Chapter 8

1128 Words
Setelah pulang dari bertemu Juwita,Zairil terus pulang,mandi dan turun semula ketingkat bawah.Dia membancuh Nescafe dan duduk diberanda kondonya.Suasana agak sepi.Mungkin kerana penghuni kondo semua sudah terlena diulit mimpi.Mata dia sahaja yang masih tidak boleh lelap.Otak Zairil ligat memikirkan tentang dia dan Juwita.Bagaimana hendak menyakinkan mama yang Juwita adalah yang terbaik untuk dia.Hendak tunggu Airin habis belajar,lagi lapan bulan.Lambat lagi.Dia takut Juwita dapat tahu tentang dia dan Airin. "Mana perempuan ni pergi?Tak tahu balik agaknya"Zairil mengomel sendirian bila menjeling jam sudah menunjukkan pukul dua pagi.Jika sudah lewat begitu,tentu Airin pulang dalam keadaan mabuk lagi.Apa hendak jadi agaknya dengan Airin.Sampai bila Airin hendak hidup begitu. Ting Tong.... Zairil terkejut bila loceng pintu rumahnya ditekan bertalu-talu.Siapa pula yang datang malam-malam begitu.Zairil bergegas kearah pintu. "Eh,kenapa ni?"Terkejut Zairil bila Airin dipapah oleh seorang lelaki yang dia tidak kenali.Mana Baby?. "Tadi saya jumpa Airin dekat club.She's drunk..Tu yang saya bawa dia balik" "Kau siapa?"Tanya Zairil pelik.Mana lelaki itu tahu rumah Airin.Airin pernah bawa lelaki balik kerumah mereka. "Classmate Airin.."Zairil mengangkat Airin ke sofa tanpa mempelawa lelaki itu masuk.Dia kemudian kembali semula kearah lelaki yang menghantar Airin tadi. "Kau pernah datang sini?"Tengku Rizal menggeleng.Itu kali pertama dia sampai kesitu.Dia juga terperanjat bila lelaki yang membuka pintu.Airin tinggal dengan seorang lelaki. "Habis mana kau tahu Airin tinggal sini?" "Saya call baby tadi,tanya dia alamat penuh Airin..Ni access card..Kereta Airin ada dekat bawah.My friend tolong bawakan"Kunci kereta dan access card berserta tas tangan Airin,Tengku Rizal pulangkan semula kepada Zairil. "Erm,thanks hantar airin balik"Serba salah pula Zairil kerana bersikap kasar dengan lelaki yang telah membantu Airin itu. "Small matter..Maaf kalau bertanya..Encik dengan Airin?" Kerana terlalu pernasaran,ingin tahu apa hubungan Airin dengan lelaki itu,ringan sahaja mulut Tengku Rizal bertanya.Jika dia tanya Airin,tidak pernah temannya itu jawab serius.Tidak mungkin abang kerana dia sering lihat lelaki itu ambil dan jemput Airin di kampus.Mesra semacam.Setahu dia Airin tinggal dengan Baby.Tengku Rizal harap,Airin tidak melakukan perkara bukan-bukan dan tidak sepatutnya. "She's my wife" Tengku Rizal terkaku.Apa dia silap dengar. "Err..its okay..saya minta diri dulu"Kerana terlalu terkejut,tengku Rizal terus sahaja minta diri dan beredar dari situ.Kenapa Airin hendak berahsia tentang itu.Selama ini apabila ditanya,Airin akan jawab itu abangnya dan baby juga tidak pernah menafikan.Mengapa Airin tidak berterus terang sahaja agar dia tidak menaruh hati pada gadis itu.Apa yang dia baru dengar tadi benar-benar menghancurkan hatinya. ************** Pagi itu Zairil lambat masuk kepejabat.Dia mahu bercakap dengan Airin.Apa yang berlaku semalam,sungguh Zairil tidak boleh terima.Apa-apa boleh terjadi jika dia tiada semalam. Airin langsung tidak fikirkan maruah diri sebagai seorang gadis.Itupun Zairil tidak pasti samaada Airin masih gadis atau tidak kerana jika diikutkan cara hidup Airin yang bebas,Zairil tidak rasa Airin mampu mengawal diri. "Lambat masuk office?Ada janji dengan Juwita?"Zairil tidak perasan yang Airin sudah berada dihadapan dia kerana terlalu asyik menggelamun. "Tak..saja masuk lewat sebab time macam ni jer dapat jumpa you"Airin mengangkat kening. "You sindir i ke?"Zairil mendengus sambil meneguk baki Nescafe didalam cawan. "You ingat tak siapa yang hantar you balik semalam?" "Tengku Rizal..." "You sedar?"Airin menggigit bibir. "Baby call beritahu i tadi.." "So,you memang tak sedar dan memang tak akan sedar kalau orang buat apa-apa pada you?"Zairil meninggikan sedikit suara membuatkan Airin gumam. "I tahulah nak jaga diri i"Jawab Airin keras. "Kalau macam ni lah.I tak confident yang you pandai jaga diri" "Habis,you ingat i ni perempuan macam mana?"Zairil mengangkat bahu dengan senyuman sinis. "I mana tahu.I tak pernah sentuh you" "Mulut you jaga sikit Airil.I bukan macam you.I tahu nak jaga maruah i"Airin cukup pantang lelaki meremehkan dia. "Kalau you pandai jaga maruah you..You tak kan keluar dengan banyak lelaki..You tak mabuk..i tak faham perempuan jenis apa you ni" "Jangan kurang ajar sangat mulut tu..I sedar i siapa..Tapi i bukan hipokrit macam you.Depan orang baik.Belakang?"Airin menolak kerusi hingga jatuh sebelum berlari naik keatas.Kata-kata Zairil cukup membuatkan dia terluka.Hilang rasa hormat dia pada Zairil.Begitu sekali pandangan Zairil terhadap dia. "Apa kau cakap ni Ril"Zairil menghentak meja.Kenapa dia begitu emosi bila lihat Tengku Rizal semalam.Kenapa mulut dia lancang benar menghina Airin.Satu hal pula dia hendak memujuk Airin nanti. ************* I tidur rumah Baby.Nanti i balik "Siapa whatapp?Berkerut dahi?"Soalan Fauzan tidak berjawab.Sudah dua hari Airin menggelak dari bertemu dia.Pintu bilik pun Airin kunci sepanjang masa.Tidak seperti selalu. "Airin..Ingat Juwita,buah hati kau"Fauzan mencuri pandang skrin talifon Zairil yang masih menyala. "Kau rasa Airin tu pernah tidur dengan lelaki lain tak?"Seperti orang bodoh Zairil bertanya soalan sensetif itu kepada Fauzan. "Mana aku tahu.Dia bini kau.."Zairil menakup wajah.Bodoh dia tanya soalan begitu pada Fauzan. "Memang bini aku.Tapi kau pun tahu kan sebab apa aku kahwin dengan dia..Aku tak pernah sentuh dia pun" "Habis tu,apa masalahnya?Kau nak risau sangat dia pernah tidur dengan mana-mana lelaki sekalipun.Tak penting pun kan?"Fauzan cuba mengorek.Dia tahu,pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran Zairil. "Dia adik aku juga.Aku risau tengok perangai dia.Bertukar-tukar jantan,Mabuk.."Fauzan tersenggih. "Adik?Airin tu daring kan..Kau tak tergugat ke tengok dia dua puluh empat jam?"Zairil menggelak bila Fauzan merenung anak matanya. "Merepek.." "Ke kau cemburu ni" "Lagi la tak masuk akal.Aku ada Juwita..Juwita tu.." "Lagi cantik?..Aku lelaki..Kau lelaki..Kau lagi tahu kan nak menilai..Airin tu lelaki mana pun boleh melutut kalau dia goda..Juwita..Sorry Ril..Seksi jer lebih" "Jujur sangat tu Zan...Cakap tu tapis sikit.."Zairil tidak suka bila Fauzan mengutuk Juwita.Dahulu Fauzan baik dengan Juwita tapi entah kebelakangan itu,ada sahaja yang tidak kena tentang Juwita dimata Fauzan. "Aku cakap jer Ril...Lepas kau ceraikan Airin.aku surelah berduyun lelaki beratur tunggu nak masuk line.Ye lah kan..Janda...Janda macam Airin,Aku pun sanggup ganti kau Ril"Zairil menggeleng.Kesitu perginya.Ingat senang agaknya hendak dapatkan Airin.Keras kepala. "Miang juga kau kan?" "Tapi tak macam kau denga Juwita kan?" "Aku dah tak buat semua tu okay.." "Ye lah.Dah ada yang halal dekat dalam rumah.Nak kejar yang haram buat apa kan?"Makan dalam sindiran Fauzan.Sejak bila Fauzan lantang bersuara.Langsung tidak bertapis. "Dahlah.Malas aku nak layan kau..Hari ni pergi gym..?" "Aku on jer.Kau yang selalu skip.." "Petang ni On.aku terus pergi" "Kau okay tak?Kang Juwita bising kalau kau tak jumpa dia"Fauzan baru teringat.Juwita tidak suka Zairil kerap ke gymnasium. Takut Zairil pandang perempuan lain. "Dia tak ada..Penang.." "Kerap juga ya Juwita ke Penang?Buat apa?"Soal Fauzan sangsi.Bulan itu sahaja sudah tiga kali Juwita ke Pulau pinang. "Dia tengah setup branch kat sana..Biarlah.Nanti dah kahwin tahulah aku nak simpan dia"Fauzan mencebik.Jangan Zairil dibodoh-bodohkan Juwita lagi sudah. "Suka hati kau lah Ri.Jangan nanti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Kalau aku jadi kau.Baik aku didik yang dekat rumah tu.Jaga dan asuh dia baik-baik.Airin tu kalau kau asuh dia dan didik dia baik-baik,aku jaminlah dia memang tip top" "Yang kau ni asyik Airin jer dah kenapa?kau suka dia ke?" "Kalau aku suka dia?Kau marah?"Soal Fauzan sekadar menguji.Zairil hanya diam.Menyampah pula dengan Fauzan hari itu.Dah lah pening hendak fikir tentang rajuk Airin.Hendak pujuk memang dia tidak tahu. "Diam tu tandannya okay lah kan?" "Kau ingat bini aku tu apa?Lagipun kau larat ke nak layan perangai dia?"Fauzan tersenggih. "Tak susah sebenarnya tapi kau yang tak tahu nak jaga dia Ril..Rugi..." "Apa yang ruginya?" "Apa yang kau nak dari dia sebenarnya?"Zairil menggaru kening. "Apa maksud kau?" "Ya lah..Apa sebenarnya yang kau nak dari dia?Kau nak simpan dia ke?Atau kau akan ceraikan dia?" "Kalau ikutkan,aku memang kena ceraikan dia..Sebab itu yang sepatutnya.."Jelas Zairil. "Sebab kau nak kahwin dengan Juwita?"Zairil mengangguk.Ikut rancangan begitulah. "Rugi kau Ril.." "Kenapa?"Fauzan menggeleng.Malas hendak bersoal jawab dengan Zairil.Lelaki itu sudah besar panjang.Pandai-pandai lah berfikir.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD