Aku Gadis Kuliah
Aku gadis remaja yang masih kuliah di bandar. Rupa paras ku biasa dan tiada peminat di kampus, juga tiada teman bersama dengan ku. Hidup lonely, sunyi dan sepi tiada berteman. Bagi aku, itu kebebasan untuk diriku bebas bergerak sehingga datang satu bayangan yang sering menghantui ku di kampus....
Adakah aku sekadar bermimpi atau itu benaran berlaku. Aduh.....kacau jiwaku dengan masalah ni.....
"Ada.....banyak masalah di kampus?" soal mama sewaktu sarapan, aku asyik termenung memikirkannya....
"Tak ma, dah lewat, gerak dulu, bye ma...." malas untuk dileteri, aku bergegas untuk ke kuliah.
"jangan lewat untuk latihan malam ni ya Ada.."
"Okay ma,beres..........."
mama menginap dirumahku untuk projek terbarunya, dan aku seperti biasa menjadi ujikaji mama dan teman-teman mama. Projek mama masih bersisa satu bulan lagi dan selama itu tetap menginap bersama ku, mama biasanya pulang ke kampung setelah selesai projek
--------------------------------
Setiba di kampus, aku rasa diperhatikan oleh seseorang tapi siapa........
'Perasaan ku sahaja, siapa yang berminat dengan ku yang perempuan tidak seperti perempuan, selalu berkemeja dan berseluar jeans, kasut sneakers, hahahahaa' cubaan menenangkan hati ku sendiri.
"Kak senior, ada orang kasi bunga...." seorang budak lelaki datang menghulurkan sekeping kertas bersama sekuntum bunga dan terus berlalu pergi.
'Ish, tak sempat bertanya' kata yang tak terucap, ku telan ke perut.
Aku masukkan barangan tersebut ke dalam bag sandang dan bergegas ke kuliah. aku memilih lokasi agar terpinggir dari pelajar lain,untuk memudahkan aku tidur jika kuliahku bosan.
'Ada gerakan di belakang ku, biar benar ?' detik hati ku curiga
Aku berpaling, tiada apa-apa di belakang ku.
aku tersenyum puas, perasaan sahaja.
Satu suara muncul di cuping telinga ku, panik dan terkejut..............
Suaraku bergaung di dalam bilik kuliah, seluruh mata memandang ku....
"Khaira, ada masalah..............." soal pensyarah
"tidak puan...." jawab ku dengan bersalah
"kurangkan tidur di kuliah saya..........." menusuk ke jantung ku
"Maaf puan," jawabku tak terdaya.
Lembaga di belakang ku melompat ke sebelah ku....
Seorang lelaki, wajah agak menjolok, bertindik anting batu zamrud, wajahnya persis artis korea kegilaan ramai, rambut merah.....
'what, rambutnya merah.....watak anime ku, Master Sasori di Naruto' mata ku membulat, mulut melopong
"Tutup mulut, atau mohon kasih sayang?" si rambut merah bersuara
"Paras cantik, mulut longkang....." balas ku
Si rambut merah tersenyum sinis menandangku,
"Kau tergoda..... dah baca?" katanya
"Apanya, jangan ganggu, kita ada kuliah...." aku mengisyaratkan jari ku dibibir supaya Si rambut merah diam.
"Bukan tidur lebih enak dari kuliah..." balasnya, pedas.
'Si rambut merah nak merasa air tangan ku di muka mu....' kata-kata bergema di dalam hati, aku mengalah kerana kata-katanya benar.
--------------------------
"Lunch, aku belanja...." si rambut merah mempelawa
"Aku punya wang sendiri" balas ku sambil melambai tangan ke udara mengisyaratkan supaya dia beredar.
"Dingin, ais bisa cair, aku akan menjadi matahari untuk mencairkan kamu...." tutur si rambut merah sambil mengeyit mata menggoda ku.
Aku menolak dadanya dan berlalu pergi. Tersilap perkiraan, ternyata dia pantas memegang tanganku dan mengengakalkan posisi di dadanya yang bidang. Aku berusaha melepaskan tanganku, dia menggenggam erat dan membawa telapak tangan ku ke jantungnya.....
"Rasakan di sini, detaknya untuk mu, jangan bersembunyi lagi, keluarlah....." tuturnya, membuat aku keliru.
"Siapa kamu sebenarnya...." aku bertanya dan hampir tidak di dengari
"Putera impianmu...., pernah bermimpi, suatu hari ada lelaki yang melamar dan mengisi hatimu" tutur si rambut merah kepadaku....
Mukaku memerah bila menyedari orang ramai memandang ke arah kami. Aku merampas kembali tanganku dan bergegas dari suasana canggung.
------------------------------
'Masuk, tak masuk, masuk, tak masuk, masuk..... ala, masuk plak' aku pun melangkah masuk ke kuliah, mataku meliar mencari bayangan si rambut merah, suasana hatiku kacau.....
Hatiku menjerit kelegaan, tiada banyanganya di kuliah.
Aku mengabiskan petangku dengan tenang tanpa gangguan.
-----------------------------------------
"Ada.... cepat, lewat nanti..." laung mama dari bawah
"okay ma, on the way...." jawab ku bergegas turun dan mengikuti mama keluar.
"Kak Ain, cepat...." laung mama memanggil pembantu rumah.
"Kak Ain ikut ya ma....?" tanya ku kurang senang.
Mama cuma mengaanggukkan mukanya sebagai isyarat 'Ya'.
Aku kurang senang, kak ain gemar memotret, aku tak suka hidup peribadiku terkeluar dan diketahui umum siapa aku. Aku cuma mahu orang yang ikhlas sahaja berkawan dengan ku bukan kerana aku model top di bandar ini. Aku cuma terjebak dengan projek mama dan teman-temannya, dengan itu, aku pun menjadi model utama pakaian rekaan mereka. Tak tersangka mukaku sangan cantik bila di hias.
"Kenapa...?" tanya mama
"tak ada....cuma bertanya" jawab ku pasrah
Mama memandu ke destinasi, suasana sepi, masing-masing dengan fikiran sendiri. Aku mengelamun teringatkan si rambut merah. 'Siapa dia, aku tidak pernah berjumpa di kuliah sebelum ini.mana mungkin pelajar di situ berambut merah dan beranting-anting, atau itu imaginasiku sahaja' Aku menenangkan diriku sendiri.
-------------------------------
"Ada, lama tak jumpa, sihat..............?" "Ada, wah semakin cantik" "Ada, hai...." suara teman-teman model berteriak. Muka bertopeng semuanya. Menunggu masa dan peluang menjatuhkan aku. Aku cuma tersenyum palsu dan melambai ke arah mereka.
"Hai antue semua, apa khabar....?" aku menyapa teman-teman mamaku dengan wajah palsu ku. Sungguh, aku demi mama aku rela walaupun aku tak suka.
"Baik, Ada duduk sini....." auntie Balkis membalas sambil menepuk-nepuk kusyen di sebelahnya mengisyaratkan ku untuk duduk disebelahnya. Aku pun bergegas duduk di situ.
(Auntie Balkis adalah seorang usahawan ternama, dan bergelar Datuk Seri, aku tak pasti suami Auntie Balkis juga mempunyai gelaran atau tidak. Auntie Balkis seorang yang tidak sombong dan mempunyai hati yang baik. Dia mempunyai sepasang anak dan berniat menjodohkan anaknya denganku. Ini membuatkan rakan model yang lain menyimpan dendam denganku.)
"Auntie semakin lama semakin muda..... kalah Ada macam ni" kataku bercanda
"Nanti auntie turunkan kepada menantu auntie, jangan bimbang" jawabnya sambil ketawa
Keramaian di situ turut ketawa, ada yang ketawa sesungguhnya dan ada yang ketawa dengan kepalsuan hanya hati masing-masing tahu.