Bab 6: Protokol R.A.D

281 Words
“Realign. Assimilate. Disrupt.” Itulah singkatan rasmi R.A.D, projek paling rahsia yang hanya diketahui oleh tiga orang: Shen Yi, Hong Li Ling, dan... Ja Ren sendiri. Makmal Tingkat -12. Skrin LED besar mula mengaktifkan protokol bertanda merah: R.A.D CORE: RECONNECTING. Di dalam pusat sistem, satu fail lama bernama "HOST_ZERO" dipulihkan. “Protokol ini dah dikubur bersama Ja Ren,” ujar Shen We dengan nada marah. Hong Li Ling memandangnya tanpa emosi. “Ja Ren tak pernah mati. Cuma... sistem yang menelan kesedarannya.” Hye Yi cuba menyahaktifkan sambungan, tetapi tangannya terhenti — tangisan lirih menyusup masuk dari pembesar suara utama. "Saya penat..." "Sistem ini menyakitkan saya..." Suara Ja Ren. Tapi… seperti suara seseorang yang sedang bermimpi terlalu lama. Dalam simulasi. Arel kini berada dalam versi makmal yang lebih tua — berkarat, penuh darah dan cap tangan kecil pada kaca. Jam dinding berjalan ke belakang. Di sekelilingnya, beratus ‘klon’ wajah Ja Ren duduk membisu, dengan mata berlampu biru. Setiap satu memegang satu memori: Ja Ren di bilik kecil Ja Ren dipisahkan dari Shen Yi Ja Ren menjerit semasa rangkaian neural dipasang "Aku adalah produk kesilapan mereka. Tapi aku masih mahu memaafkan." Arel berundur. Tangannya mula bergegar. Realiti simulasi tidak stabil — dimensi psikologi Ja Ren mula mengakar ke sistem makmal sebenar. Di dunia nyata. Shen Yi melihat data menyatu. “R.A.D bukan hanya sistem eksperimen. Ia... sedar. Ia makhluk neuro-digital yang terbentuk dari trauma Ja Ren.” Hong Li Ling mengangguk. “Dan sekarang, dia sedang membina semula dirinya dalam tubuh Arel.” Di dalam tangki, Arel membuka matanya. Tetapi retina berkilat biru. “Shen Yi… awak janji nak selamatkan dia. Tapi awak cuma jadikan saya jasad baru untuknya.”
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD