08

532 Words
Saera menelefon abang sepupunya. On Call "Oppa, hari ni oppa busy tak?"_Saera "Tak, hari ni ada practice je. Lepas tu takde pape dah. Kenapa?"_Chanyeol "Erm, teman Sae keluar boleh?"_Saera "Pergi mana, Sehun tak marah ke?"_Chanyeol "Tak. Sae dah habis kerja ni."_Saera "Okay la kalau macam tu, kita jumpa dekat tempat biasa je."_Chanyeol End Call ----- Lotte Mall Chanyeol dan Saera jalan beriringan. Ramai yang memandang kearah mereka berdua. Ada yang menangkap gambar. Ada yang ikut dari belakang. Tapi mereka hanya membiarkan sahaja. Mereka dah biasa dengan semua itu. Walaupun Chanyeol sudah memakai mask. Tetapi, masih ramai fans dapat mengecam dia. "Oppa, jom masuk butik tu kejap." Saera menunjuk kearah bukit pakaian wanita. Chanyeol mengangguk dan mereka melangkah masuk kedalam butik tersebut. Ramai fans perempuan yang meroyan sebab tidak mengetahui hubungan sebenar mereka berdua. Lagi pun, Chanyeol dan Saera jarang keluar berdua bersama kerana jadual Chanyeol yang padat. "Oppa rasa yang mana lawa?" Soal Saera sambil menunjukkan dua helai pakaian yang agak sexy dihadapan Chanyeol. "Sae nak pergi mana pakai baju macam tu?" Soal Chanyeol sambil mengerutkan dahinya. Saera jarang pakai sexy kecuali ke kelab. Itu pun sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke sana. "Saje je." Jawab Saera. Chanyeol menggelengkan kepala dan merampas baju tersebut dan diletakkan semula di tempatnya. "Oppa tak suka Sae pakai baju macam ni lagi. Cari baju lain." Arah Chanyeol. Saera hanya akur. Padangan dari fans yang mengejek, dia abaikan. Chanyeol turut mencari baju untuk Saera. Tanpa mereka berdua sedar. Sehun memerhatikan mereka dari jauh. Sehun tidak di serbu oleh fans kerana dia memakai hoodie, cap dan mask bagi menyembunyikan identitinya. 'Sah, hyung ada hubungan dengan dia.' Monolog Sehun. Dia menghampiri Chanyeol dan menepuk bahu Chanyeol dari belakang. Chanyeol menoleh dan terkejut dengan kehadiran Sehun di situ. "Hun buat apa dekat sini?" Soal Chanyeol. Ramai fans mula menjerit seperti terkena histeria selepas Sehun membuka masknya. "Saje jalan-jalan. Hyung pula buat apa dekat sini, dengan dia?" Soal Sehun sambil memandang kearah Saera yang sedang berdiri di sebelah Chanyeol. Saera mengangkat kepalanya memandang Sehun. "Eh, awak buat apa dekat sini?" Soal Saera. "Hyung teman dia beli baju. Jom la join sekali." Pelawa Chanyeol. Sehun hanya memandang tepat kearah Saera sambil menggeleng. "Takpe la hyung, Hun ada bende nak cakap dengan Saera sekejap. Bolehkan?" Soal Sehun. Matanya tidak lepas memandang kedalam anak mata Saera. "Oh, boleh je. Hyung tunggu dekat cafe depan sana." Melihat kelibat Chanyeol sudah menghilang. Sehun memakai masknya semula dan menarik Saera keluar dari butik tersebut. Seperti memahami keadaan tersebut, kali ini fans tidak mengikut mereka. Walaupun ada yang sakit hati melihat mereka berdua. Sekarang mereka ada di tangga kecemasan. "Awak kenapa?" Soal Saera bagi memecahkan kesunyian disitu. "Kau ada hubungan ke dengan hyung?" Soal Sehun terus ke topik utama. Saera mengangguk. "Saya dengan-" "Putus dengan dia." Saera mengerutkan dahi. Saera mengerutkan dahi. "Putus? Kami mana boleh putus." "Kalau aku cakap putus tu, putus je la. Tak faham ke?!" Tengking Sehun. Saera terkejut dengan jerkahan tersebut. "Macam mana saya nak putus kalau dia sepupu saya?!" Tengking Saera semula. Sehun menolak dan mengunci Saera pada dinding. Dia merapatkan kedudukan mereka berdua. "Kau jangan tipu aku Park Saera." Ujar Sehun. Saera cuba menolak Sehun tetapi tidak berjaya. "Buat apa saya nak tipu? Kalau awak tak percaya, awak pergi la tanya dia. Yang awak marah sangat ni kenapa?" Saera cuba mengelak dari memandang mata Sehun. "Kau nak tahu kenapa?" Soal Sehun semula. Kali ini Saera memberanikan diri memandang anak mata Sehun. "Kenapa?" "Sebab aku.........." TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD