Sudah dua bulan Zairil dan Airin menjalani hidup sebagai suami isteri tetapi tiada apa yang merubah hubungan kedua mereka.Zairil sibuk dengan urusan kerja dan Airin masih sibuk dengan kelas dan peperiksaan.Juwita akan pulang ke Malaysia hujung bulan itu.Manakala Airin masih menunggu Zarul.Sudah dua bulan Zarul menjauhkan diri dari Airin.Dia cuba untuk bertemu Zarul tetapi lelaki itu langsung tidak mahu bertemu dengan dia.Airin tertanya-tanya,adakah semua yang terjadi salahnya sedangkan Zarul langsung tidak cuba untuk berbuat apa-apa.Airin buntu.
"Menung lagi?You kenapa Rin?"Tegur Zairil sewaktu pulang dari kerja.Jarang Airin ada dirumah.
"Tak ada apa.I tak berapa sihat.awal you balik?"
"Esok nak ambil Juwita"Airin mengangkat kening.Bukan sepatutnya hujung bulan itu baru Juwita pulang.
"Eh,bukan dia balik hujung bulan ni?You dah beritahu dia tak i duduk sini?"Risau juga Airin.Takut nanti Juwita terkejut.
"Belum.Esok i beritahulah dia.Lagipun dia tahu yang you adik i.."Airin menggeleng.Tak kan Juwita tak tahu siapa dia sebenarnya dengan Zairil.
"Ikut you lah..Abang Zarul ada balik rumah mama tak?.Before that,i lupa nak say thank you"
"Thank you untuk apa?"
"Phone i yang you belikan dua bulan lepas.."Zairil ketawa.Sudah dua bulan baru Airin ingat untuk ucap terima kasih.
"Kenapa tak tahun depan jer you ucap terima kasih kat i?"Kini giliran Airin pula ketawa.Zairil menyindir dia pula.
"I tak ingat...You tak jawab lagi soalan i.Abang Zarul ada balik tak rumah mama.Susah betul nak jumpa dia sekarang"Luah Airin.
"Mana i tahu.Macam selama ni i rapat dengan dia.Bukan you dengan Zarul macam belangkas ke?"Airin tersenyum kelat.Itu dulu.Sebelum dia bernikah dengan Zairil.
"Entah.Dia dah ada girlfriend kot.."Zairil mengangkat bahu.Langsung tidak syak apa-apa kerana Airin dan Zarul memang lebih rapat.
"You bila nak ada boyfriend?"Airin mencebik.Macam mana hendak ada kekasih.Yang sedia ada pun sudah menghilangkan diri.
"I malas nak fikir.."
"ke banyak sangat boyfriend sampai susah nak pilih..?"
"You ni cakap macam i jahil sangat pula..Mama kata,isteri curang ni kat neraka tempat dia tau"Zairil mengejek kata-kata Airin kembali.
"Habis yang you keluar pakai seksi,balik mabuk tu kat mana pula tempat dia?"
"Malas nak cakap dengan you.Ada jer nak cari gaduh dengan i"
"Sorry..sorry.Rin.Tolong masakkan i meggie.I tak dinner lagi.Fauzan tak ada"
"You ni..Tak ada Fauzan,tak boleh ke dinner sorang?Dah macam gay i tengok"Bebel Airin.Pelik dengan Zairil mahupun Fauzan.Jika tiada salah seorang,macam tak boleh hidup.
"You nak try ke i gay ke tak?"
"Tak kuasa i..Juwita kan ada..Esok you kerjakan lah dia..."Airin membuat wajah kegelian bila melihat Zairil.Tak termimpi pun dia hendak melebih-lebih dengan Zairil.
"You dah salah faham ni.I dengan Juwita tak pernah lagi sampai kesitu ya..."
"Mana i tahu..You tunggu kejap.I masakkan you mee goreng basah..Meggie tak elok lah makan selalu" Zairil membuntuti langkah Airin kedapur.Membantu Airin menyediakan bahan-bahan untuk membuat mee goreng basah.Zairil lihat,Airin sudah pandai buat beberapa jenis lauk.Belajar dimana,Zairil tidak pasti.
"Pandai dah you masak"
"Sorry?i?You ingat i ni teruk sangat ke?I pandailah.Tak nak tunjuk jer"
"Rin,i nak tanya you ni..Serius ke you memang tak ada boyfriend?"Airin berhenti mengunyah mee goreng basah yang masih bersisa.Dia menggeleng.
"I lagi suka macam ni?"
"Maksud you,you boleh bebas?Sampai bila?"
"Airil,apa kata you habiskan makanan you tu.Kalau tak,i yang habiskan nanti"Ugut Airin.Zairil menarik pinggan menjauhi Airin.
"Dahlah masak sikit.Nak ambil lagi i punya.Sorry"Airin mengekek sebelum bangun.Membawa pinggan ke sinki.
"Airil,i naik dulu.Nak sambung buat assignment i.Apa-apa nanti you cari dekat bilik la ya"
"Ermm,okay"Walaupun berat Zairil hendak membiarkan Airin pergi tetapi dia tidak berani menghalang.Dia masih belum puas berbual-bual dengan Airin.Jarang dapat berbual dengan Airin begitu.Biasanya Airin sedikit dingin.Jika hendak berbual pun perlu kena pada waktunya.Zairil masih tidak dapat memahami Airin sepenuhnya.Dahulu Airin bukan begitu.Airin lemah lembut,sopan tapi bila Airin berpindah kesekolah berasrama penuh,sikap Airin terus berubah.Itu yang menjadi tanda tanya kepada keluarga mereka selama ini.Hendak dikorek,Airin seorang yang sangat perahsia.
************
Zairil terkejut sewaktu dia hendak keluar,Zarul terpacak dihadapan pintu rumahnya.
"Kau nak apa datang sini?"Soal Zairil acuh tidak acuh.
"Nak jumpa Airin..Boleh?Dia ada?"Lambat Zairil mengangguk.Mempelawa Zarul masuk.
"Tunggu kejap aku panggil dia..Duduk dulu lah"Zarul melabuhkan punggung di kerusi ruang tamu.Menunggu Zairil memanggil Airin.Zarul menjeling kearah almari hiasan diruang tamu.Ada bingkai gambar Zairil dan Juwita.Zairil masih menjalinkan hubungan dengan Juwita?.Habis Airin bagaimana.
"Abang....!"Tanpa diduga secara spontan Airin memeluk Zarul erat.Dia benar-benar rindukan Zarul.
"Rin..Rin sihat?"Zarul mengusap rambut ikal Airin lembut.Dia terlalu rindukan Airin.Jauh dia membawa diri untuk cuba melupakan Airin tapi masih gagal.Kerana itu dia kembali.Dia ingin tahu bagaimana kehidupan kekasihnya itu.
"Ehem..Rin.i nak keluar.Nanti apa-apa text i"Airin mengangguk dengan senyuman lebar.Biarlah Zairil hendak pergi mana.Yang penting Zarul sudah ada dihadapan dia saat itupun sudah memadai.Zairl pelik .Gembira betul Airin bila dapat berjumpa dengan Zarul.Macam jumpa dengan kekasih hati.Dia sendiri pun tidak pernah dipeluk Airin begitu.Zairil menyaup wajah.Cepat-cepat memadamkan apa yang sedang berlegar dimindanya.Dia tidak patut pelik kerana Zarul dan Airin memang sangat rapat.Itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.
"Rin..Rin dengan Airil macam mana?"Airin duduk diatas karpet sambil dagunya diletak ke lutut Zarul seperti selalu.
"Abang rasa?"
"Abang tak nak rasa-rasa...Abang dah cukup tersiksa dah dua bulan ni tanpa Rin"Luah Zarul sebak.
"abang..rin cintakan abang.Kenapa abang hilang?"
"Habis..Rin nak abang buat apa?Nak abang tengok orang yang abang sayang dan cinta jadi hak orang?"Airin mendengus.Mengenggam tangan Zarul erat.
"Rin dengan Zairil setuju untuk bercerai lepas Rin habis belajar.."Zarul merenung Airin minta penjelasan.Dia kurang mengerti.
"Airil tak pernah sentuh Rin pun..Dia dah ada Juwita.Perkahwinan kami ni just nak kaburkan mata keluarga kita saja..Nak tutup pasal kes dua bulan lepas"
"Are you sure?"
"Ya..Lepas ni make sure abang jangan tinggalkan Rin lagi.Apa-apa terjadi,abang mesti janji yang abang tak akan tinggalkan Rin"Tanpa dipinta,Zarul merangkul tubuh Airin kuat.Dia lega dengan penjelasan Airin walaupun kedudukan dia masih belum selamat.Apa-apa pun boleh jadi sementara menunggu Airin tamat belajar.
"Tapi abang takut Rin berubah hati"
"Abang..Airil tu cinta mati dengan Juwita.Dan Rin cintakan abang.Kami akan jaga hati kami.Abang jangan risau ya" Zarul merenung Airin lama.Bimbang tentu ada.Dia cintakan Airin.Dia tidak mahu sampai Zairil menyentuh Airin.
"Rin janji dengan abang,jangan bagi Airil sentuh Rin ya..."Airin menahan tawa.Kedua tangan menakup wajah Zarul sebelum mengcup dahi Zarul lembut.
"Ya..Abang kena percaya pada Rin"
"Sayang..Siap.Kita keluar"Tangan Airin dicapai dan kucup lembut.Dia tidak mahu berdua-duaan begitu dengan Airin.Lagi-lagi dirumah Zairil.Buat dia lagi sakit hati.
"Abang tunggu kejap.Rin siap okay.."Zarul hanya mengangguk.Menunggu Airin ruang tamu sementara Airin bersiap.Dia mahu membawa Airin keluar bersiar-siar hari itu memandangkan dia masih bercuti.Dia rindu hendak menghabiskan waktu dengan Airin.Tentang Zairil,dia tidak peduli.Zairil sudah sedia maklum tentang bertapa rapatnya dia dengan Airin.Lagipun,Zairil sudah punya Juwita,tentu Zairil tidak hairan jika dia menghabiskan waktu dengan Airin.
*************
Hampir jam lapan malam barulah Zarul menghantar Airin pulang.Seharian mereka menghabiskan waktu berjalan dimerata tempat.Melepas rindu setelah dua bulan tidak berhubung.Benar gerak hati Zarul yang Airin tidak bahagia.Perkahwinan Airin dan Zairil hanya pura-pura.Zarul yakin dia masih ada peluang untuk mendapatkan Airin Farina semula.Airin milik dia.Zairil tidak layak untuk mendapatkan Airin.
"Hai...Airin.."Langkah Airin terhenti.Tidak perasan yang Juwita sedang duduk bersandar disofa.Tidak tahu balik rumah sendiri agaknya.Airin tersenyum pendek.
"Hai..Baru sampai?"
"Ya..Tunggu abang you ambil barang..Sihat?"Juwita cuba berbaik-baik dengan Airin.Sebelum ini dia paling malas hendak bertegur sapa dengan Airin walaupun mereka berada disekolah yang sama.Tapi sekarang dia perlu rapat dengan Airin kerana gadis itu sudah tinggal sebumbung dengan kekasihnya.Jika dia berbaik dengan Airin,dapatlah dia selalu lepak dirumah itu.
"I sihat.i naik bilik dulu..Penat"
"Cepatnya nak naik bilik.Tunggulah kejap..I nak tanya pasal Zairil"Airin menjeling dengan senyuman.Dia tidak berminat hendak bermesra-mesra dengan Juwita.Siapa yang mama tidak suka dia juga tidak suka.
"I penat...Tanya pasal apa ni Ju..You sangsi dengan abang i ke?"Duga Airin sambil berdiri di anak tangga memandang Juwita.
"Eh,bukan macam tu.Dont get me wrong.. I just nak tanya"
"Ermm,Abang i tu cintakan you sangat.Please jangan kecewakan dia.."Airin terus mendaki anak tangga sebaik menghabiskan kata-kata.
"Laju jer jalan.."
"I dah lambat.nak keluar balik dengan Baby"Dahi Zairil berkerut.
"Hei.Baru jer balik nak keluar?"Tegur Zairil.Airin tidak tahu penat agaknya.
"Ada PP.."
"PP?"Airin menutup mulut menahan tawa.
"Private party la abang oi"Zairil mendengus.
"Every Saturday night ada party?Tak reti duduk rumah ke?"Zairil cuba mengawal suara agar tidak didengari oleh Juwita yang berada dirumahnya.
"Eh,you jangan masuk hal ya.You jaga sahaja girlfriend you tu"
"Zarul memang tak reti nak tegur you ke?"
"Abang Zarul bukan Mat kepoh macam you.."Airin menjelir lidah sebelum berlari menuju kebilik meninggalkan Zairil terpingga-pingga.Airin memang kadangkala menguji kesabaran dia.Bagaimana Zarul boleh tahan melayan perangai Airin.Waktu kecil dahulu,boleh lah dia tangan-tangan kan Airin.Itupun Airin mengadu pada Mama jika dia naik tangan.
"Marah nampak sayang?"
"Tu,budak kat atas tu.Degil i tak tahu nak kata apa"Adu Zairil geram.Juwita ketawa kecil sebelum memeluk tubuh Zairil,menenangkan lelaki itu.
"Biasalah you.Dia kan tengah seronok nak enjoy.."
"I tak nak apa-apa jadi pada dia.Mama amanahkan i untuk jaga dia..Bebas sangat"
"You ni membebel macam perempuan lah sayang.Biarlah.Dia kan ada Zarul yang selalu jaga dia"
"Zarul..?"Zairil tersenyum sinis.Itu satu.Tak boleh diharap.
"Sayang..Airin kan ada sini..So,i boleh lah lepaklah sini selalu kan?"Rengek Juwita manja.Biasa sukar untuk dia berlama-lama dirumah Zairil kerana lelaki itu seboleh-bolehnya menggelak untuk berdua-duaan didalam rumah.