LEVI MATEO

1263 Words
Levi mundar mandir di ruang pejabatnya. Dalam kepalanya hanya Kiera Emily Joshua. Selepas sedar dari koma akibat kemalangan,sikap isterinya itu benar benar berubah 100% Pandangan wanita itu terhadapnya sangat kosong! Pandangan yang tanpa sedikit pun rasa cinta. Sikap dingin wanita itu juga membuatkan Levi merasa serba tak kena. Kiera Emily Joshua bukan lagi seperti sebelum ini,yang terkejar kejar tergila gilakan Levi. "What happen to me??" Levi mengaup wajahnya dan menghembus nafas berat. Pintu pejabat tiba tiba diketuk. "Masuk" arah Levi Dan pandangan matanya tertumpu ke arah sosok tubuh yg baru melangkah masuk ke ruangan pejabat. Levi terkaku melihat Kiera. Wanita itu terlihat sangat menawan dengan dress paras lutut warna peach,makeup tipis korean look, dan rambutnya dibiarkan terurai. Cantik sangat sangat!! Pertama kali Levi melihat kecantikkan isterinya yang sebenar. Sebelum ini,Kiera sangat tidak reti bagaimana nak bermakeup,nak berdressing nak berlawa lawa.. Walaupun dia anak orang kaya.Semua gara gara sepupunya Viana yang sengaja merosakkan imej Kiera. Disuruhnya Kiera makeup tebal tebal dan berpakaian seksi yang menjolok mata.Levi suka wanita yang makeup tebal dan seksi kata Viana. Kiera yang lurus bendul hanya menurut. Viana yang diam diam menaruh hati terhadap Levi perlahan lahan merosakkan imej Kiera,hingga membuatkan semua orang mengata dan mengeji Kiera.Levi juga semakin bertambah benci dengan Kiera kerana dia mengganggap wanita itu suka bersosial. Kiera duduk disofa . Levi duduk di depan Kiera.Menatap wajah isterinya itu tanpa berkedip. "Aku dah sign surat cerai ni,tinggal sign kau lagi," Kiera meletakkan envelope di atas meja. Levi mencapai envelope tersebut dan mengeluarkan dokumen surat cerai. Bahagian tandatangan Kiera sudah terisi.Tinggal bahagiannya lagi masih kosong. Levi menarik nafas berat. Kenapa tiba tiba dia merasa seperti tidak ingin mahu bercerai dengan wanita ini. Sebelumnya,dia nak sangat berpisah dengan Kiera.Bukan disebabkan ada wanita lain,tapi sebab dia rasa bosan dan muak dengan sikap Kiera yang terlalu obses dengan dirinya. "Aku akan sign..nanti.."' Kiera mengerutkan dahi mendengar kata kata Levi. "Masa aku kat hospital,kau tak sabar sabar nak bercerai..sekarang boleh pula tangguh?" Sindir Kiera.Levi mendehem.Terasa tekaknya kering. "Suka hati aku la bila nak sign,kau datang sini naik apa?" Levi mengubah topik. "Naik teksi la,kereta aku kan total lost.." "Kau dah keluar hospital kan? Balik rumah lah kalau dah sihat," Kiera tersengih.Apa kena dengan mamat ni..tiba tiba tunjuk caring.. "Aku akan tinggal dengan Ariana,buat apa aku balik rumah kau lagi,kita kan nak cerai," "What?Buat apa tinggal dengan kawan kau tu? Kita kan ada rumah sendiri??!!" "Maaf lah Levi Mateo,rumah tu rumah kau..bukan rumah aku.Lagipun kita dah nak cerai!", Kiera bersuara sedikit keras.Geram pula dia dengan sikap Levi. "Tapi kau still my wife!Kau kena balik ke rumah suami kau!"Levi tidak mau mengalah. "Lepas semua yang aku lalui ni,kau ingat aku nak balik ke rumah tu? Levi Mateo,kau dengar apa aku nak cakap ni", Kiera menarik nafas perlahan sebelum meneruskan kata kata.Dia berusaha mengumpulkan Segala kekuatan dalam dirinya. "Aku tak akan minta sesen pun lepas kita bercerai..aku hanya nak berpisah dengan kau dan mulakan hidup aku" "Aku nak lupakan kau,aku berhak punya kehidupan yang lebih baik,aku nak someone yang lebih Menghargai aku..bukan seperti kau Levi!!" "I lost my baby,..i lost my baby Levi!! Kau sikit pun tak hiraukan aku masa koma dan keguguran! Kau tau tak betapa aku sangat bencikan kau sekarang ni??" Keluar air mata Kiera.Dia sudah tidak mampu menahan kesakitan yang dipendam.Rasa sedih,kecewa dan sakit hatinya terhadap Levi. Levi sudah tidak mampu mengeluarkan kata kata.Entah kenapa dia merasa sangat sakit hati Bila Kiera ungkapkan betapa dia membenci dirinya sekarang. No..aku tak nak dia tinggalkan aku..hati kecil Levi berbisik. Tak sedar,Levi menarik Kiera dalam pelukannya. Kiera melangkah masuk ke rumah banglo besar yang terletak di atas bukit. Dia dan Levi tinggal berdua dalam rumah ni sebelum ini. Levi menurut dari belakang. Atas campur tangan ayahnya Richard Mateo,baru la Kiera bersetuju untuk balik ke rumah ini. Levi menghembus nafas lega. Tanpa mempedulikan suaminya,Kiera terus menuju ke kamarnya Bilik dia dan Levi memang berasingan. Sebelum ini,Kiera selalu memohon kepada Levi supaya benarkan dia tidur dalam