Tiga

640 Words
AIN POV Hari yang indah bermula ketika mentari menyapa pipi. Ain dah tersedar dari lena lepas bermimpikan oppa KPOP. Mimpi sahaja okey. Bila dah bangun, benda pertama yang terlintas di minda ialah minum air masak. Nak cantik bermula dengan penjagaan tubuh badan. Barulah abang hensem suka. "Abang hensem yang haritu pon hensem." Ain menggedik tetiba. Dia terpandang kalendar kat tepi meja. Lebih kurang 2 bulan kena siapkan semua benda kat universiti sebelum pulang ke tanah air.  "Dengan semangat yang ada, saya Ain anak umi dan abah kena settelkan kerja sebelum balik kampung. My kampung is Tanah Merah , Kelantan". "Oit Nurul Afiqah dah bangun belum? Jom breakfast pagi ni kat kolej. Kebulur ni." Minah ni tidur lepas siapkan assignment last minute. Kesian kan budak universiti, berderet assignment dengan kuiz tiba-iba dari pensyarah. Sabar jelah. Nak ilmu mana ada mudah. "Penat lah wei, ko gerak jelah pergi kafe. Tolong tapau untuk aku sekali." Fiqah sambung balik tidur. "Ain, kau tapau ikut tekak aku tau. Ikan keli sambal berlado, kuah kari ikan dengan sayur campur. Air manis tak nak. OK? "Hmmm". Ain ambil tuala untuk mandi dan bersiap beli makanan. Beli makanan sorang-sorang jelah, ada teman sebilik pon sambung tidur. IZZ POV Nama diberi Farizz anak Encik Azlan. Kalau nama manja, orang panggil Izz sahaja. Dato Harun banyak berjasa kepada keluarga aku, dia yang dulu tawarkan pekerjaan kepada ayah sebagai pemandu  Dato Harun. Walaupun berjawatan rendah di mata masyarakat tapi gaji yang dihulur alhamdulillah membantu aku hingga boleh memegang jawatan hebat di Syarikat Harun Sdn Bhd. "Izz sini kejap, ayah nak cakap." Ayah panggil Izz dari ruang tamu. Encik Azlan baru selesai solat asar. "Ayah nak cakap apa? macam serius je?" . Aku pandang pelik kat mak dan ayah. Ayah kalau dah bersuara ketar lutut aku. Dia bab tegas, boleh terkencing kat seluar. "Sejak kamu kerja dengan Dato Harun, apa yang kamu rasa?. Soal ayah. Siap jeling kat aku lagi. Masa ni aku duduk berdepan dengan ayah dan mak, memang nampak sangat ayah jeling jeling tajam. "Alhamdulillah kerja elok, gaji elok, semualah elok. Kenapa ayah? Ada yang tak kena ke?  Dato Harun marah Izz ke?". Cuak kejap aku. Aku ni budak baik tau mana ada buat jahat. Kalau nakal sikit sikit tuh adalah. Ganggu anak gadis orang, lagilah tak pernah. Izz is budak baik okey. Jodoh tak sampai sampai. Sedih tiba-tiba. "Taklah. Dato Harun mintak Izz jadi pembantu peribadi untuk anak laki dia yang sulung. Naufal rasanya balik dalam hujung bulan ni. Kamu setuju tak? "Hok aloh ayah, ingat apalah tadi. Kalau yang tuh boleh sangat. Naufal kan kawan baik Izz masa kecik. In sha Allah tawaran  Dato Harun, Izz terima dengan lapang dada. Bila  Dato Harun bagitahu ayah?". Aku yang satu syarikat dengan  Dato Harun tak nak pulak cakap dengan aku. Hari-hari mesyuarat mengadap muka bos. Pelik bin ajaib. Tapikan kan Naufal dah balik. Hari jumaat minggu ni kalau tak silap dia w******p. Nantilah w******p balik tanya Izz. Dia buat projek tak beritahu aku pon. Kecik hati kitew. "Masa dalam perjalanan nak balik ke rumah. Naufal telefon Dato Harun beritahu nak balik Malaysia. Eh emaknya, buatlah air kopi ke, air teh ke, sedaplah jugak". Ayah menjeling si isteri, Puan Asma. Si isteri kusyuk tengok drama TV3. "Dah borak macam serius, saya taknak lah kacau anak beranak borak. Nanti abang marah saya pulak". Mak terus bangun ke dapur. Bunyi mak masak air guna cerek air panas atas dapur. "Mak..cucur ikan bilis Adabi sekali. Makan panas-panas dengan kopi sedap wei. Baru syok makan sambil borak dengan ayah." Mak mampu geleng kepala jer dari dapur. Aku kalau makan  cucur ikan bilis Adabi kompem senang hati. Makanan kesukaan aku tuh. Nak ambik hati aku, awek kat luar sana kena lah pandai masak. Baru abang Izz suka sama kamu. huhuhu. Makan bersama keluarga dengan juadah ringkas, maka berselera lah satu keluarga makan. Cucur ikan bilis jenama Adabi memang sedap, iklan kejap. Yang tak pernah makan, cubalah masak. Satu paket tak cukup tau.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD