Han gang
Saera duduk menangis di situ. "Noona kenapa menangis?" Soal Jimin yang baru tiba. Sebenarnya, Saera dan Jimin berjanji untuk berjumpa di sini kerana mereka ingin meluangkan waktu bersama. "Noona okay tak ni?" Soal Jimin lagi.
Saera hanya diam dan menangis lagi. Jimin menarik badan kakaknya itu ke dalam pelukan. "Shuu, Chim ada dekat sini." Pujuk Jimin. Belakang badan kakaknya di usap.
"Apa salah noona, Chim? Kenapa dia buat noona macam ni?" Soal Saera.
"Siapa? Dia buat apa?" Soal Jimin lagi. Walaupun dia tidak tahu siapa yang di maksudkan oleh si kakak.
"Sehun! Dia ada orang lain!" Ujar Saera. Pelukan makin di eratkannya.
"Sehun mana pula ni?" Soal Jimin pelik.
"Oh Sehun! Sehun Exo!" Terang Saera dan melepaskan pelukan.
"Oh Sehun?!" Jerit Jimin. Dia terus tuntukkan kepala dan membetulkan topi apabila ada yang memandang.
"Hm." Gumum Saera. Rahsianya sudah pecah.
"Sejak bila noona dengan hyung?" Soal Jimin. Suaranya kembali seperti biasa.
"Lepas rumors Sehun dengan Irene putus." Jawab Saera.
"Dah lama. Ni, siapa je tahu?" Soal Jimin.
"Takde yang tahu."
"Chanyeol hyung?"
Saera menggeleng.
"Chim sorang je?"
Saera mengangguk.
"Dah takde mulut ke nak jawab?" Soal Jimin sarkastik.
Bahu Jimin di pukul kuat. "Aduh, sakitlah!" Adu Jimin sambil mengusap bahunya.
"Padan muka. Orang tengah takde, mood dia ajak main." Ujar Saera.
Jimin termenung seketika. "Jadi sekarang, Oh Sehun bakal abang ipar Chim la?" Soal Jimin lagi.
Saera menunjal lembut dahi Jimin. "Yang Chim ni 'slow' sangat kenapa? Top up 'internet' ke tak tadi?" Soal Saera.
Jimin memuncungkan bibirnya. "Tanyapun salah." Ujar Jimin, tteokbokki di tangan di suap ke dalam mulut.
"Park Saera." Sapa seseorang. Jimin dan Saera berpaling ke arah suara tersebut.
"Sehun."
"Hyung."
-----
Saera jalan selaju yang boleh sambil menarik tangan Jimin. "Saera, dengar dulu penjelasan aku." Panggil Sehun. Jimin pula hanya diam sambil mengikul langkah kakaknya.
"Nak terang apa lagi? Semua dah jelas." Ujar Saera.
Jimin memberhentikan langkahnya. "Noona pergi dekat kereta dulu. Nanti Chim menyusul." Ujar Jimin, Saera terus pergi.
Jimin memandang Sehun. "Apa dah jadi sebenarnya?" Soal Jimin. Sehun menghelakan nafas dan menceritakkan semuanya kepada Jimin.
"Jadi, noona salah faham?" Soal Jimin.
Sehun mengangguk. "Hyung panggil dia masa dekat rumah tadi. Tapi dia dah pergi dulu. Puas hyung call, mesej semua dia tak jawab. Jadi, hyung terpaksa track dia ada dekat mana." Ujar Sehun sambil menundukkan kepala.
Bahu Sehun di sentuh. "Takpe, hyung jangan risau. Nanti Jimin cakap dengan noona." Ujar Jimin cuba untuk menyedapkan hato Sehun.
Sehun mengangguk. "Tolong, ya?" Ujar Sehun dan berlalu pergi.
-----
Rumah (Saera)
Jimin menghampiri kakaknya yang sedang bermaim telefon bimbit di dalam bilik. "Noona okay?" Soal Jimin prihatin.
"Okay je." Jawab Saera. Tumpuannya masih pada telefon bimbit.
Jimin merampas telefon Saera. "Apa ni saeng?!" Marah Saera sambil cuba mengambil telefonnya kembali.
"Chim tengah cakap dengan noonakan. Noona tahukan Chim jenis macammana?" Ujar Jimin mendatar.
Saera berpeluk tubuh. "Kau nak cakap apa?" Soal Saera mendatar. Kata ganti nama dia bersama Jimin turut berubah.
"Kau, aku tanya okay ke tak?" Soal Jimin lagi sekali. Dia juga turut menukar kata ganti nama.
"Aku okay. Dah, bagi balik phone aku." Pinta Saera.
Jimin menggelang. "Kau tak okay. Aku tahu kau marah Sehun hyung, kan?" Soal Jimin.
Saera merengus kasar. "Ish, apa masalah kau? Bagi balik phone aku la." Pinta Saera.
"No."
"Bagi balik Park Jimin." Pinta Saera. Kini suaranya lebih keras.
"Kau, kalau kau gaduh dengan hyung tu, jangan bawa aku masuk dalam masalah kau sekali. Ada kau dengar penjelasan dia? Ada kau bagi dia peluang untuk bercakap? Ada kau bagi dia ruang untuk dia jelaskan siapa minah dekat rumah dia? Ada?" Soal Jimin bertalu-talu.
"Suka hati aku la. Ini masalah aku. Kau takde hak nak turut campur tangan."
"Kau tu noona aku. Sehun tu hyung aku. Masalah kau, masalah aku. Kau kenal siapa Miri? Kau kenal siapa Miri pada Sehun dulu? Kau kenal dia, Oh Sehun kekasih kau. Kau kenal, Park Saera?" Soal Jimin kepada Saera.
Saera diam dan memalingkan wajah ke tampat lain. "Kau tak kenal, kan? Kau ingat Sehun curang. Kau ingat Sehun playboy, suka mainkan hati perempuan, kan?"
Diam. Tiada jawapan dari Saera.
"Aku kenal hyung tu lagi lama dari kau. Kisah silam dia, selain Chanyeol hyung dengan kawan-kawan dia yang lain. Aku je yang tahu. Kau tahu kenapa dia dingin bila dengan perempuan? Kau tahu dia masa baru debut macammana? Kau kenal personaliti Oh Sehun yang sebenar? Kau kenal dia ke tak, Park Saera?" Soal Jimin lagi dan lagi.
"Keluar." Arah Saera. Mukanya tegang.
Jimin tersenyum sinis. "Huh, nampak sangat kau tak kenal siapa namchin kau yang sebenar." Ujar Jimin dan keluar dari bilik bersama telefon Saera.
"Chim, phone aku." Panggil Saera.
"Aku nak kau jumpa dia, minta dia terangkan. Baru aku bagi phone kau." Ujar Jimin, pintu bilik Saera di tutup.
Saera menyerabutkan rambutnya. Untuk dia berjumpa dengan Sehun bukanlah sesuatu yang mudah baginya. Dia masih terkesan dengan kejadian yang berlaku. "Tapi, apa masalah Sehun dan siapa Miri?" Soal Saera kepada diri sendiri.
TBC