“Wait, what bracelet? I took your bracelet? When?”soal Roy bingung. Aku terpempam melihat wajah Roy yang betul-betul tidak mengerti apa yang sedang aku perkatakan. “Forget it”ujar ku sambil berlalu keluar dari bangunan pejabat. Roy berlari mengejar aku dari belakang, mujur bas muncul pada waktu yang tepat. Aku segera memanjat tangga bas. Mustahil Roy akan mengejar aku hingga ke dalam bas kerana menurut Anna sepanjang dia hidup dia tak pernah melihat reka bentuk dalaman sebuah bas apatah lagi menaikinya. Terlopong mulut ku mendengar ceritanya.
Seperti memahami, konduktor bas menutup pintu bas sebaik sahaja aku melangkah naik tangga bas. Tinggallah Roy termengah-mengah di tepi jalan bersendirian. Aku terus berlalu menuju ke tempat duduk paling belakang. Air mata ku turun sekali lagi membasahi pipi. “Kalau bukan dia, siapa lelaki sial tu?”. Aku mula berasa jijik dengan diri ku sendiri. Aku membenci lelaki namun sewenang-wenangnya lelaki yang tak pernah ku kenali menjamah diri dan meragut dara ku. “Sial’gumam ku. “Siallllllllllll...............”
Continue reading