04

691 Words
Keesokkannya Saera menyediakan sarapan seperti biasa tetapi untuk dirinya sahaja. "Aku ingat kau balik semalam." Terkejut Saera mendengar suara itu. "Sehun, ingatkan awak tak balik." Ujar Saera. Sehun hanya tersenyum sinis dan mengambil tempat dihadapan Saera di dapur. "Awak nak air apa? Saya buat air untuk saya je. Sebab saya ingat awak takde." Ujar Saera sambil tersengih. "Bagi aku air kau, kau buat baru." Ujar Sehun. Terus mug yang berisi air coklat panas milik Saera dan dia minum airnya. Ternganga Saera dibuatnya. Saera bangun dari duduknya dan buat air yang baru. Sehun hanya membiarkan dan sambung makan. --- Selesai mereka bersarapan, Sehun menuju ke ruang tamu dan membuka television. Saera menghampiri Sehun. "Awak tak kerja ke hari ni?" Soal Saera. Sehun menamdang Saera sekilas. "Kerja, tapi aku pergi lambat sikit." Jawab Sehun. Matanya masih fokus pada television. Saera hanya meng'o'kan sahaja dan berlalu pergi untuk melakukan kerjanya. "Saera, sini kejap." Panggil Sehun. Saera terus mendekati Sehun. "Ada apa?" Soal Saera. "Tengahari ni member-member aku nak datang. Kau siapkan makan tengahari untuk kitorang. Pastikan makanan tu tak banyak guna minyak. Kalau boleh semua kukus, atau rebus sahaja. Makanan tu masak untuk lapan orang." Ujar Sehun sambil bermain dengan telefon bimbitnya. "Ada apa-apa lagi?" Soal Saera. Sehun menggeleng dan melambaikan tangannya tanda menyuruh Saera beredar. Saera yang faham dengan apa yang dilakukan oleh Sehun terus berlalu pergi. Bilik tidur Sehun dia tuju. Buka sahaja pintu bilik tersebut, Saera sudah rasa pening kepala. Mana tidaknya. Semalam dia baru kemas. Hari ini sudah bersepah semula. Dengan baju yang dicampak merata-rata tempat. Katil yang tidak di kemas. Meja kerja yang bersepah. Nak kata Sehun ni kerja dengan syarikat. Pegang jawatan tinggi-tinggi. Tak pula, sebab Sehun ni idol. Nak kata Sehun buat lirik lagu? Dia main dancer bukan penulis lirik macam Chanyeol, Chen, Lay dan lain-lain. Saera terus mengutip baju-baju Sehun dan dimasukkan kedalam bakul baju kotor. Katil di kemas dengan rapi. Meja kerja dia dekati, kertas yang bersepah di atas meja dia susun dan diletakkan ditempatnya. Setelah selesai semua kerja, bilik mandi Sehun dia masuk. Bersih. Jadi Saera tidak perlu mencucinya. Bakul baju kotor tadi dia ambil dan dibawa keluar dan dia menuju ke bilik dobi untuk mencuci baju-baju tersebut. Selesai semuanya. Dia masuk kedapur untuk menyediakan makan tengahari. Sehun hanya memerhatikan sahaja gerak-geri Saera. 'Ada ciri-ciri isteri idaman aku ni.' Monolog Sehun. ----- Semua member EXO sudah tiba di rumah Sehun. "Tu ke maid Sehun?" Soal Kai yang sedang memerhatikan Saera menyediakan meja makan. "Ye lah kot." Jawab Suho. Sehun mendekati mereka. "Korang tengok apa tu?" Soal Sehun sambil memandang kearah yang mereka lihat. "Maid Hun tu boleh tahankan." Ujar Chen sambil tertawa kecil. "Kau tak payah nak mengada." Chanyeol yang dari tadi mendengar perbualan mereka semua. Panas je. Saera mendekati mereka. "Sehun meja dah sedia." Ujar Saera tidak memandang orang lain. Sehun mengangguk. "Dah jom makan." Pelawa Sehun sambil melangkah kearah meja makan. Chanyeol mendekati Saera ketika yang lain agak jauh. "Sae okay ke kerja dengan dia?" Soal Chanyeol sambil jalan beriringan ke meja makan. "Okay je oppa. Tak susah pun kerja dengan mamat beku tu." Jawab Saera. "Kalau dia buat pape yang tak elok bagitahu oppa. Tahu la oppa nak apa nanti." "Oppa tak payah risau eh. Sae okay je kerja dekat sini. Seronok, tak tertekan. Sae rasa nak kerja ni je terus." Ujar Saera, cuba meyakinkan Chanyeol. Chanyeol terus menghentikan langkahnya dan menarik tangan Saera untuk turut berhenti. "No, syarikat appa siapa nak jaga?" Soal Chanyeol tegas. "Oppa, Sae malas la nak fikir pasal tu. Syarikat appa tu susah Sae nak jaga. Sae dah tengok semua yang patut. Sae rasa, Sae tak boleh pegang syarikat tu." Jawab Saera panjang lebar. "Macam mana nak boleh, kalau Sae kerja sebagai maid ni. Buat habis duit omma dengan appa je hantar Sae belajar tinggi-tinggi sampai master tapi Sae taknak ambil alih syarikat appa. Oppa nak Sae fikir semula tindakan Sae ni. Kalau boleh, oppa nak tengok Sae sambung legasi yang appa bina tu. Nak harapkan adik Sae tu. Memang tak la. Dia dah jadi idol. Dia takkan ada masa nak ambil tahu semua ni. Sebuk dengan latihan dia. Dia ada masa bila kontrak dia dengan Entertainment tu dah habis je." Nasihat Chanyeol panjang lebar dan berlalu pergi. Saera pula hanya berdiri kaku disitu. Tanpa mereka sedar, Sehun perhatikan mereka dari jauh. 'Diorang ada pape ke?' Soal Sehun sendirian. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD