"Rin..Nak pergi mana?"Soal Zairil lembut.Awal betul Airin keluar pagi itu.
"Nak ambil abang Zarul.Dia baru balik pagi ni"Beritahu Airin pendek.
"Oh,okay.I lambat balik malam ni.You jangan merayap pula"
"I tidur rumah mama.."Zairil mengangguk faham.
"Apa ni?I punya lah"Terkejut Zairil bila Airin tiba-tiba mengambil sandwich ditangan.Dia belumpun sempat makan walau sesuap.
"You buat lain ya.Nanti i ganti lain.I nak cepat ni.Nanti abang Zarul tunggu"
"You memang permanently jadi driver dia ya?"Airin ketawa mendengar kata-kata Zairil.Dia tak pernah kisahpun menghantar dan menjemput Zarul tiap kali lelaki itu bertugas.
"Suka hati i lah.."Zairil menggeleng,melihat keletah Airin.Comel pula dia lihat gadis itu dengan pakaian serba pink.Zairil tidak nafikan,Airin cantik.Dari sekolah lagi pelajar lelaki ramai yang rapat dengan dia kerana mahu berkenalan dengan Airin.Tapi Zairil tidak tahu mengapa Airin tidak pernah punya kekasih sejak zaman sekolah hinggalah sekarang.Jika lihat cara hidup Airin dimedia sosial.Gadis itu ramai kawan lelaki.Cuma Zairil tidak tahu hingga ke tahap mana.Pergaulan Airin cukup bebas.Sukar untuk mengawal gadis itu.Zairin jeling jam ditangan.masih awal untuk dia kepejabat.Dia sudah lama tidak balik bermalam dirumah Mama kerana tidak mahu sebilik dengan Airin.Jika dia seorang sahaja yang balik tentu pelik orang tuanya.Airin tidak mengapalah,Gadis itu boleh beri alasan yang dia sibuk dan tidak dapat bemalam disitu.
***************
Airin menyusun buku keatas rak semula.Jam sudah menunjukkan pukul lima petang.Dia mahu keluar dengan Baby dahulu sebelum pulang kerumah mama.Zarul mungkin masih belum bangun lagi kerana tadi dia lihat lelaki itu mengantuk benar.Jadi,dia tidak mahu menganggu Zarul.Jika dia ada dirumah Mama,Zarul tentu tidak akan berehat.Mahu berkepit sahaja dengan dia.
"Baby..Jom lepak minum dulu nak?"
"Kau bukan busy ke sekarang ni sejak berbaik dengan Zarul balik?"Airin melepaskan keluhan panjang,Baby terasa hati pada diakah.
"Sorrylah baby.Sekarang waktu untuk jumpa abang Zarul terhad..."
"Airil memang tak tahu ke apa hubungan kau dengan Zarul sebenarnya?"Soal Baby dengan wajah serius.Sampai bila perkara itu hendak dirahsiakan.Zairil perlu tahu.Kedua sahabat itu beriringan keluar dari perpustakaan kampus menuju kekereta Airin yang terletak diseberang jalan.
"Dia tak perlu tahu.."
"Tapi dia suami kau"
"Suami fake jer"
"Ada ke perkahwinan yang fake?Tak fahamlah aku dengan korang ni.Sorang gila betina lain,srang gila jantan lain..Kalau kau berterus terang dengan mama awal-awal.Mesti tak jadi macam ni"Panjang lebar hujan Baby.Dia tidak berapa setuju dengan cara Zairil dan Airin memandang sebuah ikatan perkahwianan.Sejahil-jahil dia,Baby tidak akan sekali-kali mempermainkan perkara begitu.
"Kau tak perlu faham pun..Aku nak cepat-cepat habiskan semua ni"Baby tersenyum mengejek.Tak sabar?Takut nanti lain pula jadinya.
"Jangan termakan dengan cakap sendiri ya Rin.Jomlah..Aku lapar ni"Airin tersenyum.Tak kisahlah Baby hendak kata apa.Dia tahu hati dia untuk siapa.Apa yang dia mahu,Baby akan terus berada disamping dia walau apa terjadi sekalipun.
Airin pulang kerumah Puan Ruzila setelah menghantar Baby pulang ke rumah sewa.Dia jarang pulang kerana banyak tugasan dan hari minggu,biasanya dia sudah punya aktiviti bersama-sama teman-teman ataupun bersama Zarul.Dirumah,dia dan Zarul perlu berhati-hati agar keluarga tidak dapat menghidu hubungan terlarang mereka.
"Lambat sampai Rin?"Soal Zarul ketika Airin masuk kerumah.
"Makan and shopping sikit dengan Baby.Dah hilang penat?"
"Tengok Rin hilang penat abang..Balik seorang?"Airin memandang keliling sebelum tersenyum.
"Of course seorang.Mamat tu tak akan ikut balik punya.Baik dia dating dengan Juwita..."Ujar Airin separuh berbisik.
"Dia pernah bawa balik Juwita?"
"Sekejap-sekejap.Tapi Rin tak pernah pula tengok perempuan tu masuk bilik dia..Tapi waktu Rin tak ada,itu tak sure.Biarlah.Buat apa kita nak sibuk kan..Mama mana?"Baru Airin teringat.Sejak dia sampai,tidak nampak pula kelibat kedua orang tua mereka.
"Mama,papa dengan Ira keluar.Rumah tak ada orang pun"
"Are you sure?"Airin memeriksa sekeliling.Dia mahu memberi kejutan pada Mama,akhirnya dia pula yang terkejut.
"Ya lah sayang..Rin nak buat apa dengan abang?"Pinggang ramping Airin dirangkul rapat kearahnya.
"Abang..behave please.Ingat kita kat mana?"Airin cuba melepaskan rangkulan Zarul kerana bimbang jika ada ahli keluarga mereka yang tiba-tiba pulang.
"Abang rindu Rin ni"
"Mengada.."
"Zarul.."Zarul pantas melepaskan Airin bila namanya dipanggil.Dia menelan air liur menjeling kearah suara yang memanggil dia tadi.
"Rin kenal suami Rin yang mana satu kan?"Airin tersentak dengan pertanyaan Marlia,ibu saudara Zarul dan Zairil.Dia merenung tajam kearah kedua-dua anak saudaranya itu.
"Mak su..please dengar dulu"
"Maksu dah lama dah curious dengan you berdua ni..Apa betul yang Mak su fikir?"Airin mengetap bibir.Matilah dia jika keluarga mereka dapat tahu.
"Mak su..jangan salah faham.Kami berdua tak ada apa pun"
"Tak ada apa-apa sampai hugging.Kalau Mak su lambat tadi,maybe kissing?Can you explain Zarul?Airin?"Zarul dan Airin hanya membisu.Tidak tahu apa yang patut dia jelaskan kerana memang perlakuan mereka salah.
"Nothing to explain.But please Mak su.Jangan beritahu Mama dengan apa yang Mak su nampak tadi"Marlia menghela nafas panjang.Haruskah dia bersubahat.Pening.Baru semalam dia nampak Zairil berpelukan dengan seorang gadis.Hari ni,Zarul pula berpeluk sakan dengan Airin.Apa hendak jadi dengan anak-anak saudara dia itu.
"Okay..Mak Su tak akan cakap apa-apa ada Mama.Tapi Rin,ingat..Kalau ada masalah dengan Airil selesaikan.Mak Su tak nak Rin jadi isteri yang nusyuz"Suara Marlia agak keras.Dia sayangkan Airin.Dia tidak tahu keadaan sebenar.Zairil dan Airin diminta berkahwin secara paksa tetapi dia yakin yang perkahwinan Zairil dan Airin akan berhasil.
"Thanks Mak su"Ucap Airin pendek sebelum menjeling Zarul disisinya.
"Abanglah ni..Rin kan dah kata cover sikit bila disini"Bentak Airin setelah Marlia beredar.
"Sorry..Setahu abang,Mak Su balik kampung"Jelas Zarul.Dia menampar pipi kerana terlalu gopoh,rahsia mereka hampir sahaja bocor.
"Erm,jangan macam ni lagi.Kalau parents kita tahu.Rin tak tahu nak jawab apa"
"Ya..Abang janji..."
"Rin naik dulu.Nak mandi.."Zarul mengigit bibir.Hanya mampu melihat Airin berlalu.Teruk jika terus begitu. Bila semua akan berakhir.Dia tidak mampu lihat sahaja Airin begitu.Dia mahu Airin jadi milik dia sepenuhnya.Zarul tidak tahu mengapa Mama menjodohkan Zairil dengan Airin dan bukan dia.Dia sudah menawarkan diri menggantikan tempat Zairil memandangkan Zairil sudah punya kekasih tetapi ditolak mama mentah-mentah.Apa yang lebih pada Zairil,Zarul pun tidak tahu.
*************
Airin bangun lebih awal bila terdengar televisyen dibiliknya terbuka.Airin memisat mata..Dia memerhati berkali-kali dan dia pasti didalam bilik dia itu siapa.
"You buat apa dalam bilik i ni?"Soal Airin menarik selimut.Dia hanya memakai pakaian tidur nipis tanpa apa-apa didalamnya.
"Bilik you,bilik i..You dah lupa?"Zairil memandang sekilas.Takut juga hendak memandang Airin yang dalam keadaan begitu lama-lama.
"Huh..You buat apa balik pagi-pagi ni?"
"Jumpa Mama.Tapi mama kat dalam bilik lagi..Tu i masuk bilik dulu tumpang solat subuh"Memang Zairil keluar awal dari rumah kerana Mama whatapp dia,beritahu Airin kurang sihat.
"Erm,kalau macam tu keluar lah"
"kenapa?Takut i buat apa-apa pada you?"Zairil tersenyum nakal.Airin mencebik.Kalau dah namanya lelaki.
"Eii..Gelilah..."
"Mama whatapp i tadi.Mama beritahu yang tak sihat..HB low lagi?"Soal Zairil lembut sambil menghulurkan kemeja t miliknya yang diambil dari dalam almari.Sepantas kilat Airin menyarung kemeja t yang dihulur Zairil.
"I ada beli supplement untuk HB low..Nanti lepas breakfast you makan sebiji..Sebiji jer jangan lebih"Arah Zairil.Sudah beberapa kali dia lihat Airin pening dengan wajah pucat.
"I malas nak makan supplement ni"
"Makanlah.Nanti apa-apa jadikan susah..I nak pergi dah ni.Takut lewat pula.Make sure makan.Nanti i check"Zairil mengenyit mata kepada Airin membuat gadis itu terkedu.Zairil mabuk agaknya.Baik sangat tu.Zarul berhenti melangkah bila terserempak dengan Zairil sewaktu adik kembarnya itu baru hendak keluar dari bilik Airin.
"Bila balik?"Soal Zarul pelik.
"Aku nak balik kena report pada kau ke?"
"Aku tanya pun salah?"Zairil mengangkat bahu tanpa sebab sebelum terus melangkah turun ke bawah.Dia malas hendak memulakan pertengkaran.Mimpi apa agaknya Zarul menegur dia pagi-pagi begitu.Zarul menjeling bilik Airin yang tertutup rapat,Risau dia.Apa Zairil buat,awal-awal pagi didalam bilik kekasihnya.Dia ingin menjengah tetapi bimbang jika kejadian semalam berulang.Dia perlu lebih berhati-hati agar Mak su tidak syak lagi.Nanti dia perlu bertanya pada Airin kerana dia masih tidak puas hati.Takut Zairil buat sesuatu pada Airin.
"Airin dah okay dah Ril?"Soal Puan Ruzila ketika Zairil melintasi meja makan.Zairil tidak perasaan kedua orang tuannya berserta Mak su ada dimeja makan kerana asyik mengelamun.
"Nampak macam dah okay.Airil ada tinggalkan dia supplement. Dua tiga hari ni biar Airin tidur sini lah ma"
"Kenapa pula..Kamu nak pergi mana Ril?"Sampuk Marlia.Jika boleh,biar Airin sentiasa ada dengan Zairil.Untuk apa Airin tinggal disitu jika Zairil ada dirumah.
"Airil selalu balik lambat.Banyak kerja"
"Banyak kerja atau jumpa kekasih lepas kerja?"Tuan Hakim mula bersuara.Dia jarang masuk campur urusan anak-anak tetapi minggu itu sahaja,sudah tiga kali dia ternampak Zairil dengan Juwita di restoran tempat dia selalu bertemu client.
"Eh,mana ada pa"Tuan Hakim menggeleng panjang sambil meneruskan suapan kemulut.
"Betul ke Ke Ikhwa Zairil?" zairil mengigit bibir.
"Bagi Airil masa..Airil dah lambat nak masuk office ni ma.Tolong tengok Airin ya.Assalamualaikum"Zairil cepat-cepat beredar takut bertambah panjang lagi bebelan orang tua dia pagi itu.Cuai betul dia sampai papa dapat tahu.