Part 1: Aku ialah Christina
Tepat jam 6 pagi, seperti biasa aku akan bangun dan membersihkan diri. Selepas berdandan aku akan mengemaskan katil ku supaya kemas dan bersih. Seterusnya aku akan ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat aku dan adik perempuan ku yang kini sedang menuntut di sekolah menengah tinggi dalam jurusan sains. Aku berharap agar adik ku dapat menyambung cita-cita ku yang musnah di tengah jalan, iaitu menjadi seorang doktor agar dapat berbakti kepada masyrakat serta menyelamatkan lebih ramai pesakit kanser. Bukan apa, aku tidak mahu insan lain merasa apa yang harus aku lalui sekarang. Dilahirkan dalam broken family, ayah ku lari meninggalkan aku dan ibu yang sedang sarat mengandungkan adik ku. Ibulah yang terpaksa berkorban banyak demi aku dan adik. Tamat sahaja aku sekolah menengah, ibu disahkan menghidapi kanser kolon tahap 4. Terduduk aku, seharian aku menangis mengenangkan nasib ibu yang koma di hospital dan kehidupan yang bakal kami tempuhi selepas ini. Hampir sebulan ibu bertarung nyawa, ibu menghembuskan nafas yang terakhir. Aku menggenggam erat tangan adik ku yang ketika itu baru sahaja berusia 13 tahun. Dendam terhadap ayah ku semakin membara.
Selepas kematian ibu,aku terpaksa mencari pekerjaan demi menyara kehidupan kami dua beranak. Mujur ibu ada insurans dan sedikit simpan dalam bank yang di mana hutang apartment yang kami duduki sekarang ini telah dilangsaikan oleh pihak syarikat insurans. Sekarang aku harus mencari wang untuk mengisi tembolok kami dan perbelanjaan persekolahan Bella. Mujur aku diterima kerja di sebuah syarikat penerbitan novel yang terletak lebih kurang 20 minit dari kediaman kecil kami. Meskipun aku tidak pernah berminat dalam bidang penulisan tetapi dek desakan hidup, aku memaksa diri ku menerima bidang ini. Mujur aku dikurniakan akal yang cekap, tak sampai sebulan aku sudah mula memahami tugasan sebagai seorang setiausaha editor. Bos ku memuji diri ku. “Bagus, tak sia-sia saya ambil awak sebagai setiausaha saya walaupun awak sekadar lepasan diploma sekolah menengah. Mana tahu suatu hari nanti awak bakal menggantikan tempat saya di sana”ujar bos sampai menunjuk ke arah kerusinya. Aku menganggukkan kepala. “Terima kasih bos” balas ku sambil tersenyum. Mujur tidak ada yang mengambil kesempatan ke atas ku, kerana aku lebih selesa solo, tidak mempunyai boyfriend. Sakit hati ku terhadap perbuatan ayah masih belum padam dan mustahil untuk aku memaafkan kesilapannya itu. Hingga ke hari ini aku tak tahu keberadaannya.
“Morning sis”sapa adik ku dari belakang. Dia memeluk tubuh ku yang jauh lebih kecil daripada saiznya. Kadangkala mereka menyangka yang aku ni adik, manakala Bella ini kakak. “Morning Bell”balas ku sambil menarik Bella ke dalam pelukan ku. “Kakak ni kurus sangat, makan lebih sikit”ujar adik ku sambil menyuap sekeping roti lagi dalam mulut ku. “Mana ada, kakak dah gemuk ni”nafi ku sedangkan aku sendiri perasan yang berat badan ku semakin susut. Mungkin penat bekerja di pejabat. Tak cukup dengan itu, hujung minggu aku akan menjadi penyambut tetamu di klinik kepunyaan bapa rakan ku. “Kakak, jangan terlalu paksa diri untuk cari duit. Kakak kena jaga diri. Adik tak mahu kehilangan kakak macam adik kehilangan ibu”pesan adik ku. Ada butiran mutiara di tubir matanya. Masuk tahun ini, sudah 3 tahun ibu meninggalkan kami, bermakna sudah 3 tahun aku menjadi tunggak kepada keluarga kami. “Hey,jangan menangis. Kakak sihat saja cuma kakak mahu kamu selesa hidup. Belajar sampai ke menara gading, dan menjadi seorang doktor”balas ku sambil mengesatkan air matanya. Adik mengucup lama tangan ku. “Adik janji yang adik akan balas jasa kakak”. Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.