10

476 Words
Di Rumah Sehun Saera melakukan kerjanya seperti biasa. Sehun mendekati Saera yang sedang memasak itu. "Morning. Kau masak apa?" Soal Sehun yang berada di belakang Saera. Saera menoleh. "Eh, morning too. Masak nasi goreng kimchi je." Jawab Saera. Sehun mengangguk dan menuju kearah meja makan. "Kau tak keluar ke hari ni?" Soal Sehun sambil menuang air kedalam gelas. "Keluar." Jawab Saera sepatah. "Pergi mana?" "Nak beli barang dapur. Dah nak habis, lepas tu nak ke dorm EXO nak jumpa Chanyeol oppa." Jawab Saera. Sehun mengerutkan dahi. "Nak buat apa jumpa hyung?" "Dia nak jumpa. Katanya ada benda penting yang dia nak bincangkan." Jawab Saera sambil meletakkan mangkuk nasi goreng diatas meja, dan menceduk nasi tersebut untuk Sehun. Sehun hanya mengangguk dan menikmati sarapannya. "Kau balik rumah kau ke hari ni?" Saera berfikir. "Balik. Tak boleh tidur sini lama-lama, nanti omma bising." Jawab Saera sambil menceduk nasi untuk dirinya. Sekarang dia akan bersarapan dengan Sehun. Alasan Sehun, 'aku sebenarnya tak suka orang tengok aku makan. Makan dengan aku sekali.' Agak pelik bagi Saera sebenarnya. Tapi diturutkan sahaja. "Oh, takpe la kalau macam tu. Aku pergi dulu." Sehun terus bangun dan berlalu pergi. Saera hanya membiarkan sahaja. Dia bukan isteri Sehun untuk dia hantar Sehun hingga ke pintu. ----- Setelah selesai membeli-belah. Saera mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Chanyeol dia cari. Park Chapang Oppa, Sae malas la nak pergi dorm oppa. Kita jumpa dekat luar je la 12:30 Okay, kita jumpa dekat tempat biasa. Oppa mungkin lambat sikit. Sebab oppa ada latihan ni. 12:30 Saera terus menyimpan telefon bimbitnya dan menuju ke Starbucks cafe, tempat dia dan Chanyeol selalu lepak. ----- Di Starbucks cafe Chanyeol menghampiri Saera. "Sorry late." Air yang telah di pesan oleh Saera, dia sedut. "Hmm, ada apa nak jumpa Sae?" "Kalau oppa cakap ni, Sae jangan marah tau." "Tengok topik dulu. Kalau Sae okay, Sae tak marah la." "Sae berhenti kerja dengan Sehun boleh?" "Kenapa pulak?! Dah lama Sae kerja dengan dia. Dia pun okay je. Dari dulu lagi oppa suruh Sae berhenti. Kenapa?!" Semua pelanggan di dalam kedai itu memandang kearah Saera dan Chanyeol. "Sabar Sae, oppa taknak eomma menangis sebab Sae." "Haih, dari dulu lagi oppa. Dari dulu lagi. Sae ni rasa kena kongkong oppa tahu tak? Dia suruh Sae ambil bidang perniagaan, Sae taknak tapi dia paksa Sae. Sae ikut juga sebab dia eomma kandung Sae dan Sae anak tunggal perempuan. Sekarang, Sae kena berhenti kerja walaupun Sae dah selasa dengan kerja ni. Sebab eomma. Lagi? Habis tu, kenapa tak suruh si Jimin tu yang ganti tempat appa? Dia anak lelaki. Dia lebih layak dari Sae. Walaupun Sae anak sulung." Saera meluahkan apa yang dia rasa selama ini kepada Chanyeol. Dia sayang eommanya. Tapi dia rasa terkongkong dengan permintaan si ibu. "Macam ni lah, Sae balik jumpa eomma, bincang elok-elok. Oppa taknak Sae macam ni. Bagitahu dekat eomma hal sebenar. Boleh?" Soal Chanyeol sambil menggenggam erat tangan Saera. "Nanti Sae balik, Sae cerita dengan eomma. Ni, ada apa-apa lagi? Kalau takde, Sae nak balik rumah Sehun nak simpan barang dapur dia." Chanyeol menggelengkan kepala. Saera terus bangun dan meninggalkan Chanyeol di situ. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD