Pantun Antara Dua Sahabat

486 Words
Pantai Batu Buruk Fatin dan Hawa sudah 14 tahun setia menjalin persahabatan. Mereka tidak pernah bersangka buruk apatah lagi bergaduh. Sekiranya mereka terasa hati, mereka akan saling meluahkan secara baik dan selesaikan. Bertemu dan berpisah, adat dalam perhubungantidak kira jauh atau dekat. Walaupun sudah berkeluarga, Fatin dan Hawa tidak pernah lupa kasih sayang serta persahabatan antara mereka berdua. Teman seperti itulah yang diidam-idamkan setiap orang. Mereka juga tidak cepat melatah sekiranya ada yang memfitnah dan dengki dengan mereka berdua. Walaupun sudah anak dua, Fatin dan Hawa tidak pernah putus hubungan dan saling berhubung sesama sendiri. Fatin dan Hawa susah payah bersama melewati pelbagai halangan dan dugaan. "Fatin! Aku ada pantun untuk kau. Dengar tau." Kata Hawa kepada Fatin Pantun Untukmu Kasih (Hawa) Pergi hutan mencari ranting, Singgah sekejap di gigi sungai, Aku dan kau tidak melenting, Walau sering disalah erti. Kabur pandangan embun berlalu, Rehat sebentar di pinggir jalan, Tiada sengketa tetap bersatu, Kasih kita tidak dilupakan. Rebung dilentur dari buluh, Enak dimakan bersama-sama, Jangan mengeluh saat jatuh, Bangkit bersama elak merana. Kita bagaikan tamsil ibarat, Umpama kita seperti belangkas, Kasih terjalin tiada mudarat, Tangan digenggam jangan terlepas. "Okey tak pantun aku?" Tanya Hawa "Okey je. Aku suka." Jawab Fatin "Sekarang, kau dengar pantun aku pulak." Fatin berkata kepada Hawa "Okey!" Ujar Hawa Pantun Utusan Rindu (Fatin) Langit bagaikan tiada sinar, Pelangi bagaikan tiada warna, Rindu ini tiada penawar, Tapi dirimu sebagai ubatnya. Burung terbang mencari sarang, Sambil memberi anak makan, Rindu menanti adakah hilang, Membuat diriku kirimkan utusan. Emas suasa bukan idaman, Malah bukan untuk dipakai, Kau dan aku sebagai peneman, Sentiasa bersama tepati janji. Bunga melati bunga ros, Diibarat racun bukannya helah, Rindu merindu tidak terhapus, Teguhkan hati bukannya madah. "Macam mana? Okey tak?" Tanya Fatin "Okey je. Suka sangat." Jawab Hawa "Terima kasihlah sebab buat pantun untuk aku!" Ungkap Hawa "Sama-sama. Kau pun apa kurangnya. Thanks sebab buatkan pantun untuk aku jugak." Ungkap Fatin "Sama-sama sahabat." Tambah Hawa Fatin dan Hawa serta pasangan mereka sama-sama bercuti di Pantai Batu Buruk. Syukri dan Khairul hanya tersenyum melihat telatah Fatin dan Hawa yang seperti budak-budak walaupun sudah berkeluarga. Mereka berempat bermain air di tepi pantai. Anak-anak mereka dijaga oleh keluarga masing-masing. Mereka hanya pergi bercuti berempat sahaja tanpa membawa anak-anak. Fatin dan Hawa main air pantai berdua. Khairul dan Syukri pula menyediakan juadah untuk mereka makan. Syukri dan Khairul beri peluang kepada Hawa dan Fatin untuk luangkan masa bersama-sama. Khairul dan Syukri melihat Fatin dan Hawa sama perilaku mereka. Fatin dan Hawa tidak melepaskan peluang untuk bersama kerana mungkin mereka akan terpisah lama. Ini kerana, suami mereka tinggal berjauhan. Fatin dan Hawa juga turut bersyukur dan gembira kerana dihadirka seorang suami yang penyang dan menerima kekurangan mereka. Mereka turut merasa saling melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing tidak jemu melayan kerenah antara pasangan. Mungkin Fatin dan Hawa akan merasa rindu bila berjauhan. Tetapi tidak mengapa bagi mereka kerana mereka tidak jemu untuk saling utus rindu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD