Empat (Bonda)

543 Words
Naufal POV Hujung bulan Ogos ada projek besar dengan bonda. Idea asal dari bonda tau, jadi semua ni mastermind dari bonda iaitu Puan Mariam. Tepat pukul 12 malam, kami nak buat projek besar untuk Dato Harun. Mesti korang fikir yang negatif ni kan? Sebenarnya... "Bonda, Oppa dah sampai. Bonda, bonda..." Rumah tersergam indah tapi tiada orang. Sakit nya tuh disitu di dalam hatiku. Ishh.. Eh Izz, kau tercongok situ buat apa? Pergi cari Mak Esah tanyakan mana bonda. Dah tahu anak kesayangan intan payung nak balik hari ni, bukannya nak tunggu jadi mak guard depan pintu . Boleh hilang pulak bonda kandung gue. Ini kayaknya seperti sinetron yah di TV3. Sambil tunggu Izz dan bonda, jom aku citer sikit kisah keluarga aku dekat kamu semua. Kamu lah pembaca cerita ni. Jap nak batuk sat. Uhuk uhuk uhuk. Ayah Naufal nama Dato Harun, isteri bernama Puan Qaseh Mariam. Ayah dan bonda dijodohkan masa zaman dulu-dulu dan selepas itu berkahwin dapatlah aku yang diberi nama Ahmad Naufal bin Dato Harun. Tapi dalam cerita ni, aku ade adik kembar Nazreen dan Nadiah. Selebihnya tunggulah ya. Penat nak cerita air takda. "Bonda...oppa lapar. Hmmm. Apa yang wangi semerbak kasturi ni, bau macam ayam percik lah wei." Aku berjalan di ruangan makan. Perghh powerlah Mak Esah masak. Ada nasi kerabu, ayam percik dan air sirap laici. Nikmat mana kamu dustakan. Huhuhu. Tiba-tiba nampak bonda tengah hiris cili, patutlah tak dengar orang laung, Izz pulak tengah ratah ayam bakar kat luar pintu dapur. Ishhh dia orang ni tak sayang aku ke? "Bonda, muah sikit. Izz kat luar bonda tak keluar pon tengok oppa." Peluk pinggang bonda, walaupun umur 52 tahun tapi nampak 40 tahun tau. "Izz sihat? Bonda malas nak keluar. Kamu pon bukan nak masuk dapur tolong bonda. Ni nak siapkan bahan nasi kerabu. Kamu kan suka nasi kerabu, kalau tak letak cili dalam budu nanti tak sedap nasi tu." " Ye ek? Jomlah makan, oppa tak makan lagi. Lapar. " "Izz jom makan sekali. Ajak sekali yang lain makan sama-sama. Baru syok makan bersama. Terasa nikmat kan? "Jap Naufal, aku nak tolong bonda dengan Mak Esah angkat apa yang patut dari dapur." "Naufal balik ni ada inform dekat ayah tak?" Kenapa pulak tanya macam tu. "Kenapa bonda? Takde bagitau apa-apa pasal Naufal balik. Saja nak buat surprise gitu. Huhuhu" Tak salahkan anak nak buat mak ayah happy kan. Walaupun aku anak sulung tapi aku paling manja dengan ayah. Jangan citer kat sapa-sapa..malu lah. hahaha. "Kamu masih ingat tarikh lahir ayah?" Meroyan apa bonda ni. Semua pasal ayah dalam genggaman tangan tau. Bak kata P.Ramlee, sekali petik semua yang datang tau. Hahaha "Eh? Bulan ni kan bonda. Bonda nak buat benda jahat ek kat ayah? Halo polis tolong tangkap bonda. Hahaha." "Kamu ni nakal tolong ikut umur sikit. Bonda sebenarnya nak ajak kamu buat surprise birthday untuk ayah. Kamu kan rapat dengan ayah. Bonda ada rancangan baik punya. Kamu tak payah tidur sini. Mintak Izz hantar kamu balik penthouse ok." "Okey bonda. Bila nak makan ni, orang lapar tahu tak ? Ishh ishh..Nasi kerabu Mak Esah is the best from Kelantan. Nanti dah sejuk ayam percik tak best lah bonda ku intan payung." Bonda senyum je pandang anak sulung dia. Begitulah kisah jahat hujung bulan Ogos. Bila mak mak zaman now layan drama, otak pon hantu dramalah. Nak tahu selanjutnya tunggu ye.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD