Perancangan Sudah Lama

1107 Words
Perancangan sudah lama diatur tanpa seorang pun tau. Akibat cemburu, mereka bertiga mengurus plan yang begitu teliti sehingga ramai mempercayai mereka. 19 tahun mereka berdua tunggu untuk membalas dendam. Bukan itu sahaja, mereka berdua dikurnikan seorang cahaya mata dan sudah berusia 19 tahun. Tidak disangka, bahawa anaknya turut bersubahat kerana ingin memecahbelahkan rumahtangga Khalil dan Syazwani. Sudah 19 tahun mereka merancang malah tiada siapa yang menyedari. .....di taman permainan... "Hawa!" Fatin memanggil Hawa "Haa! Ada apa panggil aku. Nsk cakap sesuatu ke?" Hawa bertanya kepada Fatin "Kita borak personal dekat bawah pokok tu lah." Ajak Fatin di bawah pokok yang rendang itu "Kita nak borak pasal apa ye?" Hawa bertanya kerana merasa hairan "Kau tak rasa ke semua macam dirancang?" Fatin menyoal Hawa "Dirancang? Maksud kau? Aku tak faham!" Hawa semakin hairan dengan Fatin "Entahlah. Tapi aku rasa Wani nak kena langgar masa tu sebab dah dirancang. Tapi kau yang selamatkan dia." Kata Fatin kepada Hawa "Ishh kau ni! Takkanlah. Lagipun orang tu dah minta maaf." Ujar Hawa "Time orang tu minta maaf, macam mana fizikal dia? Dia nampakkan muka tak?" Fatin bertanya lagi "Orang tu lelaki. Pakai macam baju sejuk tutup kepala. Tapi dia takdelah pandang sangat. Sebab pakai topi. Peliklah kau ni! Kenapa kau tanya aku macam tu?" Hawa menjawab dengan penuh hairan "Takde apa! Cuma sebelum kau kena langgar kerera hari tu, ada jugaklah yang nak terlanggar aku. Aku pelik je tengok orang tu. Suara dia macam pernah aku dengar." Jawab Fatin "Ye je kau ni! Fikiran kau je kot!" Ucap Hawa "Tak! Ciri fizikal dia sama macam apa yang kau cakap tu. Pastu lepas kau kena langgar tu, Khairul pun hampir terlanggar kereta. Orang tu perempuan. Dia minta maaf tapi tak pandang sangat. Dia pakai topi." Tambah Fatin lagi "Haa! Kau tak bagitau aku pun! Kau ni buat aku risau je!" Hawa berasa khawatir "Hawa! Jaga family kau baik-baik tau!" Ucap Fatin "Ye! Aku ingat pesan kau tu!" Ujar Hawa "Sayang! Jom balik! Dah pukul satu dah ni." Syukri ajak Hawa pulang "Okey!" Ucap Hawa lembut "Sayang okey tak ni? Macam risau je! Borak apa tadi?" Tanya Syukri kepada Hawa "Takde apalah. Okey je!" Jawab Hawa "Betul ni?" Syukri tanya lagi "Iye! Orang okey! Jom kita balio." Ujar Hawa Syukri dan Hawa pulang ke rumah. "Sayang borak apa je dengan Hawa?" Khairul bertanya kepada Fatin "Takde apa! Cuma saya suruh dia hati-hati." Fatin jawab pertanyaan Khairul Fatin beredar dari tempat itu. Khairul merasa bahawa Fatin dan Hawa berbual sesuatu yang merunsingkan mereka. Fatin sedang berfikir sendiri di dalam biliknya. Dia melihat ke luar jendela kamarnya. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.... "Macam ada yang tak kena je! Baru aku perasan, Suzana dengan Nizam tak ada pun datang masa majlis nikah anak Hawa! Khabar berita dari diorang pun tak tau. Haa! Lagi satu, anak dia pun tak kenal. Nama pun tak tau. Apatah lagi muka anak dia. Ada something wrong dekat situ. Isshhh!! Aku ni! Fikir bukan-bukan pulak. Macam mana lah aku boleh buruk sangka dekat diorang. Diorang tu bestfriend aku kot! Huhh!! Malas nak fikir. Baik aku mandi pastu solat. Takdelah serabut otak aku ni!" Fatin bercakap dengan dirinya Setelah mandi, Fatin pergi ke dapur untuk masak. Fatin hanya masak ayam goreng celup tepung bersama sambal serta sayur sawi. Family Nizam "Ayah! Diorang semua tak kenal kan muka Daniel?" Daniel bertanya kepada Nizam "Tak. Sebab diorang semua tak pernah tengok pun muka kau." Nizam menjawab pertanyaan itu "Bukan apa yah! Orang tak nak nanti apa yang kita plan selama ni, akan terbongkar." Daniel berkata kepada Nizam "Daniel tak payah risau. Ibu dengan ayah dah plan semuanya. Dendam kita belum terbalas lagi tau." Ucap Suzana "Betul apa ibu cakap tu. Ayah tak nak kau punya identiti terbongkar. Itu yang paling penting." Kata Nizam "Ayah dengan ibu jangan risau. Walaupun Daniel masuk dalam family diorang, identiti Danel takkan dikenali. Lagipun orang kan berkawan dengan Khalil. Bestfriend Khalil kan." Daniel menaikkan kening sambil senyum "Bagus. Tapi, mesti ada yang pelik sebab kita takde time majlis nikah Wani, anak Hawa tu." Ujar Suzana "Betul jugak tu. Apa kata kita pergi rumah diorang kata nak melawat. Buah tangan jangan pulak lupa bagi." Ujar Nizam "Pasal buah tangan tu biar saya yang uruskan." Ucap Suzana "Tapi Daniel tak boleh ikut. Sebab nanti identiti terbongkar. So, ibu dengan ayah kenalah susun ayat supaya senang nanti nak tipu diorang." Ujar Daniel "Itu takpe. Ibu dengan ayah boleh fikir nanti." Ucap Nizam ....keesokan harinya di rumah Hawa... "Assalamualaikum!" Nizam dan Suzana beri salam "Waalaikumsalam! Oh Nizam! Suzana! Masuklah!" Hawa mempelawa Nizam dan Suzana masuk ke rumah "Eh! Fatin! Kau dengan Khairul pun ada kat sini jugak!" Suzana berkata dengan tenang "Ye. Aku dengan Khairul datang sini tengah bincang tentang anak kitorang! Korang pulak buat apa kat sini?" Tanya Fatin "Saja. Lagipun kitorang kan tak dapat datang time majlis nikah si Wani tu. Tu yang datang sini bawak buah tangan." Jawab Suzana "Kitorang ingat lepas datang sini nak datang rumah kau pulak. Tapi dah alang-alang kau kat sini, kitorang bagi je lah buah tangan ni kat kau." Tambah Nizam "Terima kasihlah. Susah-susah je. Korang pergi mana? Tiba-tiba hilang, tiba-tiba muncul!" Tanya Hawa "Kitorang satu family pergi bercuti dekat Terengganu." Jawab Suzana "Amboi! Mana anak korang? Tak ikut sekali ke?" Tanya Hawa "Oh. Dia takde kat sini. Dia pergi camping dekat Sarawak dengan kawan dia." Jawab Nizam "Siapa nama dia? Tak pernah tau pun." Tanya Fatin "Nama dia Danysh!" Suzana menipu tentang nama anaknya "Ye ke Danysh. Ke korang tipu!" Fatin sengaja berkata seperti itu kerana ingin melihat reaksi mereka "Okeylah korang! Kitorang balik dulu. Kitorang ada hal sikit." Nizam seperti mengelak "Lah! Dah nak balik ke? Baru je borak." Ujar Hawa "Takpe. Lain kali je. Kitorang ada hal." Ujar Suzana Nizam dan Suzana berangkat pulang ke rumah seperti tergesa-gesa. "Diorang macam mengelak je! Aku saja je cakap macam tu." Ujar Fatin "Tu lah. Pelik je diorang ni! Meragukan betullah." Kata Hawa Fatin dan Hawa saling berpandangan mata lalu pergi ke dapur untuk memasak lauk. "Syukri! Kau tengok diorang tu! Serupa kan?" Khairul berkata sambil senyum "Nasib perangai yang serupa. Kalau muka diorang serupa, masalah jawabnya!" Syukri membalas kata-kata Khairul "Hahaha! Tak pasal-pasal tersalah bini oi!" Ucap Khairul "Hahaha!" Syukri gelak sakan bersama Khairul Hawa dan Fatin terdengar gelak tawa Syukri dan Khairul. "Kau tengok diorang tu! Entah apa yang dibualkanya pun aku tak taulah! Bukan main gelaknya." Hawa berkata dengan pelik "Entahlah. Kau macam tak tau je. Diorang memang macam tu kalau dah berjumpa." Ujar Fatin "Sayur ni aku masak tumis je lah ye!" Ucap Hawa "Suka hati kaulah nak masak apa. Yang penting dah siap masak. Kita. tinggal hidang je dekat depan." Ujar Fatin

Great novels start here

Download by scanning the QR code to get countless free stories and daily updated books

Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD