bc

Adakah dia suamiku ?

book_age4+
6
FOLLOW
1K
READ
killer
CEO
bully
monster
non-hunman lead
assistant
wife
husband
friends
serial-killer
like
intro-logo
Blurb

Azlinda seorang introvet yang dapat menjalani hidupnya apabila berkawan bersama ezlim yang sentiasa melindunginya. Apabila kejahatan ezlim diketahuinya, Azlinda tetap dengan pendiriannya bahawa ezlim tidak melakukan hal tersebut. Kemudian seorang lelaki yang digila-gilakan oleh kaum hawa mendekatinya , dan membuat hidup Azlinda berubah serta merta. Siapakah lelaki yang dapat menggubah pemikirannya? Apa pula kejahatan yang ezlim melakukan di belakang Azlinda ?

chap-preview
Free preview
Episod 1 introvet
"Woi , kau tu dah la pemalu ada hati nak kerja dekat syarikat mewah ni! Sedar la sikit diri tu introvet. Dari sekolah rendah aku kenal hang. Hang memang bawa nasib malang ja! " Cemuhan demi cemuhan dilontarkan kepada Azlinda. Dia tidak sangka bahawa kawan sekolah rendahnya yang selalu membulinya bekerja di syarikat mewah itu. Azlinda hanya menunduk mendengar cemuhan itu. Apa salah aku , kalau aku ni introvet ? Kenapa semua benci sangat ? Air matanya mula menitis . Dia tidak tahan lagi dengan keadaan itu , lantas dia terus berlari ke keretanya dan terus membelah jalan. Dalam kesibukan jalan raya di Kuala Lumpur , Azlinda menangis teresak-esak. " Kau tu miskin ! Tak layak duduk dekat bandar yang mewah ni. Pi la balik kampung hang yang jijik tu. Baru sepadan dengan muka." Kata-kata yang amat perit baginya mula terngiang-ngiang. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada yang menghubunginya. Ahhh ! Waktu macam ni lah ada orang nak call. Bisiknya di dalam hati . Tetapi sifat kasihannya mula muncul apabila telefonnya berdering berkali- kali. " Hello, assalamualaikum !" Azlinda mengawal nada suaranya , tidak mahu sahabatnya risau dengan keadaan itu. " Wei hang balik sekarang ! " Arah Ezlim . Ya, hanya dia satu-satunya sahabat yang ada dikalau susah dan senang. Tetapi kadangkala Azlinda merasa cemburu dengan kehidupan sahabatnya itu. Anak orang kaya, kedua ibu bapanya pulak penyayang , malah Azlinda pun sudah seperti keluarga mereka. " Sat tau jalan sesak ni..." " Aku tunggu kat rumah kita. " Tup terus dimatikan panggilan. Ezlim memang sikit kasar kecuali bila Azlinda menangis. Setibanya di rumah, Ezlim terus menarik tangan Azlinda dan menyuruhnya duduk di meja makan. Banyak makan kesukaan Azlinda terhidang. " Hang nangis eh ? " Dia mula berbicara. Disebabkan Azlinda tidak boleh menyorokkan apa-apa darinya ,Azlinda hanya mengangguk dan terus menyuapkan roll crepe kedalam mulutnya. " Apa pulak kali ni ? Sapa buat hang ? " Lama Azlinda berdiam . Lalu diceritakan semua tentang kejadian sebentar tadi. Ezlim tersenyum sinis . Ada wajah jahat di sebalik mukanya. Dia selalu membuat muka itu apabila Azlinda menceritakan masalahnya. " Bagi apa yang hang cerita, aku rasa minggu depan dia akan mati . Percaya la kat aku, nanti dia tak kan bagi hang nangis dah. " Kata ezlim selamba. " Apa nama dia hang kata tadi ?" Tanya ezlim lagi. " Ahhh... Sofia. Kenapa?" Kata Azlinda. " Nothing , just wondering. Mana tahu boleh simpan nama dia dalam buku hitam aku ka? " Kata ezlim . Lalu terus mengurung diri di dalam bilik. Ezlim mengambil satu buku hitam yang berat di dalam rak . Tetapi rak itu hanya dia sahaja yang mengetahui. Pensil yang berhampiran dicapai , laju sahaja ideanya keluar. Senyum yang ngeri sudah kelihatan . Tetapi dia tidak pernah menunjukkan senyuman itu kepada Azlinda. Dia tahu Azlinda takut melihat senyum itu. " Sofia.. " kata ezlim sambil gelak yang dibuat-buat. Keesokkan paginya. Awal-awal pagi lagi, Azlinda sudah pergi ke tempat kerjanya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kali ini bukan pergi untuk bekerja , malah hanya untuk mengambil barang-barangnya. Malam semalam Azlinda sudah menghantar surat berhenti kerja. Malah bosnya juga terima, pada mulanya agak susah untuk memujuk Tuan Alex kerana prestasinya yang terlalu tinggi. Sofia dengan melenggang kangkungnya datang ke meja Azlinda untuk membuat onar. Dengan berpakaian seksi untuk mengalahkan kecantikan Azlinda. Tetapi tetap juga ramai yang meminati Azlinda berbanding Sofia. Mungkin kerana hal itu Sofia bertambah marah kepada Azlinda. " Huh...dasar perempuan lemah ! Baru cakap sikit dah mengajuk siap berhenti kerja lagi.... Ops... Aku lupa yang dia ni memang malang, mungkin bos yang berhentikan dia. Ha ha ha ha ..." Tawa Sofia terbahak-bahak yang membuatkan rakan sekerja berasa tidak selesa. " Hoi , Sofia . You ni kalau nak kena kan orang memang menang. Jangan sampai orang kena kan you pulak . Takut-takutada yang simpan dendam sebab tak suka perangai hodoh you tu, sampai mereka nak bunuh you. I ingat kan je .... Lebih baik you minta maaf dekat si Azlinda ni. Kesian dia tau." Celah Hadi. " Eh, tak pa . Saya tak terasa pon.."Azlinda menghentikan perang mulut antara mereka berdua. "By the wat, saya nak minta maaf tau dekat semua kalau sepanjang saya kerja ada buat salah and kalau ada apa ii yang saya terambil mohon halal ye. Sofia pun , saya nak minta maaf awal-awal saya takut tak jumpa Sofia dah , mohon halal jugak ye. Sofia maafkan saya x ? Halal kan apa yang saya ambik tak? " Tanya Azlinda . Entah mengapa dia rasa macam tak kan berjumpa dengan Sofia selepas ini. Mungkin itu hanya perasaan sahaja kot. Azlinda cuba tidak memikirkan benda yang bukan - bukan. "Huh ." Hanya sepatah kata itu sahaja dan terus Sofia melangkah pergi. Memang tak sukar untuk memohon maaf. " Azlinda bos suruh jumpa dia dulu sebelum pergi. " Kata pembantu Tuan Alex kepadanya. ------------------------------------------------------------------- Ezlim tersenyum mengingat kembali rancangannya itu. Ouh ! Aku lupa ada someone yang perlu aku call dulu. Kata Ezlim di dalam hati nya. " Yow what's up ! Lama tak jumpa kau. " Kata Sofia di dalam talian. " Kau ni dah kenapa tiba-tiba call aku . Rasanya kau memang payah nak call aku ke kecuali ada benda yang kau nak minta tolong kan.?" Kata pemanggil di dalam talian. " Aku tak tahu apa yang akan terjadi dekat aku lepas ni. So , aku nak minta..." Tak sempat Ezlim menghabiskan ayatnya pemanggil di dalam talian terus memotong. " Kau jangan kata kau buat balik benda dulu. Mama and papa kau tahu kesian weiii." " Aku terpaksa... Kau kan sepupu aku. Kau je la satu-satunya yang sokong aku." " Tapi bukan benda ni. Kalau menda lain aku sokong ! " Sepupu Ezlim mula menaikkan suaranya. " Ish.. kau ni aku tak ajak kau buat pon.. Just kalau jadi apa-apa dekat aku , aku minta tolong dekat kau untuk ganti tempat aku." " Maksud kau? ". " Macam ni ..." Ezlim mula menerangkan semua terhadap sepupunya itu. Hanya dia seorang yang boleh dipercayai. "Kau tolong aku eh." Rayu Ezlim. " Huh... Tengok la dulu." " Hah . Aku tahu kalau kau cakap macam tu kau tolong kan. Thank you! " Ezlim terus meletakkan panggilan tidak mahu mendengar leteran dari sepupunya itu. Hanya tinggal seorang sahaja lagi untuk menjayakan rancangannya itu. "Hello, mama ! "" Ramah ezlim memulakan perbualan. "Assalamualaikum ,anak mama. Sihat tak tu.. Mama rindu tau anak bongsu mama ni. Bila nak balik? " Bukan senang ezlim menelefon kedua ibu bapanya kecuali keperluan. "Waalaikumussalam, mama ni banyaknya tanya nak jawap mana dulu ni?" " Jawap je semua." Bunyi gelak mama ni hujung talian. " Ez sihat je. By teh way, minggu ni ez dengan Linda balik rumah mama dengan papa tau. " " Ye ke ! Ouh ... Mama kena masak sedap- sedap ni dua orang anak kesayangan mama nak balik." " Tapi Ez duduk rumah mama sekejap ja . Ez ada kerja sikit nak buat dekat Korea." " Aik, kerja? Sejak bila Ez kerja ni ? " " Bukan kerja sangat . Ez cuma nak beli barang sikit." " Lahhhh.... Kamu boleh je tempah . Nanti barang sampai , tak payah susah-susah nak pergi jauh-jauh. Kamu ingat Korea tu dekat?" " Sebab Ez ingat dekat tu la nak pi sendiri. Ez tak percaya kat orang yang hantar barang tu . Nanti rosak kan rugi pulak. Itu la Ez nak tinggal kan Linda dekat rumah seorang pun bahaya. Biar dia duduk dengan mama papa eh. Please..." Pujuk ezlim. " ye lah ye lah" Akhirnya mama tidak mampu untuk menghalang. Bukan tidak kenal perangai keras kepala anak dia tu. Pelik jugak macam mana Azlinda boleh duduk serumah dengan budak keras kepala. Hari ini Azlinda pergi ke tempat kerjanya lebih awal dari biasa . Bukan untuk bekerja malah mengemas barang-barangnya ke dalam kotak-kotak yang di bawa. Ya ... Azlinda akan berhenti kerja. Bukan ingin lari dari masalah, cuma dia terfikir kata-kata Sofia benar. Dia tidak layak bekerja di syarikat yang mewah seperti itu. Azlinda tidak risau dengan Tuan Alex kerana dia awal-awal lagi dia sudah memaklumkan kepada bosnya itu. Walaupun berat untuk melepaskan seorang karyawan yang berseni sepertinya . Tetapi itu hak seorang karyawan memilih tetap ataupun undur. Rakan-rakan yang lain semua menolong Azlinda mengemas barang. Ada yang merayu untuk tidak tinggalkan mereka , ada juga yang memberi kata-kata nasihat dan semangat . Hanya menunggu Tuan Alex sampai di tempat kerja sahaja untuk memberikan surat berhenti. " Huh... Baru cakap sikit dah merajuk la guys... Lemah betul perempuan ni. Hei , kau kena ingat mana boleh lari dari masalah. Ops... Aku lupa memang layak pon kau berhenti . Kau balik kampung tido dekat reban ayam babak kau, and yang penting kau makan la makanan lembu kau tu. Sama-sama busuk ! Jijik pulak tu. " Entah dari mana Sofia datang dan bila dia muncul pun tahu. Azlinda hanya berdiam sambil menunduk kepala sambung mengemas. Hatinya sudah tidak kuat, kalau boleh tak nak tunggu Tuan Alex dan terus balik. " Hoi , Sofia ! You kena ingat sikit jangan cakap ikut suka hati you je. You macam bercakap dengan cermin. Huh dia pun dari kampung. Walaupun kawan kitaorang ni dari kampung dia lagi elok dari you. Tak sedar diri patut lah tak da sapa nak dia." Balas mail kepada Sofia. " Hei , you! Ee... I cili mulut you tu baru tahu." Makin panas pulak mereka berperang mulut. " Hei , you ingat I tak boleh buat jugak ka? " " Sudah la tu.. jangan la disebabkan Linda semua nak bergaduh. Linda nak jumpa bos dah ni. Sebelum tu Linda minta maaf kalau ada buat salah dengan hangpa . Kalau Linda ada ambik apa-apa , Linda mohon halal ye. Sofia pon Linda minta maaf sangat-sangat kalau ada buat sofia tak sukakan Linda. Bukan tu ja Linda nak minta halal kan jugak ye mana yang terambik." Kata Azlinda dengan nada perlahan. " Huh ! Lebih baik kau minta maaf jugak Sofia mana tahu tengok-tengok kami tak boleh jumpa kau dah . Terpaksa ikut kau pergi kubur ." Balas Syafira pula. Azlinda hanya tersenyum dan terus masuk ke bilik bosnya buat terakhir kali. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Azlinda perlu bergegas pulang kerana Ezlim ingin membawa kerumah kedua ibu bapanya. Ah ...beratnya.. Azlinda mengeluh. Tadi ramai yang minta untuk menolongnya tetapi ditolak semua. Sekarang dia yang kena menanggung beban itu. Badan kecil molek Azlinda perlu mengangkat dua buah kotak besar dan berat. Memang sukar untuknya melihat apa-apa sahaja benda dihadapannya. Dia juga sedang buntu mencari uang untuk menyara keluarganya di kampung. Perniagaan keluarganya pun sudah berhenti kerana ada orang kaya yang jual dengan harga murah. Dia perlu mencari kerja dengan secepatnya. Tetapi ingatkan pula pada zaman sekarang amatlah sukar mendapat pekerjaan dia berasa sedih . " Huh.. nak kerja apa lepas ni ? Dah nak masuk bulan depan , duit aku tak bagi lagi dekat keluar.... " Tidak sempat Azlinda menghabiskan ayat , dia terjatuh akibat terlanggar sesuatu dihadapannya. " Cik, sorry cik ! Saya terlanggar. " Kata lelaki yang melanggar Azlinda. Dia melihat siapakah yang tidak punya mata sesuka hati melanggar orang macamnya yang berbadan kecil ini.sesat melihat. Azlinda terpukau, kerana wajah yang dimiliki oleh lelaki itu membuat jantungnya berdegup kencang. Eh ... Azlinda kawal perasaan tu. Katanya di dalam hati .lelaki itu terus mengangkat kotak-kotak itu. " cik.. serius la cik angkat kotak yang besar and berat ni. Saya sebagai lelaki pon terasa berat. " Azlinda hanya tersenyum. " Mana kereta cik ? saya tolong bawakan." Azlinda tidak membantah lalu terus menuju ke kereta yang berhampiran dengan mereka. Selepas kotak-kotak itu berjaya diletakkan di dalam kereta . Azlinda melihat penampilan lelaki itu. Cukup bergaya walaupun hanya berpakaian t-shirt polo. " Terima kasih." Kata Azlinda masih malu-malu. " En tak pa , tak pa. By the way, awak berhenti kerja atau diberhentikan? " " Saya yang minta berhenti." Kata Azlinda terlalu perlahan antara dengar tidak dengar. " Ouh ! by the way, I think you will be like this." Kata lelaki tersebut sambil menghulurkan kad . Azlinda hanya menyambut lalu terbeliak matanya melihat kad yang berada di tangannya. " Kad cik ka ni ? "Terus silang perasaan malunya . Lelaki itu tersenyum melihat gelagat Azlinda. " Tu kad CEO syarikat tu. How ? Berminat? " " Ni syarikat terbesar dekat Malaysia kan... Wow saya rasa macam tak percaya apa yang saya tengok. " " Nanti pergi la resume dekat syarikat tu mungkin dapat, sebab saya dengar ada satu lagi kekosongan. " Azlinda tersenyum. " Saya akan pastikan dekat syarikat tu tak da sapa yang berani sakitkan hati awak. Ouh saya baru teringat yang awak nak pergi cepat kan. By the way , sekali lagi saya minta maaf sangat-sangat sebab langgar awak." " Eh tak pa x sakit pon. Terima kasih sebab ingat kan saya. " Azlinda senyum kearah lelaki itu tanpa mengetahui namanya dan dengan kecepatan maksimum Azlinda terus pulang ke rumah. Petang itu seperti yang dijanjikan, Ezlim dan Azlinda terus menuju ke rumah mama dan papa Ezlim . " Tak da apa-apa nak shere ka , for today ?" Ezlim memulakan bicara apabila melihat kawannya berdiam diri. " Senyap tu mesti ada apa-apa kan..." katanya lagi. Ezlim saja ingin mengumpat kawannya itu untuk membuka cerita. " Macam ni... tadi Ez kan suruh Linda cepat-cepat . So Linda pon gelabah la... dah la kotak tu berat, besar pulak tu . Linda tak nampak ada orang dekat depan. " kata Azlinda sambil bermain-main dengan telefon bimbitnya. " Kau yang terlanggar ka ? Dia yang terlanggar ?" " Entah lah .... lepas tu dia pon tolong angkat kotak bawak pi kat kerata ..." tidak sempat Azlinda menghabis kan ayatnya Ezlim memotong. " Nak jugak dia tolong. " ezlim tersenyum sinis. " Ye lah... sebab dia kata dia bersalah, Linda pon bagi ja la... and yang paling Linda tak boleh nak percaya. satu syarikat yang Linda kata Linda suka sangat tu... Dia kata ada tempat kosong. Rasanya boleh dipercayai tak?" " Nampak sangat dia jatuh cinta " kata Ezlim lagi. " Eh .. tak la Linda tak suka pon dia." Azlinda menafikan. " Eh , Ez tak cakap Linda pon. Ez cakap laki tu... atauuu Linda memang jatuh cinta.. yay.. tak sia-sia plan aku." " Ez ni pelik la, dah la . Sat cakap macam tu , pastu tiba-tiba cakap macam lain." Azlinda hanya ingin menutup gugup di hatinya. Ezlim hanya ketawa melihat reaksi kawannya itu. Dia yakin satu hari nanti , apa yang dirancang akan berjalan lancar . Jadi dia tidak perlu risaukan Azlinda lagi.

editor-pick
Dreame-Editor's pick

bc

Fifty Shades of Handerson

read
26.1K
bc

Sister Complex

read
29.0K
bc

Dear Calon Imamku

read
14.9K

Scan code to download app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook