Sebaik sahaja aku pulang, aku terus merebahkan badan di atas katil. Rasa mual, pening dan tidak selesa badan kembali menyerang ku. Aku berlari ke tandas dan memuntahkan segala-galanya. Tubuh ku terasa lembik dan lemah. Aku cuba bangun dan mencuci mulut, namun padangan ku menjadi kabur. Mujur aku berpaut kuat pada tombol pintu. “Akak ok tak?”panggil Bella dari luar. “Fine”jawab ku pendek dan lemah. Aku segera memulas kepala paip sinki dan berkumur-kumur. Bella menolak pintu daun dari luar. “Akak ok tak ni? You look pale. Jom pergi klinik”ajak Bella. Aku segera menggelengkan kepala. “No need. I’m fin..”. belum sempat aku menghabiskan ayat, aku sudah pun rebah ke lantai. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku dapati yang aku sedang terbaring di atas katil hospital. Aku cuba menggerakkan tangan

