LA MIA STORIA
Nama aku shanaa tapi orang orang mengenali aku dengan nama yang lain , aku seorang yang sangat pendiam bahkan tidak peduli apa kata orang pada aku sehinggalah seorang lelaki bernama amsaff mengubah hidupku sepenuhnya. Amsaff seorang lelaki berusia 25tahun dan aku berusia 16tahun saat kami berkenalan disebuah group w******p untuk perubatan Islam , disitulah kami mengenali antara satu sama lain , pada satu hari jadual perjumpaan beramai sudah ditetapkan berserta dimana tempat hala tuju kami .
ibuku memberitahuku bahawa bersiap sedia untuk pergi ke Klang Selangor untuk menemui mereka , aku pula sudah gembira tak sabar kerana pertama kali aku jejakkan kaki ke negeri Selangor tambah pula Klang area dimana tempat orang gelar 'black area' kes pembunuhan dan sebagainya amat banyak terjadi disini .aku pergi bersama ibuku menaiki bas dan mengambil masa kira kira 10jam untuk sampai dari Kelantan ke Klang Selangor sampai macam macam gaya aku tidur atas bas tersebut hahaha , masih aku ingat aku memakai earphone Dan memasang musik panama sambil layan bas bergerak laju bukan itu saja malah kepala aku turut bergoyang ibarat orang khayal pil, setelah sekian jam berdetik akhirnya aku sampai di stesen bas Klang sentral .kemudian aku pun turun dari bas sambil mabuk jalannya kerana aku memang mabuk kenderaan pantang naik mesti muntah aku turun dari bas dan duduk di tepi dan ibuku mengheret bag pakaian kami dan barang lain sementara aku memegang jaket dan bag sandang , hari itu aku memakai baju berwarna putih dan bertudung warna merah bunga bunga . ibuku segera mencapai bag sandang nya dan mengeluarkan telefon lalu menelefon seseorang , ibuku memberitahu orang tersebut bahawa kami sudah sampai di sini dan ibuku bertanya orang tersebut berada dimana kerana bateri telefon ibuku hanya berbaki 4% saja lagi sebelum mati orang tersebut berkata sekejap kak saya dah nak sampai dah dekat ni ibuku terus berkata baiklah akak tunggu . yang aku Masatu masih mabuk mamai tahap muntah dewa kemudian aku nampak kereta waja lama warna biru gelap parking depan kami . dia melihat aku dan menyapa ibuku apa khabar kak katanya, ibuku menjawab khabar baik dik terima kasih jemput kami tak ada apa la kak , jum la naik saya hantar kak dengan anak kerumah Emir sekejap lagi ibuku pun terhangguk hangguk lalu amsaff membuka pintu kereta untukku baru saja aku mau melangkah kaki aku bluerkkk dan muntah nya terpercik ke seluruh tempat duduk belakang kemudian amsaff mencari kain dan lap muntah aku , malunya aku waktu ini tak mampu aku gambarkan tahap malu bagaimana aku pun duduk terbaring kerana kepala aku masih pening dan sakit bagai nak pecah kepala .terlihat dari cermin kereta amsaff tak berhenti lihat aku dan dia bertanya pada ibuku begini " yang belakang tu okey ke tak kak "ibuku menjawab dia memang macam tu mabuk bas biasa dah tu InshaAllah dia ok oh macam tu baiklah cuma aku perasan la waktu itu amsaff tak berkelip mata pandang aku siap senyum macam kerang busuk lagi ye aku berkata dalam hati "dia ni dah kenapa pandang pandang karang aku cucuk juga mata dia kang "akhirnya tibalah kami di rumah Emir aku sangka Emir seorang yang serius dan sombong kerana mukanya bengis tiba2 amsaff berbisik kepada Emir sesuatu " jangan kasar sangat dengan budak tu nangis dia nanti" tiba2 Emir bertukar jadi terlebih peramah sambil hi hi lambai tangan dekat aku dengan buat mimik muka kelakar dia waktu ni aku kata lah Emir kelakar rupanya hahahha aku tumpang rumah family Emir kerana rumah dia ada bilik kosong cukuplah untuk aku dan ibuku berteduh satu malam sebelum bertolak ke pulau besar Melaka esok pagi .ibu Emir sangat menyukai kami dan menyambut kedatangan kami dan dihidangkan kami dengan makanan menyelerakan lauk pauk yang jarang aku jumpa iaitu sambal jawa , ikan masin masak lemak cili padi berserta telur dadar kemudian ada tauhu bergedil .aku makan banyak macam bela saka kerana lapar sangat sangat aku dah tak tahu erti malu masa ni yang penting perut kenyang sambil aku gelak dalam hati teringat perangai amsaff yang aneh dan perangai Emir yang kelakar tadi .
ibu Emir bertanya bagaimana kenal ,lalu ibuku menjawab melalui f*******: asalnya kemudian tubuhkan satu group w******p dalam tu la kami semua kenal sehingga putuskan keputusan untuk berjumpa di pulau besar Melaka selesai makan kami pun rehat dan tidur .seawal jam 5pagi aku terjaga mencari tandas , alangkah terkejutnya aku bila ternampak Emir. dia bertanya lapar ke aku pun jawab tak adalah saya nak pergi tandas sambil kepala aku tertutup oleh kain tuala. aku pun mandi dan bersiap siap kerana jam 7.30 pagi sudah mau bertolak ke Melaka, amsaff pun sudah beritahu bahawa dia akan datang ke rumah Emir untuk jemput kami semua jam 7.30 pagi . tiba tiba terdengar suara orang beri salam dari luar rumah Emir dan ibunya menjawab ha masuk masuk katanya aku terkejut "eh bukan dia kata jam 7.30 ke kenapa 6.30 dah terpacak depan rumah ni terdiam aku seketika rupanya amsaff seorang yang tepati masa dan janji!
ibu Emir mengajak amsaff sarapan bersama kami amsaff dengan segan tunduk malu mencapai pinggan dan mengambil makanan , aku lagilah diam seribu bahasa langsung tak bersuara sehinggalah ibu Emir bertanya berapa usia aku
aku berkata baru 16 cik
ibu Emir :oh masih sekolah ya
aku:ya betul cik jawabku.
ibu Emir :tahun depan SPM dah ya kamu
aku:tulah cik SPM dah tahun depan saya ni takut juga harap semua mudah la
InshaAllah ibu Emir kata
amsaff tersenyum dan curi curi pandang aku dia fikir aku tak tahu sehingga ibu Emir pun menegur . eh amsaff kamu dah kenapa pandang shanaa macam tu berkenan ke ?
kalau berkenan cubalah tanya
Ish ibu Emir ni tetiba cakap macam ni pulak
aku lagilah bertambah tebal tahap malu
ya Allah nak pecah jantung aku bila amsaff depan aku
sedangkan kalau depan Emir aku ok saja kenapa depan amsaff aku jadi tak keruan serupa nak gila aku jadinya
selesai makan kami pun bertolak ke pulau besar Melaka amsaff memandu kereta dan Emir berada di tempat kerusi hadapan dan aku serta ibu berada di kerusi belakang sambil menaiki kereta kami berbual kosong seperti biasa
Emir bergurau dengan amsaff , weh am kau taknak shanaa bagi aku la eh
tiba tiba air muka amsaff berubah menjadi masam mencuka
aku tertanya kenapa dia sentap?
kenapa perlu sentap kalau tak ada apa?
aku baru saja kenal dia begitu juga dia
banyak pertanyaan dalam kepala otak aku tiba tiba pasal si amsaff ni
aku tengok dia macam orang tak keruan lepas Emir tanya macam tu . soalan Emir pun dia tak jawab malah selepas itu amsaff hanya diam dan pasang lagu di radio
tiba tiba amsaff berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta sebelum teruskan perjalanan kami
aku lihat amsaff belikan roti dan juga air
lalu dia hulurkan pada aku , aku terpinga pinga didalam plastik tersebut terdapat coklat kesukaan aku ,bagi aku coklat tu mahal kerana aku datang dari keluarga orang susah dan aku tahu amsaff juga bukan orang kaya dia orang sederhana saja tapi ada pendapatan kerana sudah berkerja dan ada tabungan sebelumnya
aku tak pandang wajahnya aku hanya ucap terima kasih pakcik
dia pun berkata what? pakcik?
hey kenapa panggil saya pakcik ! saya muda lagilah dia berkata sambil tergelak baru pertama kali aku lihat wajah amsaff gembira bila dengar lawak spontan aku tadi
kemudian dia berkata hm ye sama sama sambil kenyit mata
aku pun pelik dia ni buat hal lagi la kenapa kenyit mata ni
aku fikir dia sakit mata sajalah kan ?
3jam perjalanan berlalu akhirnya sampai la kami di rumah ketua group kami abang Faz disana juga ada kak Nad isterinya ,
kemudian kami teruskan lagi perjalanan ke pulau besar Melaka
sesampai nya disana kami harus menunggu untuk menaiki bot sewaktu aku menaiki bot aku tiba tiba merasakan ada yang menarik kaki aku dari laut .benar benar aku rasa tangan seseorang memegang dan menarik kaki aku
waktu itu aku abaikan saja dan teruskan usaha disitu untuk niat perubatan , aku baca ayat kursi dan hembus pada makhluk tersebut tapi sangkaan aku meleset makhluk tersebut makin mengilai dekat aku , dia fikir aku takut dengan nya jadi dia cuba mengganggu aku sedangkan aku tak rasa apa apa pun
amsaff menoleh kearah aku dan membantu mengangkat barang barang aku dan ibu , kemudian amsaff seperti tahu apa terjadi pada aku kerana mulut aku terkumat kamit membaca sesuatu ,
dia bertanya pada aku , awak kenapa ?
aku pun jawab tak ada apa la ok saja ni InshaAllah
baiklah kalau ada apa apa bagitau ya katanya
aku rasa dia ni overprotective la pulak HAHAHA
sepanjang diatas bot aku merasakan angin dan udara yang begitu segar ,
ya ! aku sangat suka udara dan angin segar buat hati aku rasa tenang dan kepala hilang masalah yang aku tanggung selama ini gangguan makhluk halus pun ya gangguan manusia munafik pun ya ,
tengah syok aku mengelamun tiba-tiba bot dan berhenti , aku baru saja nak berangan rupanya dah sampai pulau .
kawasan yang cantik dan bersejarah serta kawasan "ANGKER" bak kata orang jawa kenapa ANGKER?
Yes tadi waktu naik bot pun aku dah kena ganggu itu belum masuk pulau tapi benda tu dah nak kenal kenal dengan aku
sekarang nak masuk pulau apa pulak kisah nya kan
aku layankan saja , kami semua pasang khemah dan susun barang kemudian pergi ke kedai untuk mengisi perut kerana semua sudah kelaparan , masih aku ingat amsaff tanya aku mahu makan apa
aku jawab nasi goreng kampung dan Milo ais
kemudian dia tolong oder untuk aku .
aku dah macam puteri raja makanan orang Oder barang orang angkat kerja aku tak perlu buat macam princess sangat kan hahahah boleh la berlagak sekejap
masa tengah makan tu abang Faz pun berkata pada ibu aku lepasni kak Ina dapat menantu la tu Emir pun buat bunyi cia cia cia , muka aku dah merah amsaff pun sama dah terkebil bijik mata dia aku tengok hampir tersedak kerana dia tengah makan waktu tu.
ibu aku berkata InshaAllah doa baik baik sekarang biar dia sekolah dahulu
Yes jawapan ibu aku sangat buat aku lega tapi jantung aku bergerak laju bila depan amsaff
aku tak mahu lama lama dekat dengan si dia kerana boleh mati sakit jantung aku kalau begini terus
aku makan secepatnya kemudian beredar dari kedai tersebut menuju ke khemah .
selepas 30minit aku pergi ke tandas dan ke surau kerana waktu zohor sudah tiba , kemudian amsaff menemani aku alasannya tak mahu apa apa jadi pada aku
aku tertanya tanya sejak bila aku punya bodyguard tak berbayar ni sudahlah aku kalau boleh tak mahu dekat dengannya tetapi dia pulak asyik melekat dengan aku ikut kemana aku pergi
selepas itu aku bersiap untuk solat zohor usai solat aku keluar dari surau aku lihat dia tercegat di pintu hadapan tengah menunggu aku dalam hati aku berkata ya Allah dia ini kenapa sambil aku buat mimik muka
aku tau dia nampak aku buat muka tu .
aku pun abaikan apa yang jadi dan buat macam biasa cuba tenangkan diri tapi macam mana aku cuba tetap rasa nak pecah jantung , aku fikir penyakit jantung aku kembali lagi -_-
kemudian kami pun menuju ke khemah masing-masing dan aku pun terbaring dalam khemah dan berehat tak sampai 40minit abang Faz mengajak kami semua meronda kawasan tersebut dan kami setuju kemudian berjalan dikawasan tersebut , tempat pertama kami pergi adalah makam tok putih kemudian perigi 7puteri dan gua Yunus . hari pertama kami tak sempat pergi ke gua Yunus kerana sudah hampir malam ,
waktu perjalanan kami ke perigi 7 puteri aku perasan ada yang mengekori kami dari dekat tetapi mereka semua tak tahu hanya aku saja tak mengetahui dan aku tahu ada sesuatu hal besar tentang Abang Faz ini , saja aku tak mahu buka aib nya kerana aku masih mahu bersangka baik .
aku pun meneruskan perjalanan dan buat wajah seperti tiada apa masalah , mereka semua sibuk mengusik antara satu sama lain , beberapa minit sebelum sampai di tempat itu aku ternampak satu kelibat lalu dan berdiri disamping abang Faz sambil menjilat lehernya.
geli geleman aku bila ingat peristiwa tersebut
bagi orang lain mungkin seram tapi bagi aku itu perkara biasa kerana aku memang mampu lihat hal sebegini dan aku memilih untuk abaikan nya .
setibanya kami di perigi 7puteri kami diarahkan untuk mandi di perigi tersebut aku dan ibuku menjadi orang terakhir mandi
orang pertama yang mandi adalah Emir dan amsaff cuma aku pelik kenapa abang Faz Beria suruh kami mandi disitu sedangkan dia sendiri tak mandi disitu .
sewaktu amsaff mandi aku terlihat air yang mencurah ke badan nya seperti air busuk yang ada ulat besar hidup hidup
aku seperti mau muntah tapi aku abaikan aku fikir itu ilusi aku saja jadi aku tak beritahu siapa siapa ,
sampailah ibu aku mandi dia kata air tersebut bau wangi aku pelik sedangkan air yang aku bau berbau hamis dan hapak
bagi nak jaga hati abang Faz aku pun mandi sekejap kemudian aku ganti terus pakaian aku , abang Faz beritahu jangan lap badan sampai kering ..lap sekadar tak basah pakaian saja bila pakai baju , aku tak heran apa arahan dia aku lap sampai kering
tengah aku lap badan tiba-tiba ada yang hulurkan kain tuala lusuh warna merah jambu pada aku , lalu aku ucap terima kasih
kemudian aku toleh lihat tak ada orang pun dan aku hidu kain bau hapak sangat seperti kain buruk bau nya dan aku tak banyak cakap atau fikir .
aku lihat ibuku masih sibuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai , kemudian aku toleh kebelakang kerana terdengar sesuatu bunyi aneh seperti memanggil aku
sayup betul suaranya seperti dari jauh rupanya-rupanya makhluk tersebut sangat dekat dengan aku atas kepala aku saja
Tetapi aku tak rasa apa pun aku beritahu dia jangan ganggu aku dan keluargaku kerana kami tak buat apa salah atau ganggu kamu .
Benda tersebut pun beredar dari situ dan ibu aku pun tanya adik borak dengan siapa tadi?
tak ada siapa la mama
yelatu macam la mama tak kenal anak mama ni .
selesai semua urusan kami semua pun beredar dari situ dan kembali kepada khemah ,yang aku perasan amsaff kelihatan gelisah seperti menahan sesuatu rupanya dia terasa gatal ya amat pada seluruh tubuh akibat mandi di perigi tersebut
di lengan Emir pun aku lihat ada naik bintik merah .
ibu aku juga ada bintik merah tersebut
hanya aku tak ada kerana aku mandi semula selepas itu
pengalaman first trip sangat mencabar bagi budak usia macam aku ni yang baru nak kenal dunia la katakan lebih tepat BBNU
malam tu abang Faz ada kan upacara di khemah tiba tiba ibuku kena rasuk wajahnya jadi seperti nenek kebayan usia 100tahun
aku terlompat kerana terkejut lihat aksi spontan ibuku .
secara tak sengaja aku terpeluk amsaff .
hanya Allah yang tau waktu ini bagaimana aku rasa malu dan berdosa kerana itu aksi spontan aku kerana aku terkejut
jika orang lihat orang akan kata aku ini murah harga diri
siapa cakap begitu aku berani la cili mulut dia sedangkan abang Faz tegur aku depan ramai pun aku bagi sound setepek je dekat dia sampai dia terdiam tak bersuara (merajuk agaknya)
amsaff terkejut waktu aku terpeluk bahunya , aku minta maaf berulang kali kerana rasa sangat janggal
aku tak pernah sentuh mana mana lelaki sebelum itu
nasib baik amsaff faham keadaan aku dan dia tak cepat melatah ,selepas itu keadaan ibu aku kembali pulih dan aku pun pergi ke tandas ditemani amsaff
apa yang jadi diantara kami sungguh tak jangka!
amsaff berjalan dengan makhluk menyerupai wajah aku
dan aku berjalan dengan makhluk menyamar sebagai amsaff
sampai saja aku di tandas sewaktu selesai buang air kecil aku keluar dari pintu tandas aku terdengar makhluk tersebut menegur aku hey lepastu dia mengilai
aku pun berkata aku heran pun kau gelak lantak kau lah asal kau bahagia sajalah jangan merana eh.
tiba tiba setan nya sentap ?dan pergi secara tiba tiba
jika mahu tahu itulah setan yang bersama amsaff tu
dan setan yang menyamar jadi amsaff pula pergi entah kemana dah , dan aku pun kembali berjumpa dengan the "REAL" amsaff lalu terus menuju ke khemah semula
sesampainya kami ke khemah kami tak beritahu sesiapa pun kejadian tadi .Amsaff juga tak tahu apa yang jadi kerana dia tak boleh lihat perkara sebegini ,sampai sekarang aku tak ada beritahu amsaff tentang hal tersebut
-bersambung-