Malam itu Zairil pulang lebih awal dari biasa kerana Juwita tiada.Ada kerja di Pulau Pinang kata Juwita.Fauzan juga tidak untuk di ajak makan.Jadi,Zairil fikir mahu membawa Airin keluar makan.Itupun jika Airin tidak keluar lagi.Sunyi pula bila sudah dua hari Airin tidur dirumah orang tua mereka.Jika ada Airin,ada juga dengar bunyi bising muzik di bilik sebelah.Bila sampai dirumah Zairil menjengah kebilik sebelah untuk menganggu ketenangan Airin. Biasa pintu bilik Airin terkatup rapat tetapi malam itu,luas juga terbuka pintu bilik Airin.Bunyi pancuran air dari bilik mandi juga jelas kedengaran.Airin mandi agaknya.Samaada gadis itu baru pulang atau baru hendak keluar.Zairil memerhati sekeliling bilik.Tersusun kemas.Airin masih suka dengan warna merah.Zairil tersenyum sendiri melihat ada bingkai gambar kedua orang tua Airin dan gambar mereka sekeluarga diatas alamari kecil ditepi sudut bilik.Kasihan Airin,kehilangan orang tua sejak dari kecil.
"Dumm"
"Rin.."Lamunan Zairil terhenti.Cepat-cepat dia berlari menuju ke bilik mandi.Mujur pintu bilik mandi tidak berkunci.Zairil pantas menutup air pancuran dan terus mencapai tuala menutup tubuh Airin yang terdedah.Dia langsung tidak fikir lain selain dari risaukan keadaan Airin yang tidak sedarkan diri.Kenapa pula Airin tiba-tiba rebah.Zairil membaringkan Airin kekatil.Diusap kepala Airin lembut.Dia tidak sedar yang dia mengucup dahi Airin berkali kerana terlalu bimbang.
"Rin,bangun Rin..You kenapa ni?"Tubuh Airin digoncang lembut.Berkali-kali nama Airin dipanggil.Dia langsung tidak terfikir hendak bawa Airin mendapatkan rawatan mahupun memanggil Fauzan sahabatnya datang kerumah merawat Airin waktu itu.
"Abang Zarul.."Sayup-sayup Zairil mendengar Airin memanggil nama Zarul dengan mata yang masih terkerdip-kerdip.Airin sudah sedar.
"Rin,you okay?"Soal Zairil sebaik Airin membuka mata.
"I rasa kepala berat and after that semua blur"Kepala yang masih sakit dipicit perlahan.
"Maybe HB you low lagi.."
"You yang bawa i..you..?"Airin melihat dirinya yang masih bertuala.Zairil buat wajah selamba.Bukan salah dia.Dalam keadaan darurat begitu,apa lagi yang patut dia buat.Semua secara spontan.
"I tak buat apa-apa pun.I tak fikir apa-apa pun tadi.Tak sempat sebab gabra" Zairil mengambil alat memeriksa tekanan darah didalam laci dan dipasang pada lenggan Airin.
"Apa ni?"Airin cuba menepis tapi dijeling tajam oleh Zairil membuatkan dia hanya mampu menurut.Garang betul Zairil.
"Darah you rendah lagi...You dah makan?"Airin menggeleng.Sejak pulang dari kelas tadi,dia masih belum menjamah apa-apa makanan kerana tubuhnya keletihan.
"I buatkan bubur kejap.."
"Airil..Boleh tak kalau i minta abang Zarul datang sini?"Zairil berhenti melangkah dan berpaling semula kearah Airin.
"Untuk apa?"
"I need him.."Lama baru Zairil mengangguk walau dia tidak pasti samaada dia kisah atau tidak dengan permintaan Airin itu.Penting sangatkah Zarul pada Airin.sakit-sakit begitu pun Airin mahu Zarul ada disisi Airin.
*************
Zairil berjalan menuju ke pintu utama rumahnya bila loceng berdenting.Mungkin Zarul sudah sampai.Cepat benar Zarul sampai.
"Airin mana?"
"Tak reti beri salam..?"
"Assalamualaikum..Rin mana?"
"Kat bilik..Atas"Tunjuk Zairil sebelum berlalu kedapur semula melihat bubur yang sedang dia masak.Zairil masih tidak dapat hadam apa pentingnya Zarul kepada Airin.Fikiran dia melayang,mula perasan yang layanan Zarul pada Airin selama ini bukan biasa-biasa.Zarul terlalu mengambil berat tentang Airin sedangkan dengan Zahirah pun tidak begitu.Ah,malas dia hendak fikir.Dia sahaja yang fikir bukan-bukan.Zairil menyenduk bubur kedalam mangkuk untuk dibawa kepada Airin.Dia mahu Airin cepat sembuh.
"Ehem..ehem..."Zairil berdehem.Dia sebenarnya terkejut juga lihat Zarul sedang memeluk Airin.Apa dia bermimpi atau matanya silap pandang?.
"Korang buat apa ni?"Soal Zairil keras.Entah mengapa dia rasa kurang senang dengan apa yang dia lihat itu.
"Tak ada apa..Airin tak sihat.."
"Dia tak sihat kenapa sampai nak kena peluk-peluk?Suami dia hidup lagi"Mangkuk bubur Zairil letak diatas meja.Dia tidak puas hati dengan tingkah Zarul .Sungguh tidak sopan buat begitu didalam rumah dia.
"Kau sedar kau ni suami dia?Kesihatan dia pun kau tak boleh nak jaga"
"Kau kenapa?Airin ni kekasih kau?Isteri kau?"Soal Zairil bertubi-tubi.
"Eh,korang ni dah kenapa?Asal jumpa jer bergaduh.Bertambah sakit kepala i lah"Pintas Airin.Bertambah pula sakit kepala melihat Zairil dan Zarul bergaduh dihadapan dia begitu.
"Better kau balik Zarul.aku tahu nak jaga dia macam mana?"
"Airil apa ni?"Bentak Airin.Dia masih belum puas bertemu Zarul.
"You sebenarnya ada apa dengan Zarul ya Rin?"Airin terkedu dengan soalan Zairil.Zarul tidak kisah sebenarnya tapi Airin memberi isyarat supaya dia diam sahaja.
"As you know i macam mana dengan abang Zarul..."
"Zarul,baik kau balik"
"Abang balik dulu ya"Airin mengusap lengan Zarul lembut.Dia tidak mahu memperbesarkan hal itu lagi.
"Nanti abang call Rin okay.Please jaga diri,Jangan buat abang risau"Berat hati Zarul hendak meninggalkan Airin tetapi dia terpaksa kerana Zairil lebih berhak.
"Rin,i hantar Zarul kejap lagi i naik.You makan dulu"Airin mengangguk.Membiarkan kedua lelaki itu beredar dari biliknya.Menyesal pula Airin memanggil Zarul datang melawat dia disitu.Biasanya Zairil tidak kisah.
"Kau tolong tengokkan Airin tu.Jangan asyik biarkan dia seorang"
"Zarul,dia isteri aku.Aku tahulah nak jaga dia..Kau jangan sibuk hal rumahtangga aku"Pintas Zairil.Dia tidak mahu Zarul ikut campur urusan rumahtangga dia dan Airin.Dia tahu tanggungjawab dia pada Airin.
"Aku tak nak apa-apa jadi pada dia.Sepanjang aku jaga dia,dia tak pernah sakit"
"Sebab kau,aku dengan dia kena tangkap khalwat malam tu.Sebab apa?Sebab kau selalu pergi rumah sewa dia kan?Sebab muka kita sama,orang fikir aku ni kau"Zairil menekan suara keras.Dia tahu itu sebabnya dia dan Airin ditangkap malam itu.
"Aku tak pernah masuk rumah tu..Kebetulan hari tu kau yang kena.Aku dah minta mama gantikan tempat kau tapi mama tak nak...Aku pun tak tahu apa yang bagus sangat dengan kau"Zarul menolak dada Zairil,menyarung kasut dan terus beredar dari rumah Zairil.Lagi lama disitu,makin panas hatinya.Zairil kembali keatas untuk melihat keadaan Airin.
"Dah makan?"
"I tak ada selera?"
"Tak selera sebab abang kesayangan you dah balik?"Sindir Zairil.Mangkuk bubur yang sudah sejuk diatas meja Zairil capai.
"I nak you habiskan bubur ni.I dah call Ikram minta dia datang check you"Airin mendengus.Tidak suka cara Zairil melayan dia.Dia bukan budak-budak lagi.Lagipun sebelum ini,bukan dia tidak pernah pitam kerana darah rendah.
"Dah pukul berapa ni you nak suruh Ikram datang...I okay.I cuma penat"
"Kalau dah tahu penat,janganlah keluar malam.Duduk rumah"
"You ni kalah mama tahu tak..."
"You tanggungjawab i faham..."Kepala Airin diusap lembut.Malam itu dia akan menemani Airin dibilik itu.Zairil bimbang hendak meninggalkan Airin seorang diri.Dia bimbang Airin pitam lagi.
*************
Juwita menunggu Zairil ditempat biasa.Kebiasaannya Zairil akan sampai dahulu dari dia tapi tidak malam itu.Apa yang dibuat Zairil agaknya,dia pun tidak tahu.
"Lama tunggu sayang?"Terkejut Juwita bila Zairil tiba-tiba muncul dibelakang dia.
"Terkejut i..Lambatnya you malam ni?"
"I ada kerja sikit dengan Fauzan tadi..Sorry"
"Erm..Dengan Fauzan ke Fauziana?"Zairil ketawa.
"Cemburu ke sayang?"
"Mestilah.You tahu i kan tak suka share you dengan sesiapa pun"
"Tak akan lah..Dah jom.Lambat nanti"Tangan Juwita ditarik kearah pintu masuk pawagam.Mereka hampir lewat kerana Zairil.Sudah lama mereka tidak menonton wayang bersama kerana Zairil terlalu sibuk dengan kerja.Jika ada waktu sekalipun,Zairil lebih suka makan-makan sahaja.Kadang-kadang bosan juga tetapi begitulah Zairil seadanya.
"Sayang,malam ni i tidur rumah you boleh?"Pinta Juwita sewaktu mereka sudah keluar dari panggung wayang.
"Rumah i?Mana boleh"
"Kan Airin ada.."
"Dia belum tentu ada.Kalau balik clubbing pun pukul empat lima pagi baru balik"Zairil memberi alasan.Dia tidak mahu biasakan Juwita duduk dirumahnya selalu.Takut ditangkap khalwat untuk kali kedua pula nanti.Cukuplah dengan Airin seorang.Jika dengan Juwita,eloklah mereka melalui fasa bertunang,bernikah dan bersanding kerana dengan Airin dia tidak sempat merasa itu semua.
"Elok lah tu.Ada juga kita masa berdua kan"
"Ju..berapa kali i nak kata.."Jari jemari runcing Juwita diramas lembut.
"Kalau macam tu kita nikah nak?I takut kalau ada prempuan yang ganggu you"Zairil tidak tahu samaada dia gembira atau tidak dengan penyataan Juwita.
"You serius ke ni?"
"Ya..i serius lah.Sejak bila i main-main pasal perkara nikah kahwin ni"Juwita agak terasa kerana Zairil menganggap dia main-main.Dia perasan sebulan itu Zairil agak berbeza.Juwita bimbang Zairil akan tinggalkan dia untuk wanita lain.
"Sorry..Before this i ajak you kahwin berkali-kali you tolak.Itu yang i pelik bila tiba-tiba you cakap macam ni.You dah habis fikir nak jadi isteri i?"Pipi Zairil diusap lembut.Dia masih belum bersedia untuk menjadi seorang isteri dan menantu tetapi dalam waktu yang sama dia takut kehilangan Zairil.
"I cintakan you Airil.I takut nanti you lari"
"I nak lari mana?You dah ikat i pun"Juwita menarik hidung Zairil lembut sebelum mengucup bibir basah lelaki itu lembut.Zairil tidak sempat menggelak tetapi cepat-cepat dia meleraikan kucupan Juwita.
"Ju..orang nampak nanti"
"Dulu masa kita study..You okay jer.Bila balik sini semua tak boleh"Rungut Juwita.Dahulu dia selalu sahaja lepak dirumah bujang Zairil,berciuman bukan sesuatu yang janggal,mereka sudah lakukan lebih walau tidak sampai kehubungan seksual,Zairil yang sering menolak.Zairil mahu lakukan bila mereka sudah bernikah nanti.Juwita tahu,alasan sebenar Zairil yang tidak mahu kerana takut dipertanggungjawab nanti.
"Masa tu kita budak-budak lagi Ju..I pun tak matang lagi...I respect you as my girl" Rambut Juwita yang terjuntai,Zairil selit ketelinga.
"Tapi i miss you yang dulu"
"After kita kahwin,i akan layan you lebih dari dulu"Tangan Juwita dicapai dan dikucup lembut.Mereka perlu sabar untuk seketika lagi.
"You janji?"
"Janji..I love you so much"
"I love you too Zairil..Janji jangan tinggalkan i.."Zairil mengangguk perlahan.Merenung Juwita penuh kasih.