KIERA EMILY JOSHUA
[Bab 1]
Kiera memandang ke luar tingkap wad.
Sudah sebulan berlalu sejak dia accident hingga menyebabkan dia mengalami keguguran, dan terlantar koma hampir selama 2 minggu.
Kiera mengetap bibir.
Kata Ariana, sepanjang tempoh Kiera koma, hanya bapa mertuanya Richard Mateo saja yang datang melawat hampir setiap hari. Ahli keluarganya pula satu pun tiada yang datang melawat. Termasuklah suaminya, Levi Mateo..
Kata Ariana lagi, setelah itu bapa mertuanya terpaksa ke luar negara kerana harus menjalani rawatan sakit jantung. Jadi hanya Ariana saja yang setia menemani Kiera selama dia terlantar koma di hospital.
Kiera menatap wajah Ariana di depannya. Ariana satu satunya sahabat baiknya sejak dari bangku sekolah rendah hingga sekarang. Sahabatnya itu sanggup mengenepikan semua urusan kerjanya demi menjaga Kiera di hospital.
"Babe..melamun kah?" tanya Ariana, sambil dia menghulurkan potongan epal dan limau manis di piring kecil ke arah Kiera.
"Aku hanya berfikir babe..Duduk lama dalam hospital ni betul betul membosankan..Aku tak sabar mahu keluar dari sini," ucap kiera sambil tersenyum pada Ariana.
Ariana merasa agak sedikit hairan.Sebab setelah Kiera sedar dari koma, dia sedikit pun tak pernah bercakap mengenai suaminya,..atau bertanyakan perihal suaminya. Padahal sebelum ini Kiera la yang paling bersemangat dan teruja apabila bercerita mengenai suami tercintanya itu. Boleh di katakan, Kiera itu sangat sangat obses terhadap suaminya.
Tapi sekarang ini, Kiera seolah olah melupakan suaminya.. Ariana masih ingat sewaktu doktor memberitahu kepada Kiera mengenai kegugurannya. Raut wajah Kiera kelihatan sangat tenang dan biasa pada waktu itu..Bagaikan tiada emosi..padahal Ariana tahu yang Kiera sangat inginkan kelahiran anak yang dikandungnya itu.
"Kau mau minum babe?" tanya Ariana lembut. Kiera mengangguk perlahan. Namun sejurus kemudian Kiera bergerak perlahan berdiri dari katil.
"It's ok babe..aku boleh ambil sendiri.." katanya sambil menuju ke meja sebelah katilnya.
Ariana hanya melihat sahabatnya itu bergerak lemah. Kiera menuangkan air ke dalam gelas dan meminumnya perlahan. Saat dia meneguk air itu, terasa perutnya sakit bagaikan dicucuk cucuk. Gelas yang dipegangnya jatuh terhempas ke lantai dan pecah.
"Kiera!" jerit Ariana terkejut. Dia cepat cepat menangkap tubuh longlai Kiera yang hampir terjatuh.
"Kau rehat saja babe, biar aku ambilkan kau air..Mau apa apa, bagitau aku,' kata Ariana dengan jari telunjuknya. Kiera tersenyum. Dia tahu bila Ariana berbicara seperti itu,maksudnya jangan ingkar.
Kiera kembali merebahkan tubuhnya di atas katil.
Ariana menuang air dan menyerahkannya kepada Kiera, dan kemudian memanggil petugas untuk membersihkan serpihan kaca gelas dan air tumpah. Kiera hanya memerhati diam diam.
Ariana, sahabat baik yang sangat dipercayainya. Kiera rasa beruntung memiliki sahabat seperti Ariana yang selalu bersamanya saat susah senang.
"Thanks babe,.." ucap Kiera. Ariana tersenyum lembut dan memandang Kiera.
"Kita kan bff..kalau aku ditimpa kecelakaan,mesti kau pun akan buat perkara yang sama.. kan?," kata Ariana. Kiera tertawa kecil.
" Of course babe,..nasib kau perempuan..kalau lelaki,aku mau kau jadi boyfriend aku ," ujar Kiera sambil ketawa. Ariana turut ketawa.
Dan pada saat itu, pintu wad terbuka. Seorang lelaki tampan dengan susuk tubuh yang agak tinggi lampai melangkah masuk. Pandangan Ariana dan Kiera tertumpu sebentar ke arah pelawat tersebut. Lelaki itu membuka kaca mata hitamnya.
Ariana perlahan lahan melirik ke arah Kiera. Dia agak terkejut apabila melihat respon sahabatnya itu. Kiera kelihatan seperti biasa dan tidak mempedulikan kehadiran lelaki tampan itu sebaliknya dia mencapai buah limau dari piring yang berada di tepi katil dan menjamah buah itu perlahan lahan.
"Erm..manis limau ni babe..mana kau beli? " selamba Kiera berkata kata. Ekspresi wajahnya juga tidak berubah.
Ariana blur seketika.
" Er..anu..aku beli di kedai buah dekat area rumah aku..kau mau lagi? Nanti next time aku kasih belikan kau la.." kata Ariana sambil melirik lirik ke arah lelaki tampan itu.
Levi Mateo mengerutkan dahinya.
Sangkanya, isterinya itu akan berlari meluru ke arahnya ataupun memeluk ciumnya seperti kebiasaan. Ini jelas sekali Kiera seolah olah tidak memperdulikan kehadirannya. Malahan memilih limau itu berbanding dirinya! Adakah ianya norma baharu?
Levi tersenyum sinis akhirnya. Mungkinkah isterinya itu berpura pura untuk tidak mengendahkannya semata mata hanya untuk menarik perhatian dirinya? Cehh..wanita bodoh..getus hati Levi.
Dia menghampiri katil Kiera.
" Nampaknya, aku tidak perlu pun bimbangkan kau..Dah keguguran pun masih gembira ketawa disini " sindir Levi.
" Owh? sememangnya kau pernah bimbangkan aku?" pantas Kiera menjawab.
Levi terkaku mendengar kata kata Kiera. Dia tidak menyangka Kiera akan membalas balik perkataannya. Yang lebih membuatkan dia terkejut ialah pandangan Kiera terhadapnya. Pandangan itu sangat dingin. Bukan seperti sebelumnya..pandangan Kiera terhadapnya penuh dengan tatapan memuja yang hangat dan penuh rasa cinta.
Levi ketawa. Ketawa yang dipaksa paksa.
" Memang aku selalu bimbang dan risau kan kau Kiera..Risau kau akan buat hal seperti yang sebelum sebelum ni..Memalukan aku, dan memalukan keluarga kau sendiri! Kau kemalangan hingga keguguran ni pun sebab perangai bodoh kau tu kan " sinis suara Levi.
"Levi!! kau sudah melampau lah!" teriak Ariana. Mahu saja dia menampar mulut lancang lelaki itu.
" Kau diam la! Jangan menyibuk hal orang! Urus hal kau sendiri!" herdik Levi. Dia menatap Ariana dengan garang.
Kiera menyentuh tangan Ariana lembut.
"Its ok babe..Boleh tinggalkan kami berdua kejap?.." ujar Kiera sambil tersenyum. Ariana mengeluh berat.
"Jika dia sakiti kau, aku tak akan berdiam diri kali ni," ucap Ariana sambil melirik Levi dengan sorot mata penuh kebencian sebelum dia melangkah pergi meninggalkan ruangan wad itu.
Levi kembali memandang Kiera yang sedang membuka kulit limau manis.
" Kawan kau tu sangat menjengkelkan!" getus Levi. Kiera tertawa.
"Bukan kah semua hal yang berkaitan dengan aku itu menjengkelkan bagi kau Levi? Straight to the point, apa hal kau datang hari ini? Aku fikir, kau sudah lupa yang kau mempunyai seorang isteri.." kata Kiera, sambil memasukkan sepotong limau ke dalam mulutnya.Kali ini,nada suaranya kedengaran agak tegas.Sorot matanya semakin dingin menatap Levi.
Levi baru tersedar dan teringat akan tujuan asalnya datang ke situ. Dia kemudiannya melemparkan envelope coklat ke arah Kiera dan mengenai piring yang berisi buah limau manis. Buah limau itu terjatuh dan bergulik di atas lantai.
" Itu adalah surat cerai, sign it! " ujar Levi dengan nada dingin.
Kiera menatap buah limau yang tergolek atas lantai. Dia kemudiannya bergerak perlahan turun dari katil dan memungut buah limau itu. Levi mengamati gerak geri Kiera dalam diam. Tubuh isterinya itu kelihatan agak kurus.
"Walaupun aku amat menyukai buah limau ini, tapi jika ianya sudah kotor..aku tidak akan teragak agak untuk membuangnya ke dalam tong sampah!" ucap Kiera perlahan lalu melemparkan limau itu ke dalam tong sampah.
Levi agak terasa dengan perkataan Kiera. Dia menatap wajah polos isterinya. Baru dia perasan, wajah Kiera yang tanpa make up itu menarik perhatiannya.Terserlah kecantikan asli wajah isterinya. Levi menelan liur.
Kiera mencapai sampul coklat berisi dokumen surat cerai tersebut.
"Aku akan sign surat ni..peguam aku akan hubungi kau nanti,"
Levi tersentak mendengar apa yang baru keluar dari mulut Kiera.
Betul kah apa yang dia baru dengar? Kenapa wanita itu membuat keputusan tanpa berfikir panjang?
Kenapa wanita itu tidak membuat drama dengan memujuk rayunya supaya dia tidak akan diceraikan dan ditinggalkan?
Sebelum ini.. Kiera bagaikan bayang bayang Levi.
Kiera sangat takut kehilangan suaminya itu.Sangat takut ditinggalkan.
Kerana Levi ialah cinta pertamanya.Maka dia sangat terobsesi dengan lelaki tampan itu.
Namun Levi tidak mempunyai perasaan yang sama seperti Kiera.
Dia mengahwini wanita itu disebabkan permintaan Tuan Richard Mateo,ayahnya.
Demi untuk membalas jasa sebuah nyawa,Levi akur untuk berkahwin dengan Kiera Emily Joshua.
Sepanjang perkahwinan mereka,Levi menunjukkan role seorang suami yang sempurna dihadapan semua orang.
Namun ketika bersama Kiera,Levi menunjukkan sikap sebenarnya.
Kiera tau betapa Levi membencinya dan mengahwininya tanpa rasa cinta.
Sikap dingin Levi terhadapnya sedikit pun tidak membuatkan Kiera dari berhenti mencintai Levi.
Kerana Kiera sudah menganggap Levi adalah segala galanya.Segala galanya sudah diberikan kepada Levi Mateo.
Termasuk harga dirinya..