AIN POV
"Fiqah ku sayang, roommate depan tuh kan kau kenal tak". Ain baca nota pensyarah masa ni dia tiba-tiba teringat si Nazreen.
"Gila tak kenal, kembar kot. Kenapa Ain?"
"Si kembar dua tuh ajak kita pergi rumah dia. Kat rumah dia ada majlis birthday party ayah dia. Jomlah , boleh makan free. Mesti ada kek besar." Ain nikan kalau semua nak tahu sejenis nampak kek senyum. Bukan sebab suka makan kek tapi suka tengok kek. Kek zaman now macam macam design, corak dan warna. Jadi, siapa tak suka tengok kan? Secret Recepi pon salah satu kedai kek terbaik bagi akulah sebab kek sedap, cantik dan berbaloi harga nya. Jomlah ke Secret Recepi.
"Tarikh tuh bila, cer bagi details. Kalau tiada hal, In Sha Allah boleh ikut. Tapi kita share duit minyak ye." Kami sebilik dah biasa pergi mana berdua, jadi tiada masalah kongsi duit minyak. Kalau jenis goyang kaki dalam kereta, duit minyak pon tak kasi. Siapa tak hangin , ye dok sek mu?
"Boleh boleh. Macam tak biasa. Tarikh 31 0gos hari Isnin. Kalau lokasi nanti aku mintak Nazreen atau Nadiah bagi melalui w******p dekat kita. Okey? Lagipon aku tak pernah pergi rumah dia orang." Ain lebih rapat dengan Nazreen sebab matang, kalau cakap dengan Nadiah kena kuat iman sikit. Bab mengusik memang bab dia jelah.
"Ok. Kau dah ada baju ke? Ke nak pakai baju kurung?." Tengah nak hujung bulan, kami yang pelajar kena berjimat jimat guna duit. Nanti tak cukup, nak makan apa hujung bulan. Duit PTPTN masuk lambat lagi.
"Baju kurung on. Pakai biasa biasa sudah. Kita ni bukan artis. Just be yourself ye dok fiqah? Kalau cantik cantik sure dapat sugar daddy best jugak ni." Nak cantik boleh tapi duit tuh biar cukup. Bila berada berjauhan dengan keluarga, pesanan mak ayah kena sentiasa ingat. Jangan buat benda tak berfaedah asalkan nampak cantik, biar kita nampak buruk pada pandangan manusia, asal hati kita cantik di mata Allah.
"Amboi...amboi..amboi... ni yang nak pasang lagu altimet. Kau punya berangan boleh tahan. Bukan sugar daddy kau jumpa tuh, neraka lahanat nanti yang kau jumpa." Kalau nak cari pasangan pilih lah lelaki bujang diluar sana, suami orang jangan cantas. Kesian isteri depa, ye dok sek mu?
Lirik lagu Amboi dari Altimet. Yang makan cili mohon terasa. Budak zaman now biar perut tahan lapar asalkan pakaian biar berkelas dari atas ke bawah. Pelik bin ajaib
Mari-mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita
Ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila
Nak panggil waras susah tak baik kalau gelar gila
Ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila
Bila masuk kerja, tak pernah on time
Lepas masuk kerja, dia terus Online
Tak boleh buat kerja, sibuk jaga hal orang lain
Tangan mengelat, kaki mengular, mulut celupar, lambat masuk, awal keluar
Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
Ambil baju ukur kat badan sendiri
Baru tahu kena setepek ke tempias sipi-sipi
Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa
Amboi amboi