Chapter 3

1136 Words
Airin mundar mandir di bilik.Dia dapat mendengar kehadiran tetamu yang mula datang ke kediaman Nenek Zairil di Alor Setar itu.Bagaimana Mama boleh sediakan majlis begitu dalam masa sebegitu suntuk.Semua seolah-olah sudah dirancang awal. Airin berdebar-debar,mengharapkan Zarul akan sampai tepat pada waktunya.Jika tidak,hancur musnahlah harapan dan impian dia untuk hidup bersama-sama Zarul.Zarul sudah berjanji dengan dia untuk sampai hari itu.Airin masih sabar menanti.Sepatutnya Zarul sudah sampai kerana penerbangan Zarul pulang keMalaysia berlepas petang semalam.Dia risau kerana tiada langsung khabar berita dari lelaki itu. "Rin..Tok Kadi dah sampai"Panggil Sepupu Zairil,Mimi. "Ramai ke orang?" "Ramailah..Ni majlis kahwin,bukan majlis orang mati" "Aku yang rasa nak mati kejap lagi ni Mimi.Baby mana?" "Ada.Nak aku panggil ke?"Airin mengangguk.Dia perlukan Baby waktu itu.Hatinya sedih kerana Zarul mungkir janji.Zarul lewat sampai. "Rin..Kau kenapa ni.Jangan nangis.Nanti family kau nampak macam mana?"Baby merangkul tubuh Airin erat.Dia tahu bagaimana Airin sedang berperang dengan perasaan waktu itu.Baby sudah dapat bercakap dengan Zarul.Kapal terbang yang dinaiki Zarul terkandas di lapangan terbang transit kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.Zarul juga sedih tetapi tiada apa yang dapat mereka lakukan waktu itu.Takdir tidak menyebelahi mereka. "Kau dapat contact zarul?"Baby mengangguk lambat. "Dia tak sempat balik sebab flight delay at tempat transit.Weather teruk..Maybe ada hikmah disebalik semua ni Rin"Baby mengesat airmata Airin yang mula tumpah di pipi dengan tisu agar tidak merosakkan make up Airin. "Zarul memang..Aku malas nak fikir" "Jangan marah dia.Dia dah cuba.Tapi kita ni manusia Rin.Relevant sikit.Jangan kau berdendam dengan dia pula lepas ni.Dia pun kecewa bila orang yang dia cinta jadi hak orang lain..Adik dia sendiri pula tu" Baby cuba menenangkan Airin.Dia tidak mahu Zarul dan Airin bermusuhan.Mahu tidak mahu Airin terpaksa terima walau tidak redha.Dia tahu Zairil juga begitu.Perkahwinan tanpa cinta tidak akan bawa kemana-mana. *************** Usai majlis pernikahan mereka,Zairil terus hilang.Airin tidak mahu tahu kemana lelaki itu pergi kerana bukan urusan dia.Dia bertekad untuk berterus terang dengan Zairil.Dia berharap Zairil faham dan dia berdoa agar Zairil setuju dengan rancangan dia nanti. "You tak nak mandi,i mandi dulu.nak solat..You nak solat sekali tak?"Teguran Zairil mematikan lamunan Airin.Bila Zairil masuk kebilik. "Tak..i period.."Zairil tersenyum sinis. "Ye lah tu.." "Tak percaya sudah"Malas Airin hendak bertengkar dengan Zairil.Dia keluar dari bilik kerana malas hendak menghadap wajah Zairil.Buat sakit hati.Zairil hanya menggeleng.Tiada mood juga hendak melayan kerenah Airin.Dia juga sedang susah hati apa yang sedang terjadi.Esok Zairil ingin pulang ke Kuala Lumpur kerana isnin dia akan berkerja seperti biasa.Airin mahu ikut atau tidak,Zairil tidak mahu ambil tahu.Tentang mereka,Zairil akan fikirkan kemudian.Dia sudah ada rancangan untuk mereka berdua. Zairil hanya keluar dari bilik setelah selesai solat.Waktu itu hanya tinggal mereka sekeluarga.Tetamu yang lain sudah lama pulang. "Airin mana?"Soal Hajah Ramlah lembut sebaik Zairil duduk disisinya. "Entah.Dari tadi tak ada dalam bilik.Dengan Mimi kot.Diorang kan pantang jumpa"Beritahu Zairil.Setahu dia begitu Airin jika sudah berjumpa dengan Mimi.Lagipun baby masih ada disitu. "Airil okay?" "Okay nek?kenapa tanya macam tu?" Hajah Ramlah merenung Zairil lama.Dia tahu apa yang terjadi antara Zairil dan Airin tetapi dia juga rasa itu yang terbaik untuk cucu-cucunya. "Airin tu budak baik Ril..Jaga dia baik-baik.." "Tapi nek.." "Juwita?"Pintas Hajah Ramlah.Zairil diam menunduk tidak menjawab. "Airil minta buat kenduri dekat rumah nenek.Airil tak ajak kawan-kawan datang..Semua sebab Juwita kan?Airil tak nak dia tahu?" "Nek..Semua dah selesaikan?Airil buat ni semua sebab nak jaga nama baik keluarga kita..Nenek percayakan yang Airil dengan Airin tak akan buat benda-benda macam tu kan?"Hajah Ramlah mencapai tangan Zairil dan digenggam erat.Dia percayakan Airin mahupun Zairil.Tetapi Hajah Ramlah tidak mahu Zairil menganggap perkahwinan yang baru dibina itu sekadar melunaskan tanggungjawab kepada keluarga.Dia mahu Zairil benar-benar menerima Airin dan meninggalkan Juwita terus. "Airil dah dewasa dan boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk.Rumahtangga ni bukan macam main pondok-pondok.tanggungjawabnya besar..Airil fikirlah.Nenek tak mahu memaksa.Ambil masa fikir dan renung-renungkan apa yang nenek cakap tadi" "InshaAllah nek.."Hajah Ramlah hanya tersenyum.Sudah tahu jawapan Zairil. "Malam ni jangan salah seorang tidur atas toto pula ya?" Gurauan Hajah Ramlah disambut dengan senyuman oleh Zairil.Dia hanya memerhatikan sahaja langkah Hajah Ramlah yang mula beredar menuju kebilik.Nenek macam tahu-tahu sahaja apa yang sedang dia fikirkan.Malam itu biar dia tidur disofa sahaja. Dia takut Airin akan rasa tidak selesa jika mereka sebilik. *********** "Rin,baik kau balik bilik kau.Nanti Mama nampak kau kat sini,bising dia" "Biarlah..." "Tadi aku nampak Airil tidur kat sofa depan tu..Kau balik lah bilik" "Kau ni macam tak suka jer aku tidur dengan kau?"Soal Airin separuh merajuk.Baby tidak faham agaknya apa yang sedang membelenggu diri dia saat itu. "Bukan..Tapi ni dekat rumah nenek kau.Janganlah buat perangai..Tak elok kalau orang tengok.Nampak sangat"Jelas Baby. "Okay..okay...Aku nak pergilah ni..Tidurlah kau sorang-sorang"Bantal dilempar kearah Baby sebelum keluar dari bilik.Benar Zairil sudah terlelap disofa.Bagus juga,tidak perlulah dia berkongsi bilik dengan Zairil malam itu.Airin cuba menghubungi Zarul tetapi tidak berjawab.Apa agaknya yang sedang difikirkan Zarul?Langsung tidak kisahkah dengan apa yang terjadi pada dia.Jika benar Zarul cintakan dia,mengapa Zarul langsung tidak menghubungi dia.Tidak bertanya tentang gelodak rasa dijiwanya saat itu.Airin benar-benar kecewa.Akhirnya dia terlena sendirian sambil menggenggam talifon bimbit ditangan. "Bangun dah?I ingat dah tak nak bangun"Sindiran Zairil dijawab dengan cebikan.Pagi-pagi sudah buat dia sakit hati.Bila agaknya Zairil masuk kebilik. "Bila you masuk..?" "Subuh tadi.." "Lepas tu?"Zairil tersenggih pendek. "I baring dekat sebelah you..Jangan fikir bukan-bukan pula..I tak akan buat bukan-bukan pada you"Cepat-cepat Zairil memberi penjelasan.Tidak mahu Airin tersalah sangka. "Boleh percaya ke?" "Kalau i nak buat apa-apa pun tak ada masalah kan?" "Apa maksud you?" "Nothing..Bangun,mandi.Lepas tu breakfast.I nak balik tengahari ni.Kalau you nak ikut,nanti siaplah"Beritahu Zairil.Jika lewat bertolak,lewat pula dia akan sampai. "I nak ikut.Esok i dengan baby ada kelas petang"Zairil mengangguk sebelum keluar bilik.Dia mahu keluar bersiar-siar disekitar kampung.Mengambil angin dibendang.Sekurang-kurangnya dapat menenangkan fikiran. ************ Tengahari itu setelah makan tengahari mereka bersiap untuk pulang.Kedua orang tua Zairil serta Zahirah akan tinggal dikampung untuk sehari dua.Zairil bukan tidak boleh cuti tetapi dia yang tidak mahu.Bagi Zairil tiada yang penting untuk dia terus bercuti. "Airil dah cakap dengan Rin?"Puan Ruzila bertanya tentang perbincangan mereka semalam.Zairil hanya menggeleng.Dia belum sempat bincang apa-apa dengan Airin.Semua berlaku begitu pantas. "Kenapa Ma?" "Airin sekarang isteri Airil kan?So,tempat seorang isteri disisi suamilah"Dahi Airin berkerut.Kurang mengerti dengan kata-kata Puan Ruzila. "Mama nak you pindah rumah i" Ujar Zairil pendek. "Suddenly..Baby?" "Kenapa dengan aku?" "Ya lah.Tak kan kau nak bayar sewa rumah sorang-sorang"Airin cuba memberi alasan terbaik walau dia tahu Baby tiada masalah pun jika hendak tinggal sendiri.Baby terlebih mampu. "Baby okay.Mama dah discuss dengan Baby semalam"Ucap Puan Ruzila selamba.Airin menjeling Baby sekilas.Kenapa Baby langsung tidak beritahu dia tentang perkara itu semalam. "Balik ni you boleh ambil apa yang penting dulu.Later kita ambil yang selebihnya.Dah.Lambat nanti.Nek..Kami balik dulu"Zairil merangkul tubuh Hajah Ramlah erat.Bukan selalu dia dapat bertemu Hajah Ramlah kerana dia sibuk dengan kerja.Zairil tidak suka cuti lama-lama.Takut nanti bertambah kerjanya dipejabat. "Hati-hati..Airin.Ingat.Sekarang dah jadi isteri orang.Kurangkan sikit nakal tu"Wajah Airin merah padam mendengar pesanan Hajah Ramlah.Nakal sangatkah dia?. "Ya nek.Airin tahu.Nanti nenek datang KL pula ya" "Tengoklah Rin.nenek tak larat dah nak travel jauh-jauh.kamu berdua sahaja yang balik sini tengok nenek ya"Airin mengangguk sambil memeluk tubuh tua itu.Dia sayangkan Hajah Ramlah seutuhnya.Jika bukan kerana Hajah Ramlah yang ikut sama memujuk dia untuk meneruskan rancangan menyatukan dia dengan Zairil,semua itu tak akan jadi.Dia bimbang akan kesihatan Hajah Ramlah. "Aduh,macam jejak kasih pula..cepat Rin.I tinggalkan you nanti baru tahu"Bentak Zairil sambil mengangkat bagasi kedalam bonet kereta. "Ish dia ni,tak reti sabar agaknya"
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD