bc

HINGGA HUJUNG WAKTU

book_age18+
0
FOLLOW
1K
READ
family
HE
drama
tragedy
sweet
office/work place
war
like
intro-logo
Blurb

He said he would love me until the end of time.But time ran out.Aira thought she found her soulmate in Darian - a mysterious man with eyes that looked ancient and a clock that never stopped ticking. But every night at 12:00, someone dies in their town. And every night, Darian disappears.As the bodies pile up and the clock ticks closer to midnight, Aira must choose: Uncover the truth about the man she loves... Or become his next victim.A dark romance about love, secrets, and a promise that goes beyond death.Will their love survive... HINGGA HUJUNG WAKTU?

chap-preview
Free preview
JAM ANTIK YANG MISTERI
Jam antik di ruang tamu sebuah rumah yang tersergam indah di puncak Bukit Cahaya telah menunjukkan waktu hampir pukul 11:00 malam. Tiada apa yang menarik tentang jam antik itu. Hanyalah ukiran lama di sekitar huruf-huruf roman yang unik dengan gaya Eropah. Sesekali pandang, jam antik itu mungkin berusia ratusan tahun. Tatkala waktu hampir menjejaki tengah malam pastinya jam itu akan menjerit nyaring, apabila jarum jam tepat pada angka 12.00. Seolah-olah jeritan seorang perempuan yang berada di dalam ketakutan. Rumah agam yang indah itu diberi nama Mahligai Cahaya oleh pemilik asalnya Datuk Osman. Dia telah meninggal dunia secara mengejut di tingkat tiga di dalam kamar tidurnya, akibat serangan jantung. Datuk Osman mempunyai pemandu peribadi, bernama Rahim. Dia bukan hanya pemandu, bahkan kini menjadi penjaga Mahligai Cahaya. Mahligai Cahaya begitu besar dan cukup indah. Ia mempunyai tiga tingkat dengan keluasan menyamai hampir dua buah rumah yang berkos mewah. Setiap tingkatnya mempunyai tiga hingga lima buah bilik tidur. Di bahagian belakang pula, terbina sebuah garaj untuk kereta-kereta mewah Datuk Osman. Andai sekali pandang, harta yang dimiliki Datuk Osman cukup mewah. Tetapi sayangnya, Datuk Osman tiada pewaris dari zuriat nya sendiri. Setelah Datin Syamsiah meninggal dunia, tidak lama kemudian giliran dia pula menyahut seruan ILAHI. Isterinya itu meninggal akibat kemalangan di dalam rumah. Datin Syamsiah tergelincir ketika hendak menuruni anak tangga dan kepala nya telah terhantuk dengan kuat. Datin Syamsiah telah meninggal dalam perjalanan ke hospital. Datuk Osman sendiri yang menyaksikan tragedi menyayat hati itu. Kematian Datin Syamsiah telah memberi kesan yang mendalam kepada Datuk Osman. Pernah sekali Rahim, pemandu Datuk Osman melihat Datuk Osman bercakap sendirian di ruang tamu Mahligai Cahaya. Kadang-kadang, menangis-nangis di dalam kamarnya. Datuk Osman berkelakuan aneh sejak kematian Datin Syamsiah. Mujur jugalah segala urusan syarikatnya diurus dengan baik oleh penolong dan pekerja-pekerjanya. Datuk Osman gemar bersendirian dan apabila beliau mengalami serangan jantung tiada siapa yang mengetahui nya. Kematian Datuk Osman hanya disedari Rahim keesokkan paginya. Ketika itu, Rahim datang ke rumah agam itu untuk melaksanakan tugas rutinnya. Isteri Rahim, Maznah juga merupakan seorang pembantu di Mahligai Cahaya yang paling setia. Biasanya, Rahim dan Maznah akan datang setiap pagi ke Mahligai Cahaya dan pulang bila malam menjelang. Rutin seharian mereka itu adalah melaksanakan segala arahan dari Datuk Osman sendiri. Sejak dari dahulu lagi, Datuk Osman tidak menggemari orang gaji tinggal sebumbung dengannya. Rumah Rahim tidak jauh dari Mahligai Cahaya, hanya di kaki Bukit Cahaya. Ianya telah dibina dan dibiayai oleh Datuk Osman sendiri. Malah kebajikan anak-anak Rahim juga tidak pernah diabaikan oleh majikannya yang berhati mulia itu. Namun Rahim juga tahu bahawa majikannya menghadapi masalah jantung dan pelbagai lagi penyakit lain. Cuma pada pagi kejadian itu, niat Rahim hanyalah untuk membawa majikannya ke hospital kerana penyakit jantung Datuk Osman semakin membimbangkan. Rahim dan Maznah telah berkahwin sudah lebih dari 20 tahun. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Malah anak-anak mereka terlalu mesra dengan Datuk Osman sehinggakan kedua-dua anak Rahim menganggap Datuk Osman sebagai Datuk mereka sendiri. Tetapi ajal mau ketentuan TUHAN. Rahim hanya mampu terpaku memandang sekujur tubuh yang tidak bernyawa terdampar di atas katil. Kematian yang telah dikategorikan sebagai kematian mengejut oleh pihak polis. Tiada sebarang unsur-unsur jenayah yang disyaki. Malah pihak polis menolak punca kematian empunya mahligai indah di puncak Bukit Cahaya itu berpunca daripada membunuh diri. Tiada bahan bukti yang boleh dikaitkan dengannya. Cuma yang menjadi misteri kepada Rahim adalah jam antik milik majikannya itu yang sering menjerit di kala malam Jumaat. Malah, jam itu kadangkala berubah alih tempat letaknya. Seolah-olah digerakkan seseorang. Atau mungkin 'sesuatu'. Keanehan jam antik itu ada ketikanya meremangkan bulu roma Rahim. Semua ini bermakna setelah Datuk Osman membelinya di hari lelongan dan bidaan barangan antik di ibu kota, suatu ketika dahulu. Datuk Osman sememangnya penggemar barang antik yang tegar. Beliau sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit demi memiliki barang-barang antik yang unik dan klasik pada pandangan matanya. Dan setelah beberapa kali membida, barulah Datuk Osman berjaya membeli jam antik itu dengan harga RM50 ribu, satu nilai harga yang cukup tinggi. Inilah kali pertama Datuk Osman membida dengan harga setinggi itu. Datuk Osman memang mempunyai sifat angkuh dan sombong. Kejayaan membida dengan harga yang paling tinggi di kalangan pembeli-pembeli barang antik membuatkan Datuk Osman terasa begitu gah dan bangga sekali. Inilah sifat Datuk Osman sukar dikikis. Berbangga dengan apa yang dimilikinya. Apatah lagi berjaya meletakkan harga yang kadang-kadang melampau dan tidak masuk akal. Bukan senang untuk menggerakkan jam antik milik Datuk Osman. Ia memerlukan tenaga lima orang lelaki. Jika tidak, mana mungkin jam yang berukuran enam kaki tinggi dan lebarnya membawa kepada tiga kaki persegi itu dapat dialihkan dengan mudah. Rahim kadang-kadang seriau setiap kali jam itu menjerit tepat pukul 12.00 tengah malam Jumaat. Bukan seperti jam-jam biasa yang bunyinya hanyalah loceng yang bergetar menandakan waktu tengah malam sudah menjengah. Jam antik itu menjerit nyaring seolah-olah jeritan seorang perempuan yang sedang dalam kesakitan dan ketakutan yang amat sangat. Tiga hari selepas kematian Datuk Osman, Rahim melakukan rutin harian selepas menunaikan solat Zohor dengan menjenguk Mahligai Cahaya. Setelah puas dia meronda-ronda dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas dan akhir sekali ke kamar utama milik majikannya itu, semuanya berada dalam keadaan kemas dan tersusun. Rahim turun semula ke tingkat bawah dan menghenyakkan punggungnya di atas sebuah sofa mewah buatan Itali milik majikannya itu. Kepenatan jelas terserlah di wajahnya. "Sejak Datuk beli jam antik ini, banyak sangat peristiwa aneh berlaku dalam rumah ini." Rahim bercakap dengan dirinya sendiri sambil termangu sendirian. Matanya tetap memandang jam antik Datuk Osman itu. Waktu sudah hampir senja dan Rahim yang kepenatan terlelap seketika di sofa empuk itu. Kemudian dia tiba-tiba terjaga, seolah-olah dikejutkan sesuatu. Rahim bangun dan menggosok-gosok pipinya. Masih terasa seolah-olah ada tangan yang menampar mukanya. " Aduh, siaap pulak yang tampar muka aku ni?" Rahim merungut sendirian. Dipandangnya kiri dan kanan. Tiada sesiapa yang ada berhampirannya kecuali pasu-pasu bunga, arca-arca aneh, patung gangsa berbentuk seekor kuda dan jam antik milik Datuk Osman sahaja. Cuma yang menjadi keanehan pada Rahim ialah jam antik yang telah berusia itu selalu beralih tempat dari kedudukan asalnya. Pergerakannya tidaklah begitu ketara tetapi siapakah yang mampu mengalih kedudukan asalnya jetrana jam besar ini terlalu berat untuk diangkat begitu sahaja. "Eh, sebentar tadi jam ini mengadap ke arah pintu utama, sekarang mengadap arah aku pulak. Jangan-jangan.... Hisy, mustahil....mustahil..." Rahim menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mata Rahim terbeliak seketika. Dia terkejut tatkala memandang waktu di jam antik menunjukkan sudah pun menjengah ke pukul 7.00 malam. "YA ALLAH! Macam mana aku boleh terlelap ni? Hisy, dah nak masuk Maghrib dah pun," omel Rahim. Rahim terus bingkas bangun dan berlari-lari anak menuju ke bilik air yang berdekatan. Niatnya hanya satu, untuk mengambil wuduk kerana waktu asar sudah pun berada di penghujung waktu. Rahim terus menunaikan Solat Asar di bilik yang berdekatan dengn bahagian dapur. usai menunaikan tanggungjawab pada Yang Maha Esa, Rahim bertakafur seketika di tikar sembahyang sambil mulutnya tidak henti-henti berzikir sementara menanti masuknya waktu Maghrib. Sedang asyik Rahim berzikir, tiba-tiba dia terdengar sesuatu di bahagian ruang tamu rumah agam itu. Seolah-olah bunyi cakaran pada permukaan kayu. Rahim masih meneruskan bacaan zikirnya tanpa menghiraukan bunyi cakaran itu. Kali ini telinga Rahim menangkap bunyi tangisan perempuan tersedu-sedan, mendayu-dayu dan kadang-kadang menekan. Tetapi bunyi haya perlahan sahaja. "YA ALLAH, lindungilah hamba-Mu ini dari gangguan syaitan yang direjam...sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. YA ALLAH hanya kepada-MU jualah aku mohon perlindungan." Rahim menadah tangannya sambil mendongak ke atas, hati kecinya mula diserbu ketakutan, tetapi Rahim tekadkan dalam hati bahawa ALLAH lebih berkuasa dari semua makhluk-makhluk di atas muka bumi ini. Rahim sebenarnya seorang yang mahir dalam persilatan tetapi pengetahuannya tentang makhluk halus, alam mistik dan paranormal tidaklah setebal ilmu persilatan miliknya. Hatinya mudah dihembat dengan rasa takut kepada perkara-perkara yang menyeramkan. Tidak lama kemudian terdengar sayup-sayup suara Azan berkumandang, menandakan waktu Maghrib sudah menjelang. Rahim terus tarik nafas kelegaan kerana suara Azan itu telah mengurangkan sedikit rasa takut yang bersarang di dalam hatinya. Siapa tidak takut kalau bersendirian di rumah yang besar lagi sunyi itu. Hanya mereka yang berhati keras dan iman yang tebal sahaja tidak gentar dengan mainan syaitan. Selepas selesai menunaikan Solat Maghrib, Rahim terus keluar melangkah keluar dari Mahligai indah milik arwah Datuk Osman. Sebelum meninggalkan rumah majikannya itu, Rahim sempat memetik beberapa suis lampu agar dapat menerangi bahagian-bahagian dalm rumah itu daripada ditelan kegelapan malam, termasuklah juga kamar utama milik Datuk Osman. Rahim kini berada di dalam kereta Proton Saga miliknya. Setelah mencuba beberapa kali, enjin kereta nya berjaya dihidupkan. Kemudian, terdetik di hatinya untuk menoleh ke arah tingkat tiga rumah agam itu. Namun ada sesuatu yang membuatkan Rahim terkejut sehinggakan merasa ketakutan yang amat sangat. "Astaghfirullahalazim..." itu sahaja yang terpacul dari mulutnya. Matanya telah memandang sesuatu yang membuatkan dirinya kembali diserbu ketakutan. Tanpa berfikir panjang, Rahim terus memecut laju melewati pintu gerbang dan terus menuruni Bukit Cahaya. Tanpa disedari, dia telah terlupa untuk menutup pintu gerbang dan menguncinya kerana perasaan takut terlalu tebal menyelubungi hatinya. Apakah yang menakutkan Rahim dan apakah yang di lihat di tingkat tiga rumah agam itu? Apa yang pasti hanya kamar utama milik Datuk Osman yang bercahaya di tingkat tiga itu

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

The Abandoned Wife's Second Chance

read
101.9K
bc

Ex-Husband’s Regret: My Billionaire Savior

read
1K
bc

Divorced At Eighteen

read
64.3K
bc

HIS FATHER'S LUNA

read
3.6K
bc

“Daddy, Will You Ever Love Me?”

read
15.6K
bc

Betrothed to the Billionaire

read
6.8K
bc

The Kidnapped Heiress

read
71.1K

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook