Takdir Telah Tertulis

1272 Words
Fatin dan Hawa telah selamat bersalin. Fatin melahirkan seorang anak lelaki dan Hawa melahirkan seorang anak perempuan. Fatin dan Hawa berpantang di rumah ibu bapa mereka sendiri. Setelah habis psntang 45 hari, Hawa pulang ke Pahang iaitu rumah ibu bapa Syukri. Fatin terpaksa berjauhan semula dengan Hawa. Begitulah lumrah dalam persahabatan. Bila selalu bersama pasti akan terpisah jua. Kerna ini sudah suratan Takdir yang tertulis. Ain dan Nurin sudah semakin pulih daripada trauma yang menimpa mereka. Ain dan Nurin sudah tamat pembelajaran tahun lalu. Mereka berdua sudah mendapat pekerjaan sebagai akauntan dan kerani. Ain memegang jawatan Accauntant dan Nurin memegang jawatan Kerani di tempat kerja yang sama. Gaji mereka sebulan adalah RM1300. Zahid dan Fayyadh baru sahaja dibebaskan dari penjara. Zahid dan Fayyadh dihukum 6 bulan penjara dan 10 sebatan. Parut sebatan mereka masih ada. Mereka berdua berusaha mencari pekerjaan. Seminggu selepas itu, Zahid dan Fayyadh sudah diterima bekerja di kebun sayur-sayuran dan jagung. Gaji mereka juga lumayan iaitu, RM500 sebulan. Walaupun sedikit, mereka berdua tetap bersyukur. Mereka juga berjimat-cermat. Tahun lepas Zahid dan Fayyadh dikhabarkan dengan berita kurang enak bahawa ibu bapa mereka kemalangan jalan raya kerana ingin melawat mereka di penjara. Rumah ibu bapa mereka juga dijual oleh pakcik dan makcik mereka yang tamakkan harta. Ibu Zahid dan bapa Fayyadh adalah adik-beradik. Fayyadh dan Zahid adalah sepupu. Restaurant Berdekatan Tempat Kerja Ain dan Nurin Fayyadh dan Zahid berjalan-jalan di sekitar bandar tersebut. Mereka terserempak dengan Ain dan Nurin. "Korang!" Panggil Fayyadh "Wey! Wey! Cepat masuk kereta." Ain berkata kepada Nurin dan mereka berlari ke arah kereta "Cepat wey! Diorang dah nak dekat tu!" Nurin sedang menggelabah "Wey! Korang! Tunggu jap." Panggil Zahid Ain dan Nurin terburu-buru membuka pintu kereta lalu pergi. "Aduhh! Diorang dah pergi dah!" Ujar Zahid "Kita bukan nak buat apa pun. Diorang dah blaa!" Fayyadh berkata sambil memegang kepala "Kita cuma nak mintak maaf je." Ucap Zahid "Agaknya diorang takut. Tu yang menggelabah masuk kereta tu." Ucap Fayyadh "Takpelah. Jomlah balik. Takde rezeki nak jumpa diorang." Ajak Zahid "Jom arghh balik. Esok-esok mungkin diorang ada." Ujar Fayyadh Tempat Kerja "Ain! Kau dah siapkan ke laporan kewangan tu?" Tanya Nurin kepada Ain "Dah siapkan dah malam tadi." Ain jawab pertanyaan Nurin Mereka tidak sedar bahawa Zahid dan Fayyadh mengekori mereka dari belakang. Ain tidak sengaja menoleh ke belakang dan ternampak Zahid dan Fayyadh. Ain dan Nurin berlari selajunya. "Nurin! Lari! Diorang kat belakang kita!" Kata Ain kepada Nurin Mereka lari sepenuh tenaga tetapi ditahan oleh Zahid dan Fayyadh. "Korang buat apa ikut kitorang haa?"Tanya Nurin sambil menatap tajam "Baik korang blaah, sebelum kitorang jerit." Ain mennyuruh mereka pergi "Bagilah kitorang peluang untuk cakap." Zahid merayu kepada Ain dan Nurin "Tolonglah dengar apa kitorang nak cakap ni. Aku merayu dekat korang." Fayyadh merayu kepada Ain dan Nurin "Apa? Korang nak cakap apa lagi?" Ain marah kepada mereka berdua sambil menitiskan air mata "Cukuplah korang dah buat kitorang terseksa. Tolong jangan tambah sakit kitorang lagi." Nurin berkata sambil menitiskan air mata "Aku cuma nak mintak maaf dekat kau Nurin. Tolonglah maafkan aku." Fayyadh merayu Nurin dengan perasaan sedih "Ain! Tolonglah jangan seksa aku. Tolonglah maafkan aku. Aku betul-betul mintak maaf." Ucap Zahid kepada Ain dengan kesal "Tersiksa? Heh! Kitorang lagi terseksa tau tak!" Ain marah kepada mereka berdua sambil menangis "Kau tau tak kitorang tanggung semuanya. Kitorang menderita, kitorang masih tak boleh lupakan apa yang korang dah buat dekat kitorang. Korang tau tak!" Nurin marah kepada mereka berdua sambil menangis Ain dan Nurin berlalu pergi dari tempat itu sambil menangis. "Nurin!" Fayyadh memanggil Nurin "Wey, Ain!" Zahid memanggil Ain "Kitorang mintak maaf!" Jerit Fayyadh "Tolonglah maafkan kitorang!" Jerit Zahid Ain dan Nurin berlalu pergi dengan kereta yang dinaiki mereka sambil menangis di dalam kereta kera masih teringatkan kisah silam. Ain dan Nurin selamat sampai ke tempat kerjanya. Kebun Sayur-Sayuran "Assalamualaikum, Pak Samad!" Ain beri salam "Waalaikumsalam. Oh, Ain, Nurin. Nak beli sayur ke?" Pak Samad bertanya kepada Ain dan Nurin "Eh, Pak Samad ni. Macam tau-tau pulak kitorang nak beli sayur." Perli Nurin "Macam lah Pak Samad tak tau, korang berdua yang selalu beli sayur-sayur segar dari Pak Samad. Kiranya kamu berdua ni pelanggan tetap Pak Samad lah." Ujar Pak Samad "Kitorang saja je. Manalah tau Pak Samad dah tak ingat dekat kitorang ni kan!" Sindir Ain "Pak Samad tak pernah lupa siapa pelanggan yang selalu beli sayur dekat kebun Pak Samad ni. Kamu berdua nak beli sayur apa?" Tanya Pak Samad "Sayur sawi lah Pak Samad. Beli dua. Bukan apa, kalau lebih boleh simpan." Ulas Nurin "Okeylah. Kejap ye. Pak Samad panggil pekerja Pak Samad. Diorang berdua tu baru dua bulan kerja dekat sini. Tak sangka pulak diorang tu rajin orangnya." Ujar Pak Samad "Oh. Siapa diorang tu Pak Samad?" Tanya Ain "Kejap Pak Samad panggilkan. Eid! Ayyad! Datang sini kejap!" Panggil Pak Samad "Ye. Ye. Kejap." Zahid dan Fayyadh jawab serentak "Pak Samad! Sayur kat sana tu Pak Samad baru tanam ye?" Tanya Nurin "Aa ahhh! Minggu lepas baru tanam. Saja nak tambah sayur lain." Jawab Pak Samad "Oh. Banyak jugak sayurnya. Itu terungkan?" Tanya Ain pula "Ye. Terung. Tak sangka pulak banyak yang beli. Rezeki dari Allah jugak." Jawab Pak Samad "Haa, ada apa Pak Samad?" Tanya Zahid "Ni haa. Diorang berdua nak beli sayur sawi. Kamu berdua tolong ambikkan yang paling fresh. Diorang berdua ni pelanggan tetap Pak Samad." Jawab Pak Samad "Ain! Nurin! Ikut diorang berdua ni. Pak Samad nak siram sayur kejap. Kamu berdua borak-boraklah." Ujar Pak Samad Ain dan Nurin terkejut saat menoleh ke belakang dan tidak menyangka bahawa irang itu adalah Zahid dan Fayyadh. Zahid dan Fayyadh juga tidak menyangka bahawa pelanggan tetap yang Pak Samad selalu ceritaksn kepada mereka adalah Ain dan Nurin. "Korang! Tak sangka pulak jumpa korang dekat sini." Zahid berkata kepada mereka berdua "Korang nak beli sayur sawi tadi kan? Jom. Ikut kitorang pergi belah sana. Korang boleh pilih yang korang rasa nak beli." Ucap Fayyadh Ain dan Nurin hanya mendiamkan diri. Ain dan Nurin tidak berkata sepatah pun kepada Zahid dan Fayyadh. Ain dan Nurin hanya menundukkan kepala ke bawah dan berjalan menuju ke arah yang ditunjukkan oleh mereka. "Sayur ni okey tak?" Fayyadh bertanya kepada Nurin "Atau nak yang ni?" Zahid bertanya kepada Ain Ain dan Nurin hanya mengambil sayur sawi tersebut dari mereka dan pergi kepada Pak Samad untuk mengira harga. Selesai membayar Ain dan Nurin masuk ke kereta dan pulang ke rumah tanpa menoleh Zahid dan Fayyadh. Zahid dan Fayyadh hanya melihat Ain dan Nurin pergi. Mereka berdua hanya senyum sesama sendiri. Pak Samad merasa aneh antara mereka berdua. Pak Samad dapat merasakan mereka berempat saling kenal. Zahid dan Fayyadh sambung buat kerja mereka. 5 Bulan Berlalu Zahid dan Fayyadh tidak pernah berputus-asa untuk mendapat kemaafan dari Ain dan Nurin. Mereka berdua selalu berdoa agar Tuhan melembutkan hati Ain dan Nurin untuk memaafkan mereka. 5 bulan Zahid dan Fayyadh menunggu, akhirnya Allah kabulkan doa mereka. Ain dan Nurin telah berlembut hati untuk memafkan mereka. Bukan itu sahaja, selepas sebula Pak Samad dan isterinya iaitu Mak Zainab menjadi wakil kepada Zahid dan Nurin untuk melamar Ain dan Nurin. Zahid dan Fayyadh tidak menyangka bahawa Ain dan Nurin terbuka hati menerima lamaran tersebut. Zahid dan Fayyadh memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana Allah memudahkan urusan mereka. Ain dan Nurin reda dan rela hati mungkin ini yang terbaik untuk diri mereka. Selang 4 bulan, Ain dengan Zahid dan Nurin dengan Fayyadh telah selamat diijabkabulkan di pejabat agama terdekat. Mereka membuat majlis secara kecil-kecilan sahaja dan didatangi ahli keluarga. Turut hadir adalah Fatin, Khairul, Hawa, Syukri, Suzana, Nizam, Syuhada, Aidil, Suhaila dan Imran. Kehidupan Ain, Nurin, Zahid dan Fayyadh sungguh bahagia. Mereka sudah melupakan apa yang berlaku masa lalu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD