Saera pulang ke rumahnya. Pn.Park menegur. "Sae pergi mana, sekarang baru balik? Ingatkan dah lupa jalan balik rumah ni." Soal Pn.Park sinis.
Saera memberikan pandangan kosong. "Bersyukurlah Sae balik. Dari tak balik langsung." Jawabnya sambil mendaki anak tangga.
"Kamu makin kurang ajar sekarang ni Park Saera. Siapa yang ajar kamu?!" Soal Pn.Park dingin. Berang dengan kelakuan anak perempuannya yang semakin berubah itu.
"Ni memang diri Sae yang sebenar. Dah la, Sae penat nak mandi nak tidur." Terus pintu bilik di hempas kuat sehingga Pn.Park terkejut.
En.Park keluar dari biliknya. "Apa yang bising sangat tu?" Pn.Park hanya mendiamkan diri dan berlalu ke dapur.
-----
Sehun termenung di tepi kolam renang. Kakinya sengaja di rendam. "Kenapa aku nak cemburu dia dengan Chanyeol hyung? Tak mungkin aku suka dia." Monolog Sehun.
Sehun menggelengkan kepala dan menanggalkan bajunya. "Dari fikir pasal dia, baik aku tenangkan fikiran." Terus dia melompat masuk ke dalam kolam renang.
-----
Saera menapak masuk ke dalam rumah Sehun. Dia balik sekadar untuk bersihkan diri dan menunjuk muka di rumah sahaja.
Dia terus menuju ke dapur untuk minum. Sehun masuk ke dalam rumah dan hanya memakai bathrobe dan tuala kecil di atas kepala. Dia mencapai telefon bimbit di atas meja makan dan menuju ke dapur.
Terkejut bukan kepalang mereka berdua ketika di dapur. Muka Saera sudah kemerahan melihat keadaan Sehun yang sexy itu.
"Eherm, bila kau balik?" Sapa Sehun bagi menghilangkan rasa janggal. Dia mengambil jak air kosong dan menuangkannya kedalam gelas.
"Baru je. Erm, awak takde latihan ke? Dengar cerita kumpulan awak nak buat comeback." Jawab Saera.
"Ada. Nanti aku pergi la." Ujar Sehun dan berlalu pergi masuk kedalam biliknya.
-----
Practise Room
Setelah penat mereka berlatih, mereka duduk untuk rehat sebentar. "Hun, erm si Saera tu selalu ke ada dekat rumah kau?" Soal Baekhyun.
Sehun mengerutkan dahinya. "Selalu la hyung, dia kan maid Hun."
"Kau takde rasa apa-apa perasaan ke dekat dia?" Soal Chen pula. Chanyeol hanya memasang telinga sambil bermain dengan telefon bimbitnya.
"Rasa apa, apa?" Soal Sehun polos.
"Alaa, macam jatuh cinta ke? Ye la, Saera tu lawa, hot. Not bad la kalau nak di bandingkan dengan si Irene tu." Ujar Xiumin pula.
Sehun termenung. Perasaan terhadap Saera? Hmm, dia sendiri pun tak pasti tentang itu. Tapi, bila dia berdepan dengan Saera dia merasakan sesuatu yang dia sendiri tak pernah rasa bila keluar atau bertemu dengan Irene dan rasa cemburu bila Saera bercakap dengan Chanyeol.
"Aku dengar dia demam hari tu. Betul ke?" Sampuk Chanyeol yang dari tadi mendiamkan diri.
Sehun mengerutkan dahi. "Dari mana hyung tahu?" Soal Sehun pelik. Setahunya, dia tak bagitahu sesiapa.
"Saera call hari tu." Jawab Chanyeol selamba. Semua terkejut dengan apa yang mereka dengar.
"Saera call? Dari mana dia dapat nombor kau?" Soal Suho.
"Tu tak penting." Jawab Chanyeol lagi.
"Asal dia demam?" Soal Kai sambil memandang kearah Sehun dan Chanyeol silih berganti.
"Terkejut." Jawab Sehun sepatah.
"Terkejut kenapa?" Soal Dyo pula.
"Tengok cerita hantu. Dah la, takde topik lain ke?" Soal Sehun semula.
Mereka hanya bersembang kosong. Chanyeol tak lepas dari memandang telefon bimbitnya. Kadang mukanya berkerut, kadang tersenyum seorang diri. Sehun pula asyik memerhatikan Chanyeol dari tadi. 'Dia chat dengan Saera ke?' Monolog Sehun.
TBC