Suasana di meja makan sangatlah bising ketika itu. "Sedapnya Saera masak. Lepas ni boleh la kita makan dekat sini je. Makanan yang Saera masak ni pun, kurang minyak." Ujar Xiumin memberi pendapat dan pujian.
Saera tersengeh mendapat pujian tersebut. "Boleh je, tu pun kalau Sehun tak kesah." Jawab Saera.
Semua memandang kearah Sehun. "Apa?" Soal Sehun seolah-olah baru sedar dari mimpi.
"Boleh tak kalau kitorang nak makan tengahari dekat sini bila-bila yang kitorang nak?" Soal Suho.
Sehun diam sejenak. "Boleh je." Jawab Sehun.
Mereka semua sudah bersorak kegembiraan dengan jawapan Sehun. "Yes! Save duit aku!" Jerit Baekhyun.
"Tapi setiap hari sabtu je." Sambung Sehun. Terus terdiam Baekhyun dibuatnya.
"Alaa, sabtu je?" Soal Baekhyun.
"Ok la tu dari takde kan. Saera bukan maid kita. Dia maid Sehun." Ujar Dyo.
Chanyeol memandang kearah Saera yang berada dihadapannya. Saera yang perasan perkara itu, memandang kearah Chanyeol. Chanyeol menggerakkan mulutnya. 'Aku-nak-kau-berhenti.'
Saera membalas. 'No. Saera-taknak.' Kemudian Saera sambung makan. Sehun hanya perhatikan sahaja mereka berdua.
-----
Semasa Saera sedang mencuci pinggan mangkuk di dapur, Sehun datang dan duduk di meja bar. "Kau ada hubungan dengan Chanyeol hyung?" Soal Sehun sambil menuangkan air kosong kedalam gelas.
Saera memandang Sehun sekilas dan menyambung kerjanya. "Takde, kenapa Sehun?" Soal Saera semula.
Sehun memandang tajam kearah Saera. "Aku tak suka orang menipu."
Saera mengelap tangannya dengan kain dan menghampiri Sehun. Kerusi dihadapan Sehun ditarik dan dia duduk. "Apa yang saya dapat kalau saya menipu?" Soal Saera sambil menongkat dagu.
Sehun mengalihkan pandangannya dari terus memandang kearah Saera. "Takde apa la. Buatkan aku air. Air kosong ni tak sedap." Sengaja dia menukar topik mereka.
"Dah habis air tu baru rasa tak sedap?" Soal Saera dan tergelak kecil.
"Cepat la buatkan air. Aku nak air coklat. Hantar dekat depan. Haa lagi satu, gorengkan kentang. Aku nak tengok movie." Terus Sehun melangkah pergi. Saera tergelak dan menyediakan apa yang di pinta oleh Sehun.
-----
Saera menuju ke ruang tamu dengan dulang yang berisi secawan air coklat dan sepinggan kentang goreng bersama sos cili. Dulang tersebut diletakkan di atas meja di hadapan Sehun. "Lambat. Teman aku tengok movie ni." Sehun menepuk tempat kosong disebelahnya.
Tanpa banyak songeh, Saera duduk di sebelah Sehun. "Tengok cerita apa?"
"The Nun." Jawab Sehun sepatah. Kentang dihadapan, dia capai dan makan.
"Cerita hantu? Takpe la, tak suka la tengok cerita macam ni." Ujar Saera dan ingin berlalu pergi. Tetapi Sehun lebih pantas menarik tangan Saera dan Saera terduduk semula.
"Ini satu arahan. Kau kene dengar." Ujar Sehun mendatar dan menekan butang play pada alat kawalan jauh.
Saera sudah tak senang duduk. "Sehun, saya tak boleh tengok cerita macam ni. Nanti saya demam." Ujar Saera sambil cuba untuk berdiri.
Sehun menekan butang pause dan menolak Saera sehingga tersandar pada sofa. "Teman aku atau kau berhenti." Ugut Sehun sambil mengunci pergerakan Saera.
Saera tiada pilihan lain, selain akur dan menonton bersama Sehun. Sehun melepaskan bahu Saera dan duduk seperti biasa. "Muka tu kawal sikit, tengok cerita hantu je." Tegur Sehun sambil berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Saera membetulkan kedudukannya sehingga selesa dan hanya diam. Sehun memandang wajah pucat Saera. "Kau asal? Hantu belum keluar lagi muka dah pucat." Tegur Sehun lagi.
Saera hanya menggeleng, kepala yang pening dia tahan. "Saya okay je. Dah diam, saya nak fokus." Ujar Saera dan tidak memandang Sehun.
TBC