kamar Levi.Namun Levi keras keras Menolak permintaan Kiera.Dia lebih selesa tidur berasingan dengan isterinya. Levi ikut melangkah masuk ke kamar Kiera. Terkejut Kiera,tiba tiba Levi sudah berdiri disebelahnya.Dalam kamarnya.Tidak pernah sekali pun lelaki itu Masuk ke kamarnya sebelum ini. "Kau buat apa disini?" Levi tersengih.Dia sendiri pun tidak sedar dia masuk ke kamar Kiera. "Saja la nak tengok bilik kau ni,..kau..nak tidur sini? Tak nak ke kamar utama?" Kamar Levi ialah kamar utama. Kiera memandang Levi,dengan pandangan yang terpaling dingin. "NO,aku tak nak..and please go.. aku nak rehat," Kiera menolak tubuh Levi keluar bilik dan menguncinya dari dalam. Levi hanya terkesima.Blurr.. Kiera memang betul betul berubah. Perasaannya terhadap Levi benar benar sudah hilang. Levi berlalu menuju ke kamar utama. Dia sendiri pun tidak mengerti perasaannya sekarang ini.Semuanya bercampur aduk Binggung.Rasa bersalah.Dan yang paling dia tak boleh sangkal ialah,dia mula jatuh hati pada isterinya. Levi menghempaskan tubuhnya ke atas tilam.dia melepaskan necktie dan membuka button baju kemejanya separuh. Memperlihatkan dadanya yg bidang. Wajah dan tubuh Kiera mula bermain dalam kotak fikiran. Kulit cerah gebu,bibir munggil yang pinkish,tinggi lampai dengan rambut hitam panjang.. Kiera memang perfect sebenarnya.Kategori cantik jelita persis model. Tapi sebelum ni kecantikan tu tertutup dengan grooming yang tidak sesuai.Dressing dan makeup yang terlalu over. Sehingga Levi pun rasa malu apabila orang orang bercakap mengenai Kiera.Malahan keluarga Kiera sendiri pun malu dengan penampilan Kiera.Semua gara gara Viana.Sepupu Kiera.Viana cemburu sangat bila Kiera berkahwin dengan Levi.Jadi dia berusaha untuk menjatuhkan Kiera. Viana juga memburuk burukkan Kiera,dengan mengatakan Kiera pregnant anak lelaki lain,sehingga Membuatkan Levi dan seluruh keluarga Kiera membenci wanita itu dan memulaukannya. Kerana fitnah itu la Kiera kemalangan,sehingga koma dan keguguran.Dan tiada seorang pun ahli keluarga pihak Kiera dan juga Levi datang melawatnya di hospital.Kecuali bapa mertuanya,Richard Mateo yang sudah menganggap Kiera bagaikan anak kandungnya sendiri. Levi menelan liur. Hati dan mindanya tidak keruan. Dia tidak henti henti memikirkan Kiera. Adakah aku jatuh cinta?? Bisik hatinya. Levi memicit kepalanya sambil mengerutkan dahi. Beberapa hari ini Levi tidak melihat kelibat Kiera.Seolah olah wanita itu sengaja mahu mengelak dari bertemu dengannya.Levi mengetap bibir.Rasa rindu pula dia terhadap isterinya. Ding!bunyi notification dari phone Kiera. Kiera melihat sekilas,chat dari Levi.Dia tidak membuka chat tersebut dan meletakkan phone nya ke atas tilam. Dia kembali menyambung kerjanya. Ding!Phone nya berbunyi lagi. Ding!Ding!Ding!Ding! Bertalu talu chat masuk. Sambil merungut,Kiera mencapai phone dan membuka chatnya Levi>Dinner with me Levi>Dinner with me now! Levi>Turun sekarang or aku call dad bagitau yang menantu kesayangan dia ni tak jaga makan terperap dalam bilik ja", Kiera mendegus,geram dengan Levi.Dia akhirnya melangkah keluar bilik dan menuju ke ruang makan di tingkat bawah. Levi menelan liur apabila melihat Kiera yang datang ke ruang makan dengan hanya memakai baju tidur satin berwarna hitam.Bahagian dadanya agak terdedah,dan kulitnya yang putih mulus itu membuatkan Levi tidak berkelip memandang ke arah itu. Kiera duduk tidak jauh dari Levi,dan terus menyantap hidangan makan malam yang sudah tersedia di atas meja tanpa mempedulikan Levi. Kenapa sekarang dia nampak cantik sangat?bisik hati Levi. Entah berapa lama dia hanya memerhatikan Kiera.Dan dia tersentak bila wanita itu tiba tiba berdiri.Ternyata Kiera sudah selesai makan malamnya. Tanpa berkata apa apa,Kiera melangkah berlalu dari situ.Dan tanpa disangka sangka Levi tiba tiba mencapai lengan Kiera dengan pantas.Segalanya berlaku diluar kawalan Levi. Terkejut Kiera bila dia tiba tiba berada dalam pelukan lelaki itu. Pandangan mereka bersatu.Wajah tampan Levi,yang menjadi kegilaan ramai wanita itu berada dekat sangat dengan wajah Kiera. "Apa kau nak," Kiera bersuara perlahan.Semakin erat pula pelukan Levi. "Aku..aku nak.." bibir Levi makin mendekati bibir Kiera. Wajah dan tubuh wanita ini benar benar membuatkan Levi tergoda. Hampir saja bibir mereka bersentuhan,satu suara tiba tiba memecahkan suasana. "Hey bro!" Levi dan Kiera serentak menoleh ke arah suara tersebut.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD