Hari Bahagia

1000 Words
3 bulan berlalu pada hari pertunangan antara Khalil dan Syazwani. Lagi 4 bulan sahaja hari pernikahan Khalil dan Syazwani akan berlangsung. Hari yang mendebarkan buat Khalil dan Syazwani. Persiapan demi persiapan telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Seminggu lepas hari pernikahan, persandingan dari rumah pihak lelaki pula akan berlangsung. Majlis yang ringkas tetapi meriah sahaja dari pihak perempuan. Tarikh dan waktu telah pun dipersetujui dan ditetapkan. Sudah 2 minggu berlalu, Khalil dan Syazwani pergi ke butik pengantin bersama Hawa dan Ain. Khalil dan Syazwani mencuba pakaian yang dibeli oleh mereka. "Assalamualaikum!" Mereka berempat beri salam "Waalaikumsalam!" Owner butik pengantin iaitu Puan Salmah jawab salam "Diorang berdua nak try baju. Dah siap ke?" Ain bertanya kepada Puan Salmah "Dah siap dah semalam. Kejap ye. Saya ambikkan baju tu." Jawab Puan Salmah "Okey." Balas Hawa dan Ain ringkas "Haa! Ni bajunya. Trylah pakai." Ujar Puan Salmah "Baju warna pink ni cantik jugak." Ain berkata kepada Hawa "Haa Aaahh laa! Ada bling-bling kat tepi. Berapa harganya Puan?" Tanya Hawa "Yang tu harganya 106 ringgit!" Jawab Puan Salmah "Oh. Mahal jugak harganya." Ucap Hawa "Tapi cantik ada bling-bling kat tepi dia." Tambah Ain "Mak! Okey tak?" Khalil bertanya kepada Ain "Okeylah tu." Jawab Ain "Ibu! Okey kan?" Syazwani bertanya kepada Hawa "Okey lah tu. Tak ketat. Tak jarang." Jawab Hawa "Cantiklah tu. Setuju ye puan? Kalau setuju boleh terus bayar." Tanya Puan Salmah "Okey lah. Berapa?" Tanya Ain "Lagi RM80. RM30 kan dah bayar time tempah tu." Jawab Puan Salmah "Ain kau bayar RM40. Aku bayar RM40." Arah Hawa "Sini RM40. Okey puan. Ni RM80. Terima kasih." Ucap Ain "Sama-sama! Kalau ada najlis boleh tempah lagi." Ujar Puan Salmah "Okey." Ucap Hawa "Khalil! Kita pergi kedai makan dulu lah. Hawa! Wani! Tak apa kan pergi makan dulu baru balik?" Ain bertanya kepada Hawa dan Syazwani "Bolehlah." Jawab Hawa "Boleh lah tu. Lagipun sarapan sikit je pagi tadi." Ujar Syazwani "Sarapan sikit je! Diet ke?" Ain perli Syazwani "Hehe. Nak turunkan berat badan." Jawab Syazwani "Alahh. Bukan berat sangat pun." Perli Hawa "Tak payahlah nak diet. Awak tu ringan je. Khalil ni boleh je angkat awak tu." Perli Ain kepada Khalil "Hahaha. Dahlah. Jom gerak. Nanti sampai rumah Zohor dah." Ucap Khalil Hari Bahagia "Wani! Dah siap ke belum?" Panggil Syukri "Kejap. Lagi sikit je." Jawab Syazwani "Dah pukul 10:30 ni! Khalil dengan family dia dah on the way dekat pejabat agana tu." Ucap Syukri "Dah siap dah." Ujar Syazwani "Kasut mana?" Hawa bertanya kepada Syazwani "Ada dalam kotak. Kejap orang ambik." Ujar Syazwani Syazwani, Hawa, Syukri, Fatin dan Khairul memulakan perjalanan ke pejabat agama. Syazwani dan Khalil akan diijabkabulkan di pejabat agama sebentar lagi. Mereka semua sudah pun sampai ke tempat yang ditujui. "Assalamualaikum!" Zahid beri salam kepada Tok Kadi "Waalaikumsalam!"Jawab Tok Kadi " Siapa pasangan yang nak nikah tu?" Tanya Tok Kadi "Ni! Khalil dan Wani!l" Jawab Syukri "Boleh duduk sini. Yang lain boleh duduk kerusi belakang kecuali pasangan pengantin dengan wali dan juga saksi duduk depan." Arah Tok Kadi "Ada apa-apa soalan? Kalau tak ada apa-apa boleh kita teruskan majlis ni!" Tanya Tok Kadi "Takde Tok! Tok boleh teruskan!" Jawab Zahid "Okey, baiklah kita teruskan. Wali pengantin perempuan, pengantin perempuan sign dekat sini. Sakli pengantin lelaki dan pengantin lelaki sign dekat sini!" Arah Tok Kadi "Nama penuh siapa?" Tok Kadi bertanya kepada Khalil "Muhd Khalil bin Muhd Zahid." Khalil menjawab pertanyaan itu "Muhd Khalil bin Muhd Zahid!" Ucap Tok Kadi "Saya!" Ucap Khalil "Aku nikahkan akan dikau dengan Syarifah Syazwani binti Muhd Syukri dengan berwakil walikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya RM25 tunai!" Ucap Tok Kadi "Aku terima nikahnya Syarifah Syazwani binti Muhd Syukri dengan mas kahwinnya RM25 tunai!" Ucap Khalil "Sah! Sah!" Tok Kadi bertanya kepada saksi yang lain "Sah!" Saksi lain jawab serentak "Alhamdulillah. (baca doa)" Tok Kadi sudah selesai majlis Syazwani telah sah bergelar isteri kepada Khalil dengan sekali lafaz. Syazwani memeluk Hawa dan Ain dan ayahnya. Begitu juga Khalil memeluk Zahid dan Syukri serta ibunya. Mereka bergambar di luar pejabat agama lalu pulang ke rumah untuk majlis sanding. Setelah pulang, mereka berdua disambut Fatin di pintu untuk minum air kosong segelas bersama. Setelah itu, pasangan mempelai duduk di atas pelamin penuh adab dan sopan. "Hawa! Macam mana tadi? Berapa kali lafaz?" Fatin bertanya kepada Hawa "Bukan ke kau ada ikut tadi? Takkan kau tak tau!" Ujar Hawa "Ada tadi. Pastu masuk kereta buatkan susu untuk cucu aku. Kau tak perasan ke?" Tanya Fatin pula "Oh. Patutlah kau keluar tadi." Ucap Hawa "Sekali lafaz je kan?" Tanya Fatin lagi "Alhamdulillah! Sekali lafaz je!" Ucap Hawa "Alhamdulillah! Tahniah kau dah dapat menantu!" Ucap Fatin "Terima kasih sahabat!" Ucap Hawa sambil memeluk Fatin "Haa tu! Fotographer panggil bergambar!" Ujar Fatin "Ye lah. Nanti kita ambik gambar sekali tau!" Ujar Hawa "Ye lah." Ucap Fatin Majlis sanding pihak perempuan sudah pun selesai. Hanya menunggu majlis sanding dari pihak lelaki sahaja. .....Seminggu Berlalu.... Majlis sanding dari pihak lelaki berlangsung dengan cukup meriah. Tapi masih menjaga batas sebagai seorang Muslim. Kehidupan Khalil dan Syazwani sungguh bahagia. Mereka berdua juga sudah saling sayang dan akrab. Walaupun begitu, pasti ada yang kurang senang melihat kebahagian Khalil dan Syazwani. Mereka berdua tifak menyedari bahawa terselit musuh dalam selimut yang bersembunyi di balik kebahagiaan keluarga mereka. Mereka sekeluarga pasti merasa biasa kerana musuh mereka bersembunyi di balik keceriaan rumahtangga mereka sekeluarga. Bukan mudah untuk menjaga hati dan perasaan orang lain yang berselindung dari wajah gembira. Dendam dan cemburu akan menyelubungi saat melihat mereka sekeluarga bahagia. Rancangan demi rancangan pasti sudah diatur. Hanya menunggu masa untuk meletus. Keseronokan pasti tak kekal lama sekiranya berbalah. Iri hati dan dengki pasti membuak-buak di dada pendengki tersebut. Mereka semua sepatutnya berwaspada dan menilai dengan siapa mereka berkawan. Kerana bnyak yang "talam dua muka" malah juga boleh digelar "syaitan bertopengkan manusia". Hari demi hari dilewati bukan mudah bagi yang berumahtangga. Begitu banyak halangan, tohmahan dan cabaran dalam menempuh alam rumahtangga. Emosi dan fizikal harus kuat supaya tidak menghadapi tekanan. Banyak gelombang yang menghasut tatkala leka. Hanya oman yang teguh dapat meredakan keluh-kesah dijiwa.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD