"Sebab aku tak suka tengok kau dengan lelaki lain. Tolong la Saera, jangan seksa aku macam ni. Aku tak boleh." Ujar Sehun sambil menyatukan dahi mereka berdua.
Saera terkedu dan masih tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Sehun. "Saya tak faham Oh Sehun. Masa bila pula saya seksa awak?" Soal Saera polos.
Sehun masih lagi mengekalkan kedudukan mereka. Dia merenung kedalam anak mata Saera. "Kau masih tak nampak?" Soal Sehun.
"Nampak apa?"
Sehun mengangkat kepalanya dari terus melagakan dahi mereka. Dia tak lepas memandang kedalam anak mata Saera yang cantik itu. Dia menghelakan nafas berat. Mengeluh. "Haih, aku.sayang.kau." Jawab Sehun.
Terkejut bukan kepalang Saera dibuatnya. "Tapi, saya ni cu-"
Kata-kata Saera terhenti apabila Sehun menciumnya secara tiba-tiba. Hanya ciuman ringkas.
^Saera POV^
FIRST KISS AKU!! Sehun melepaskan ciuman tersebut. Dari tadi dia hanya merenung kedalam anak mata aku.
Aku malu woi! Jangan la pandang macam tu. "Umur, pangkat, harta. Itu bukan halangan. Aku dah lama suka kau. Sejak kali pertama kita jumpa. Cuma masa tu aku tak sedar lagi dan kau maid pertama yang dapat bertahan bekerja dengan aku.
Kau dah tahu semua benda yang aku suka, yang aku tak suka. Kau lebih tahu semua tu dari 'dia' dan kau. Kau ada apa yang aku nak dan kau juga, first kiss aku." Ujar Sehun panjang lebar.
Aku. First kiss dia? Boleh percaya ke? Dan siapa 'dia'?
"Siapa 'dia' yang awak maksudkan tu?" Soal aku terus. Malas mahu fikir.
"Dia tu. Irene. Kau kenal?" Soal Sehun semula. Irene? Macam pernah dengar nama tu.
"Irene, ahli kumpulan Red Velvet tu ke?" Sehun mengangguk. "Jadi, sekarang ni awak dengan Irene date dan awak suka pada saya? Awak buat lawak ke Oh Sehun?" Aku ni bukan jenis perampas.
Sebab aku tahu, apa yang aku buat sekarang, mesti akan ada balasan dia di masa hadapan.
"Tak. Aku tak buat lawak Park Saera."
"Habis tu, takkan awak nak putus dengan Irene?"
"Aku dengan dia sebab entertainment je. Diorang yang suruh aku bercinta dengan Irene. Aku dengan Irene taknak. Tapi kami kena paksa. Kau ingat kitorang nak ke?
Rumour ni dah tersebar. Bende ni jadi pun sebab nak naikkan nama Red Velvet. Aku penat bila ada yang ship aku dengan dia. Yes, memang kitorang berhubung. Aku dengan dia cuba pupuk rasa sayang. Tapi, aku tak boleh.
Dia pun sama. Dia ada orang lain dan kami dah umumkan yang kami dah putus bila nama kumpulan tu naik. Now, be mine?" Terang Sehun panjang lebar.
Aku bukan tak suka. Aku cuma tak tahu nak cakap apa. "Bagi saya masa Sehun. Bende ni terlalu cepat dan otak saya masih lagi tak dapat nak tafsirkan apa yang terjadi sekarang. Saya taknak sakitkan hati awak. Tapi, bagi saya masa." Sehun merenung kedalam mata aku. Mungkin mencari kepastian.
Sehun mengangguk. "Aku bagi kau masa. Aku harap, jawapan kau nanti tak sakit kan aku. Dah jom, kesian hyung tunggu kita dekat cafe lama-lama." Sehun menarik tangan aku.
Aku masih lagi tak tahu nak jawab apa. Aku pun suka dia. Dia baik walaupun kadang-kadang dia ni dingin dan menyakitkan hati. Korang!!! Tolong aku!!! Nak terima atau tidak?
TBC