12

620 Words
SME "Asal lambat?" Soal Suho setelah nampak kelibat Sehun. "Hehehe, Hun terlajak tidur. Sorry." Jawab Sehun sambil tersengih. "Haih, dah cepat. Jom practice." Ujar Suho. Member yang lain mengambil tempat masing-masing. ----- Drom EXO Sehun sedang bermain dengan telefon bimbitnya sambil tersenyum. "Kau chat dengan Irene ke, bukan main lagi senyum?" Soal Kai. Sehun menggeleng. "Ani, aku chat dengan orang lain." Jawab Sehun selamba. Member yang lain semua terkejut dengan jawapan Sehun. "Kau dah putus dengan Irene ke?" "Irene tak marah ke?" "Siapa orang tu?" "Kau jangan main-main Hun." "Apa korang ni? Korang pun tahukan Hun dengan Irene sebab Entertainment ni. Dia pun ada orang lain. Sekarang tinggal masa untuk umumkan yang kitorang putus. Sebulan lepas tu dia nak kahwin." Jawab Sehun yang sedang berbaring di atas sofa. Terkejut bukan kepalang mereka semua. "Serius la Hun?! Irene dah nak kahwin?!" Soal Baekhyun. "Dah la, malas nak layan hyung. Hun nak balik nak jumpa buah hati." Ujar Sehun dan berlalu pergi. Baekhyun menghampiri Chanyeol. "Kau rasa dia bercinta dengan siapa sekarang? Aku rasa dia bercinta dengan hot maid dia tu, Saera." Ujar Baekhyun. Chanyeol hanya mendiamkan diri. "Kau kenapa Chan?" Soal Baekhyun. Chanyeol hanya menggeleng. 'Kalau betul dia dengan Saera, aku kena tanya Saera sendiri tentang ni.' Monolog Chanyeol. ----- Rumah (Sehun) Sehun melangkah masuk dengan senang hati. Dia menghampiri bilik Saera. "Oppa kenapa?" ... "Ini hak Sae, suka hati Sae la." ... "Omma tak kesah pun." ... "Dah cakap dah dengan dia." ... "Hmm, gaduh sikit je." ... "Dah la, Sae malas nak cakap pasal ni." ... "Park Chanyeol, sudah la. Sae dah besar. Sae tahu apa yang Sae buat. Ini hidup Sae, bukan oppa. Dah la, bye." Saera terus mematikan talian. Sehun mengetuk pintu bilik Saera. "Boleh aku masuk?" Soal Sehun. Saera yang terkejut dengan sapaan itu terus memandang ke arah pintu. "Hun, buat terkejut je. Masuk la." Ujar Saera. Sehun masuk dan duduk di atas kerusi meja solek. "Kenapa Chanyeol hyung call kau?" Soal Sehun dingin. "Dia call nak tanya tentang hubungan kita. Tu je." Terang Saera. "Lagi?" "Dia tanya saya dengan omma saya okay ke tak. Saya pasti, awak dengar tadi dan awak dah tahu." "Asal kau gaduh dengan omma kau?" Soal Sehun dan duduk di sebelah Saera. "Selama ni omma yang atur hidup saya. Paksa saya buat itu, buat ini. Saya ni macam patung dia je. Sampai dia tak pernah tanya apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka. Saya anak perempuan tunggal dan saya satu-satunya pewaris syarikat appa saya nanti walaupun saya ada adik lelaki. Tapi saya taknak semua tu. Saya tak suka bidang perniagaan ni. Memeningkan kepala je. Tapi, saya takde pilihan lain. Saya ambil juga bidang ni sebab appa saya dan paksaan omma saya. Sekarang saya ada master dalam bidang perniagaan. Tetapi saya taknak ambil alih lagi syarikat appa saya. Saya nak habiskan umur 20-an saya dengan kerja yang saya nak. Lepas tu baru saya fikir tentang syarikat appa. Saya bercadang, genap umur saya 30 tahun saya akan berhenti jadi maid awak dan sambung legasi keluarga saya dan mungkin perlu uruskan syarikat appa di Amerika." Terang Saera panjang lebar. "No, kau boleh berhenti tapi jangan tinggalkan aku. Aku taknak kehilangan kau." Ujar Sehun sambil menggenggam tangan Saera. "Tak lama pun la Oh Sehun. Dalam setahun dua je saya dekat sana nanti." Ujar Saera sambil membalas genggaman Sehun. "Tak lama kau cakap? Kenapa kau tak uruskan yang dekat sini je? Setahun dua tu macam-macam boleh jadi Park Saera." "Yang dekat sini Chanyeol oppa yang tolong jaga kalau appa sakit. Yang dekat sana tu takde orang jaga. Lagipun, takkan la nak suruh Chanyeol oppa yang jaga." "Patut la dia selalu keluar masuk SME. Kadang tak balik." "Mana awak tahu, dia tak balik. Awak bukan tinggal dengan diorang dekat dorm tu?" "Suho hyung yang cerita. Kadang kalau dia balik awal, dia akan berkurung dalam studio dia buat lagu." "Oo, dah la. Saya nak masak, tak masak lagi. Awak pergi mandi, nanti dah siap mandi boleh makan."Ujar Saera sambil menepuk peha Sehun dan berdiri. "Hmm, ye lah." Jawan Sehun. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD