18

484 Words
Rumah (Sehun) Saera melangkah masuk ke dalam rumah. Dia datang hari ini pun sebab kerja. Jika tidak, dia sendiri tidak mahu menjejakkan kaki ke mari. Sehun tiada di rumah, dia tahu itu. Kerana hari ini EXO ada showcase di Daegu. Saera mengemas rumah itu seperti biasa. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Sehun untuk mengutip baju kotor. Kerjanya terhenti apabila ada baju perempuan di atas katil Sehun. Baju kotor dia semasa dia tidur di sini dahulu. Bau wangiannya pads baju itu masih ada. Sebenarnya, sudah seminggu dia tidak pergi kerja. Atas alasan demam. Padahal, dia banyak meluangkan masa di dalam bilik. Rancangan untuk meluangkan masa bersama Jimin tergendala kerana masalah dia dan Sehun. Telefonnya masih ada bersama Jimin. Jimin cakap, kalau dia nak balik telefon tersebut, dia perlu berbaik dengan Sehun dan datang meminta telefon itu bersama dengan Sehun. Tapi, tengok la apa yang Saera buat. Dia sanggup tiada telefon daripada berbincang dengan Sehun. "Dia rindu aku ke? Dia, menangis?" Soal Saera kepada diri sendiri. Kerana ada kesan tompokan air pada baju tersebut. "Ah, lantak dialah." Ujar Saera dan menyambung kerjanya. ----- Sekarang sudah petang, sudah tiba sama untuk Saera pulang ke rumahnya. Saera mula memeriksa kembali rumah tersebut sebelum dia beredar. Setelah memastikan tiada apa yang perlu dilakukan lagi, bari Saera mengambil begnya dan dia berlalu ke pintu kerluar. Dia membuka pintu. "Sehun." Ujar Saera sebaik sahaja tubuh tinggi lampai itu sudah berada di hadapannya. Tanpa membuang masa, Sehun terus mendakap erat tubuh Saera. "Aku minta maaf. Jangan tinggalkan aku lagi. Aku sayang kau." Ujar Sehun sambil mengeratkan lagi pelukan tersebut. Saera cuba meloloskan diri dari pelukan tersebut. "Sehun, kita depan rumah. Nanti jiran-jiran nampak pula." Ujar Saera. Sehun meleraikan pelukan dan menolak Saera masuk ke dalam rumah. Dia menutup dan mengunci pintu. "Kau masih marahkan aku?" Soal Sehun. Wajah Saera di tenung dengan mendalam. Saera hanya mendiamkan diri dan merenung lantai. Tidak mahu memandanh wajah Sehun. Sehun menarik dagu Saera supaya memandangnya. "Okay look, perempuan yang kau nampak dengan aku tempoh hari tu Miri. Dia bekas tunang aku. Kalau nak di ikutkan, aku dengan dia dah berkahwin sekarang. Tapi sebab dia putuskan hubungan kami dan menghilangkan diri selama dua tahun. Perasaan sayang dan cinta aku untuk dia dah hilang. Sejak kau muncul, semua perasaan tu beralih untuk kau sorang je Saera. Kau hilangkan diri selama seminggu pun aku dah tak boleh hidup dengan tenang. Macammana aku nak kerja kalau nyawa aku takde dengan aku, hm?" Ujar Sehun panjang lebar. Saera hanya mendiamkan diri. "Saera, cakap la. Jangan diam." Ujar Sehun lagi. Saera menepis pegangan Sehun pada bahunya. "Bagi saya masa. Semua ni terlalu mendadak." Ujar Saera. Dia tidak betah mahu merenung wajah Sehun. Sehun menghelakan nafasnya. "Baik. Ambillah sebanyak mana masa yang kau nak. Aku tak halang. Tapi, kalau aku dah rindu kau. Aku sendiri akan cari kau." Ujar Sehun dan terus berlalu ke biliknya. Saera terpampan di situ. Adakah dia sudah tersilap langkah? Atau, ini yang terbaik? Dia sendiri tidak tahu. Tanpa membuang masa, dia terus keluar dari rumah agam milik Sehun. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD