Di Rumah (Sehun)
Saera membuat sarapan untuk Sehun. Sudah dekat sebulan Saera bekerja di situ. Selama bekerka di situ, Saera sudah dapat mengenal perangai cerewet Oh Se Hun. Jangan itu, jangan ini semua dia tahu. Lagi-lagi tentang barang-barang dalam bilik tidur.
Sehun turun ke bawah untuk bersarapan. Saera yang sedar tentang kehadiran Sehun di tegur. "Selamat pagi. Nak kopi, teh atau jus oren?" Soal Saera. "Pagi. Aku nak kopi." Jawab Sehun mendatar.
Saera menuangkan kopi kedalam cawan. "Hari ni balik makan tengahari ke?" Soal Saera lagi. "Tak. Kau tak payah masak hari ni. Aku tak balik hari ni tidur dekat dorm. Kau boleh balik kalau dah siap." Terang Sehun.
"Serius?! Yes boleh rehat lama sikit hari ni." Ujar Saera gembira. "Tak payah nak gembira sangat. Esok kalau aku tengok rumah ni bersepah. Siap kau." Ujar Sehun sambil merenung tajam ke arah Saera. Saera hanya tersengeh.
"Dah, aku pergi dulu. Jaga rumah aku." Ujar Sehun kemudian dia melangkah keluar. "Baik boss." Jawab Saera. Hilang je kelibat Sehun. Saera duduk dan bersarapan. Selesai dia bersarapan, dia mengemas meja dan mulakan kerja seperti biasa.
-----
Practice Room (SME)
"Huh penatnya hari ni!" Jerit Baekhyun yang sudah terbaring ditengah-tengah bilik itu. Suho menggeleng memandang kearah Baekhyun. Kemudian pandangannya beralih kepada si maknae. Sehun.
"Apa?" Soal Sehun. Pelik dengan padangan yang diberikan oleh Suho. "Aku dengar kau ambil maid baru lagi. Okay ke?" Soal Suho. Ahli yang lain terus menamdang kearah Sehun.
"Kau ambil maid baru lagi?" Soal Chen. Terkejut dengan pernyataan yang dia dengar.
Sehun mengangguk. "Haah, dah dekat sebulan dia kerja dekat rumah tu. Rasanya, dia maid paling lama kerja dengan Hun." Jawab Sehun. Kemudian dia menyambung bermain dengan telefon bimbitnya.
"Bagus la kalau macam tu. Jangan kau buat bende tak elok pula dekat dia." Ujar Chanyeol. Dia risau jika sesuatu tidak baik berlaku kepada adik sepupunya itu.
"Hyung jangan risau. Dia bukan tidur rumah Hun pun." Jawab Sehun selamba. Yang lain hanya mengangguk. "Dah, jom sambung practice." Ujar Suho sambil menepuk tangan bagi menarik perhatian yang lain.
"Alaa, hyung! Baru ingat nak tidur kejap!" Ujar Kai yang sudah menjadikan peha Dyo sebagai batal.
Dyo menolak kepala Kai. "Bangun, sambung tidur kat dorm je." Ujar Dyo, kemudian dia berdiri mengambil tempat. Kai mendengus. Terpaksa juga dia bangun dan mengambil tempat.
-----
Disebabkan Sehun tidak pulang. Jadi Saera mangambil keputusan untuk tidur di rumah Sehun.
Telefon bimbit di atas meja diambil. Nombor Puan Park di dail.
On Call
Hello omma.
Hari ni Sae tak balik tau,
Ada kerja.-Saera
Hello,
Kerja apa?
Kenapa taknak bagitahu?-Puan Park
Err ada la.
Omma jangan risau
Okay lah Sae letak dulu,
Bye~-Saera.
End Call.
Kemudian dia berbaring diatas katil didalam bilik dikhaskan buat maid. "Penat juga kerja jadi maid ni." Ujar Saera. Kemudian dia 'bergolek' diatas katil sehingga tertidur.
-----
Sehun masuk kedalam rumahnya. Ingat nak tidur di dorm bersama yang lain. Tetapi dia terpaksa pulang kerana tertinggal barang. (Jgn tanye barang ape)
Langkah Sehun terhenti ketika ingin naik ke tingkat atas kerana ternampak lampu yang terpasang di bilik di bahagian dapur. "Asal minah tu tak tutup lampu. Ingat aku ni kaya sangat ke nak bayar bil?" Monolog Sehun dan melangkah mendekati bilik tersebut.
Masuk je dalam bilik tu. Terkejut bukan kepalang Sehun dibuatnya. Dia ingatkan yang Saera akan pulang kerumah, rupanya Saera berada didalam bilik tersebut.
'Bukan dia kata dia nak balik ke?' Monolog Sehun. Sehun membiarkan Saera tidur. Sebelum keluar dari bilik tersebut, dia menekan suiz lampu.
TBC