Airin kagum melihat dekorasi dalaman kondo dua tingkat milik Zairil.kemas.Ada bingkai gambar Zairil dan Juwita diatas almari hiasan.
"Jom i tunjukkan bilik you"
"Bilik i?"Soal Airin pelik.
"Ya..Ke you nak sebilik dengan i?"Cepat-cepat Airin menggeleng.Memang seboleh-bolehnya dia tidak mahu berkongsi apa-apa dengan Zairil.Sampai ditingkat atas,Zairil membawa Airin kebilik yang terletak bersebelahan dengan biliknya.
"Sorry i tak sempat kemas.You buatlah apa yang you nak buat dengan bilik ni..Now you punya"Airin melihat sekeliling.Luas dan lengkap.Malah lebih luas dari bilik Zairil sendiri.
"Ni bilik you?"
"Ya..I pindah ke sebelah.i nak you fell comfortable..I penatlah Rin.Anything you just knock my room.Esok after i balik kerja,kita jumpa.I ada banyak benda nak discuss dengan you"Belum sempat Airin bertanya itu dan ini,Zairil sudah menghilang kedalam biliknya.Zairil memang kelihatan agak letih .Memandu berjam-jam dari Alor setar ke Kula Lumpur sudah tentu membuatkan lelaki itu keletihan.Esok pula perlu berkerja.Airin menarik bagasi dan diletak ketepi,Esok dia akan ambil barang-barangnya masih bersisa dirumah sewa lamanya dengan Baby.Kasihan Baby tiada teman untuk bersembang lagi.Sebaik masuk kedalam bilik,Airin terus merebahkan tubuh kekatil.Dia juga harus mendapatkan rehat secukupnya kerana esok dia ada kelas jam dua petang.Untuk seketika,dia harus melupakan tentang Zarul.Dia benar-benar keletihan.
Esoknya bila Airin turun hendak ke tingkat bawah,Zairil sudah tiada.Awal lelaki itu ketempat kerja.Zairil meninggalkan nota dan kunci kereta diatas meja.Bila kereta dia siap,Airin pun tidak tahu.Elok juga tu.Tidak perlulah dia menunggu Baby petang nanti.
Barang basah i tak beli lagi.You turunlah dulu beli breakfast.Petang nanti i belikan Airin membaca nota yang ditinggalkan Zairil dengan senyuman.Kolot betul Zairil.Bukan Zairil tidak boleh tinggalkan pesanan melalui aplikasi whatapp.hendak juga tinggalkan nota.Membazir kertas sahaja.Airin berpusing-pusing melihat sekeliling Kondo milik Zairil.Cantik dan tersusun rapi.Airin mengeluarkan kasutnya untuk diletak kedalam rak kasut.
"Kasut perempuan"Airin tersenyum menggeleng.Dia pasti itu kasut Juwita.Patutlah Zairil tidak mahu tinggal dirumah Mama.Zairil solat tidak tinggal,Tak mungkinlah Zairil dan Juwita tinggal bersama.Jika Juwita tinggal disitu,mana mungkin Zairil memberi biliknya kepada dia.
"Lantak kau lah Airil oi.."Malas Airin hendak fikir.Buat semak kepalanya sahaja.Perutnya sudah lapar,baik dia turun membeli sarapan.Syukurlah ada banyak restoran dibangunan berhadapan dengan kondo Zairil.Tidak perlulah dia membawa kereta.
**********
Airin masih belum pulang sewaktu Zairil sampai dirumah.Dia lihat didapur ada mee goreng.Sempat pula Airin masak.Dia tersenyum.Itu saja pun yang Airin pandai masak.Kebetulan perutnya sedang lapar kerana tadi tidak sempat hendak singgah makan.Badan sudah letih.Zairil mengambil pinggan yang sudah Airin sediakan diatas meja.Lihat pada kuali yang masih basah,itu bermakna,Airin baru sahaja keluar.Kemana agaknya Airin merayap malam-malam begitu.
"Pandai juga budak kecik ni masak"Puji Zairil dalam hati.Habis sepinggan juga dia makan masakkan Airin.Setelah itu Zairil naik ketingkat atas,menjenguk bilik Airin.Sudah siap berkemas.Sempat pula Airin mengambil barang-barang dari rumah sewa.Jangan Airin ponteng kelas lagi sudah.Zairil tidak mahu itu berlaku.Dia mahu Airin menghabiskan pengajian tepat pada waktunya agar apa yang dia sudah rancang berjalan lancar.Sepatutnya dia mahu bincangkan tentang mereka dengan Airin malam itu.Tapi Airin pula entah kemana perginya.Lamunan Zairil termati bila talifon bimbit didalam kocek bergetar.Cepat-cepat Zairil menjawab panggilan dari Juwita.
"Rindu i ke ni?"Soal Zairil sambil menutup semula pintu bilik Airin dan melangkah masuk kebiliknya.Juwita juga baru sampai bilik nampaknya.
"Of course i rindu.You baru balik kerja?"Zairil mengangguk.Juwita menanggal vest dan hanya memakai tube hitam didalam.Panas pula malam itu kerana penghawa dingin baru sahaja dipasang.
"Keluar tadi ada buka vest tu ke?"Juwita melihat dirinya untuk seketika.Zairil cemburu.
"Dengan you i macam mana?"Zairil mendengus.
"Dengan i lain..You tak jawab lagi soalan i"
"Erm..Tak ada lah.Lagipun panas dekat sini.Kalau buka sangat,gelap lah kulit i ni"Zairil ketawa menggeleng.
"You gelap pun i sayang.Yang penting jangan curang belakang i dah"
"Mana adalah.I setia dengan you sorang jer..Airil..Kalau i request nak move in rumah you boleh?Bolehlah i hug you tiap-tiap malam"Kata-kata Juwita membuatkan Zairil ingin ketawa.
"I ajak kahwin you tak nak.Lepas tu nak duduk dengan i sekali"
"Airil..You ni.."
Kenapa sayang..Betul lah.Apa lagi yang tak cukup?Nak tunggu berapa lama.Dari you nak duduk dengan i tanpa ikatan apa-apa,baik kita nikah"Juwita mengetap bibir.Zairil masih lagi membangkitkan hal itu.Juwita masih belum bersedia.Berkahwin bermakna dia akan terikat dengan Zairil.Dia perlu ikut Zairil pulang kerumah keluarga Zairil,perlu pulang kekampung Zairil,melayan keluarga Zairil dan yang paling Juwita tidak mahu adalah mengandung.Dia tidak sukakan budak-budak.
"Hurm,you ni..Hilang dah mood i nak manja-manja dengan you"
"Merajuklah tu..Bila you nak balik sayang?"Sengaja Zairil mengubah topik perbualan.Tidak mahu Juwita merajuk nanti.
"You nak i balik ke?"
"Mestilah.I rindu dengan you"Luah Zairil.Sudah dua minggu dia tidak bertemu Juwita.Jika boleh,dia tidak mahu Juwita jauh dari dia.
"Okay..Tengok nanti macam mana.Kerja i habis awal,i balik awal ya"Zairil mengangguk faham.
"Sayang..Tidurlah.I pun mengantuk.."
"You dah mandi?"
"Belum,baru nak mandi..Hah..Jangan buat muka macam tu.No..Tak bolehlah sayang"Geram Juwita.Susah benar dia hendak menggoda Zairil.Lelaki itu selalu sahaja menolak jika dia mahukan lebih.
"Ya..Mandilah dulu.Nanti i sent you my picture okay"Juwita mengenyit mata nakal.Zairil hanya mengangguk tersenyum.Tidak faham dengan sikap Juwita.
*************
Airin tidak larat hendak naik keatas.Dia terbaring disofa.Mujur dia tidak minum hingga mabuk.Jika tidak,terpaksa Baby menghantar dia pulang malam itu.Airin rasa tertekan kerana Zarul langsung tidak menghubungi dia dari kelmarin.Jika Zarul kecewa dia apatah lagi.
"Arghhh!!!!"Talifon bimbit dicampak kelantai hingga pecah.Airin benar-benar kesal dengan sikap Zarul.Pengecut.Airin menekup wajah yang sudah basah dengan airmata.
"You kenapa ni?"Soal Zairil teragak-agak.Dia tidak pernah lihat Airin begitu.
"Nothing.."Airin bangun ingin beredar tetapi lenggannya ditarik Zairil hingga terduduk kembali disofa.
"Kalau tak ada apa-apa,tak kan sampai macam ni sekali..You mabuk?"
"You nak apa?Kalau i mabuk,i tak sampai kerumah"
"You bergaduh dengan kekasih you?Airin tersenyum sinis.
"I mana ada boyfriend..You nak apa ni?"Airin tidak selesa bila Zairil memandang dia dengan renungan tajam.
"You memang tak nak selama-lamanya jadi wife i kan?"Airin mengangkat muka sebaik mendengar soalan Zairil.Dia tidak faham.
"I dah ada Juwita.you pun tahu kan?I nak kahwin dengan dia..Tapi kalau dia tahu pasal kita, i dont think dia boleh terima"
"You straight to the point boleh tak Airil?Jangan berbelit-belit sangat" Airin paling tidak suka jika cakap berbelit-belit.Dia malas hendak serabutkan kepala dia lagi.
"I nak you anggap,our marriage ni temporary.After you habis belajar kita bercerai"Airin tersenyum.Menyaup wajah.Sama rupa-rupanya fikiran dia dan Zairil.
"I pun fikir benda yang sama.."
"I tak akan sekat apa yang you nak buat cuma you kena pandailah jaga maruah you sebab you tanggungjawab i"Zairil harap Airin jelas dengan apa yang dia terangkan.
"You jangan risau.I pun tak akan ambil tahu apa yang you nak buat dengan Juwita.I harap you berpegang pada kata-kata you Airil"Zairil mengangguk sambil mengangkat tangan.Buat sementara itu,apa yang boleh mereka buat adalah bersabar.
"Thanks..Kalau boleh.Kurang-kurangkan lah minum tu Rin.Ni i cakap as a brother.I takut something bad happen to you"Airin tersenggih.Zairil memang tidak akan berubah.
"I tahu jaga diri i..Thanks to you too juga sebab faham apa yang i nak..I muda lagi"
"Cuma depan family kita jangan nampak sangat okay.I tak nak nanti Mama tahu yang i masih lagi dengan Juwita"Airin mengenyit mata sambil membuat isyarat bagus dengan tangan.
"Jangan risau.As long you tak masuk campur urusan hidup i..Selagi itulah rahsia you selamat..I nak masuk bilik.Penat.."Zairil menutup hidung bila Airin lalu disebelah dia.Kuat betul baru alkohol yang diambil Airin.Macam mana gadis itu boleh tahan.Bila Airin sudah hilang baru Zairil teringat talifon Airin yang sudah pecah berderai dilantai.zairil menggeleng.mengapa agaknya Airin marah sampai begitu sekali.Dikutip serpihan kaca dilantai.Membazir betul.Kalau talifon murah tidak mengapalah.