Malam itu Zairil dan Fauzan duduk melepak di atas bukit Ampang.Menikmati keindahan malam kota Kuala Lumpur dari atas bukit itu.Zairil duduk diatas bonet kereta sambil kaki disilang keatas penghadang jalan.
"Kau kenapa ni Ril?"
"Aku ajak Juwita kahwin tapi dia refuse"Fauzan ketawa.Itu bukan kali pertama Zairil ajak Juwita kahwin dan bukan kali pertama Juwita menolak.
"Cari lain jer lah Ril"
"Cari lain?Aku bagaimana nak gila bercinta dengan dia..Kau suruh aku cari lain?"
"Ke kau serabut pasal semalam?"Zairil menjeling Fauzan.Dia belum lagi berkongsi hal semalam dengan Fauzan.Bagaimana Fauzan tahu.
"Pasal apa?"Fauzan tersenyum sinis.Dengan dia pun Zairil ingin berahsia.
"Kau tak takut Juwita tahu?Baik kau kahwin jer lah dengan Airin tu..Kau tak kasihan ke dengan dia?Kau lelaki..Ni baru orang dalam yang tahu?.Kalau masuk paper ke macam mana?"
"Kau siapa beritahu?"Fauzan diam.Dia tahu dari sepupunya yang kebetulan berkerja dengan Jabatan agama Islam negeri.
"kes masih on going Ril.Kahwin jer.Selesai masalah.Kalau tak,Airin sampai bila-bila pun orang akan fikir bukan-bukan pasal dia"
"Tapi Juwita?"
"Juwita tu macam nak tak nak jer dengan kau..Ah,tapi baik kau fikirkan maruah Airin dulu..Kalau ada jodoh kau dengan Juwita,semua mesti dipermudahkan"Fauzan menepuk bahu Zairil berkali-kali.Dia tahu Zairil berbelah bagi dan dia tahu Zairil cintakan Juwita separuh mati.tapi jika begitulah Juwita melayan Zairil.baik sahaja Zairil ikut sahaja kata keluarga untuk bernikah dengan Airin.Mana tahu Airin akan berubah.
"Aku tak boleh tinggalkan Juwita macam tu jer Zan.."
"Macam ni jer lah.Kau minta keluarga kau buat majlis nikah secara tertutup.Jangan sampai Juwita tahu.Cari masa sesuai baru beritahu Juwita kedudukan sebenar"Fauzan memberi cadangan.Itu sahaja yang mampu dia bantu Zairil.
"Airin tu aku tak boleh lah.Kau tahu perangai dia macam tu.Liar.."Kepala yang tidak gatal digaru.
"Dont judge a book by its cover Ril...Airin tu nampak jer macam tu.Kau didiklah dia.Mana tahu dia nak berubah"Zairil tersenyum menggeleng.Perempuan keras kepala macam Airin itu mampukah diubah?.
"Nanti aku fikirlah"
"Bila parents korang nak nikahkan korang ni."
"Hujung minggu ni"
"Sabtu?Ahad?"
"Sabtu?"Fauzan menjegil mata.
"Fulamak..Tiga hari jer lagi bro...Sempat ke kau nak fikir?"Zairil hanya mampu melepaskan nafas panjang.