Di rumah (Saera)
"Kamu ke mana Park Saera?" Saera memberhentikan langkahnya dan berpusing menghadap eommanya.
"Kerja." Jawab Saera dengan wajah dan nada malas.
"Kerja apa? Kenapa tak kerja dengan appa?" Soal Puan Park sambil menyilangkan tangan ke dada.
"Kerja Sae, urusan Sae. Eomma tak perlu tahu." Dia mula membuka langkah mahu naik ke atas.
"Apa salah eomma?" Soal Puan Park dengan suara yang sayu.
Saera memberhentikan langkahnya dan menghadap ibunya semula. "Eomma kongkong Sae. Sae tak suka benda tu. Sae nak bebas juga macam orang lain, sambung belajar dalam diorang minat, kerja apa yang diorang nak, kejar cita-cita sendiri. Sae pun ada cita-cita Sae. Tapi eomma tak pernah tanya Sae nak jadi apa, Sae nak apa, macam mana sekolah Sae, okay atau tidak. Apa yang eomma tahu, Sae jadi tu, Sae kerja ni, Sae buat tu, Sae sambung bidang ni. Sedangkan masa Jimin nak jadi Idol dulu, omma tak marahpun. Omma sokong minat dia. Sae tahan je, ikut apa yang eomma nak. Tapi, tu dulu, sekarang Sae dah besar. Sae lebih berhak dengan hidup Sae. Sae minta maaf. Sae bukan nak jadi anak derhaka. Tapi Sae tak tahan dengan semua ni. Maafkan Sae." Terus dia naik ke atas dan berkurung di dalam bilik.
Puan Park jatuh terduduk di situ setelah mendengar luahan hati si anak. Dia berasa seperti ibu yang tidak berguna kerana terlalu mengongkong Saera dari dulu hingga sekarang.
-----
Di Rumah (Sehun)
Sehun menghampiri Saera yang sedang menyidai pakaian. "Kau okay tak?" Soal Sehun sambil duduk di kerusi yang disediakan.
Saera memandang kearah Sehun sekilas. "Okay je. Kenapa, awak nak makan?" Soal Saera semula.
Sehun menggeleng. "Kau dah fikir tentang hari tu?"
"Erm, saya terima." Jawab Saera sambil memberi senyuman manis.
"Jinjja?!" Soal Sehun tidak percaya. Saera mengangguk.
Terus Sehun bangun dan memeluk erat badan Saera. "Aku janji, aku akan jaga kau."
Saera menolak pelan badan Sehun. "Tapi, jangan sia-siakan kepercayaan saya. Awak faham kan?" Soal Saera lembut.
Sehun memberikan senyuman manis. Jarang mamat ni nak senyum. "Aku janji. Tapi, apa pun yang terjadi nanti dalam hubungan ni. Tolong, tolong percaya aku." Ujar Sehun.
Saera turut tersenyum. "Kan handsome senyum macam ni. Kacau tak, muka dingin je macam mintak kaki." Sengaja dia mahu berseloroh dengan Sehun ni.
"Kau puji aku? Omo, Jarang la nak dengar kau puji aku!" Ujar Sehun, acah terkejut.
"Saya lagi terkejut sekarang ni. Awak okay tak? Asal macam kene sampuk dengan setan ni?? Comel!!" Ujar Saera sambil mencubit pipi Sehun.
Sehun hanya mencebik. "Comel denga kau je." Jawab Sehun dan kembali tersenyum.
'Aku harap takde orang ketiga dalam hubungan ni.' Monolog Sehun.
*Heh, pasti ke Hun? *_author
*Pastikan orang ketiga tu merana kalau dia kacau.*_sehun
*tengok la kalau aku baik.*_author
"Dah la, saya nak masak pulak. Awak tak pergi practise ke? Chanyeol oppa cakap, kumpulan awak nak buat comeback." Soal Saera sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"Ada, nanti aku pergi la. Nak makan dulu." Jawab Sehun dan duduk di kaunter dapur.
Saera mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. "Kau nak masak apa?" Soal Sehun.
"Tak tahu nak masak apa. Awak nak makan apa?" Soal Saera semula.
"Masak je apa yang keluar dalam kepala kau tu. Aku makan je." Jawab Sehun sambil menongkat dagu memandang kearah Saera. Saera mengangguk dan memulakan kerjanya.
TBC