ZATRA SIRI 1
ZATRA SIRI 1
INTRO
Pedang Zatos. sebilah senjata yang diagungkan dan digeruni, namanya bergema dalam seluruh rakyat kerajaan Exzatos. Ia bukan sekadar besi yang ditempa, tetapi warisan legenda. Kononnya, pedang itu lahir daripada pengorbanan seorang pahlawan raksasa pada zaman purba, seorang pejuang yang mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan galaksi. Kekuatan terakhirnya tersemat abadi dalam pedang tersebut, menjadikannya lambang kuasa tertinggi.
Pedang Zatos dipercayai tidak akan tunduk kepada sesiapa, kecuali kepada individu yang benar-benar layak. Pedang tersebut akan memberikan kuasa istimewa dari pengguna asal pedang itu kepada yang layak menggunakanya.
Di kerajaan Exzatos, pedang itu dianggap suci dan dijaga dengan kesetiaan mutlak oleh para penjaga terpilih. Nama kerajaan itu sendiri merupakan simbol penghormatan turun-temurun terhadap Zatos, sang legenda. Menurut hikayat purba dan seorang pengkaji yang telah lama meninggal dunia, Pedang Zatos haruslah dilindungi dan dijauhkan daripada tangan-tangan yang dahagakan kuasa sehingga tiba saatnya dipilih oleh insan yang terpilih.
Pedang itu disimpan di sebalik benteng-benteng kukuh, dikawal oleh barisan askar gagah berani, tersembunyi di kawasan istana Aczodiac, kediaman utama kerajaan Exzatos.
Kerajaan Exzatos diperintah oleh Raja Vephyr, seorang pemerintah yang dihormati seluruh galaksi. Di bawah pemerintahannya, Pedang Zatos dijaga dengan penuh kesetiaan oleh para pahlawan elit.
Namun, tidak semua mempercayai jalan yang dipilih oleh kerajaan. Ada yang menganggap Exzatos semakin lemah kerana terlalu bergantung kepada legenda dan tradisi lama.
Malah, setiap pemerintahan yang kelihatan sempurna, akan sentiasa wujud pengganggu.
Musuh yang paling digeruni di seluruh galaksi dikenali sebagai Akhton atau lebih masyhur dengan gelaran Zaton. Sebuah nama yang berdiri sebagai antitesis kepada Zatos; bertentangan dari segala segi.
Zaton ialah penakluk galaksi yang memiliki lima nyawa. Puluhan planet telah jatuh ke tangannya, sama ada dimusnahkan atau ditakluk tanpa belas kasihan.
Namun, satu perkara masih menghalangnya daripada menguasai galaksi sepenuhnya.
Pedang Zatos.
Juga, setiap planet yang musnah di bawah tapak kakinya dipilih dengan teliti. Dia merampas sumber kuasa purba, bahan mentah berkualiti tinggi, dan wilayah strategik. Semuanya demi kelangsungan dan kemajuan planet asalnya yang kian nazak. Kekuatannya membuatkan dirinya menjadi banyak pengikut, hingga menghasilkan satu kerajaan, kerajaan Akhtoni. Dia menggelarkan dirinya sebagai raja kerajaan Akhtoni.
Dia tidak pernah melupakan luka masa silam. Dia hampir dibunuh oleh pemilik asal Pedang Zatos, pahlawan legenda yang kini telah lama gugur. Sejak hari itu, obsesinya terhadap pedang tersebut membara tanpa henti.
Zaton tahu satu perkara itu dengan pasti. Selagi Pedang Zatos tidak berada dalam genggamannya, Exzatos tidak akan tumbang. Namun jika dia berjaya memilikinya, malapetaka bakal berlaku di seluruh galaksi.
Kerajaan Exzatos bukan sekadar empayar galaksi. Ia adalah medan pertembungan antara kepercayaan dan realiti serta kesetiaan dan pengkhianatan.
Namun, perubahan besar kepada segala-galanya terhadap kerajaan Exzatos bermula daripada satu tragedi ganjil yang tidak dijangkakan.
Di tengah kekacauan antara bintang, lahirlah seorang insan dari tempat yang sangat berbeza. Seorang yang mempunyai impian yang besar, dan mustahil bagi tarafnya. Iaitu untuk meneroka ke seluruh dunia di luar nalar. Tanpa disedari, takdirnya jauh lebih besar daripada yang pernah dia bayangkan.
Dialah kunci kepada masa depan Exzatos.
Bab 1: Keinginan
Disebuah dunia yang besar, bulat dengan warna lautan dan daratan. Bumi.
“Baiklah semua, cikgu nak tanya. Apa yang kamu tahu tentang angkasa lepas?”
Keheningan kembali menyelimuti ruangan kelas darjah 1. Kebanyakan murid tampak bingung, namun ada juga yang memberanikan diri menjawab.
“Alien?” celetuk seorang murid perlahan.
“Roket!” timpal seorang lagi dengan semangat.
Semua murid terus bising menjawab jawapan gurunya itu.
Namun, di antara keriuhan itu, beberapa anak lelaki duduk membisu, minat mereka tampak layu.
Salah seorangya adalah Citra.
“Hhh mengarut betul lah diorang ni”
Citra, hanya termenung di tingkap sambil menahan dagunya. Melihat langit yang biru.
Tiba tiba guru berada dihadapan Citra.
“Ha, Citra? Apa jawapan kamu?” tanya cikgu, menatapnya dengan penuh harap.
Citra terkejut. Dia terus berdiri tegak.
“Aaa..Di sana ada banyak bintang dan planet. Ada planet Marikh, Zuhrah, Zuhal… Venus juga?”
“Wah, banyaknya yang awak tahu, Citra! Macam mana awak tahu semua ni?”
Cikgu tersenyum kagum.
Tiba tiba, seorang menyampuk,
“Mengarutlah.., Bukanke cuma ada matahari, bumi, dan bulan saja?”
Ujar seorang budak lelaki sinis.
Citra dah mula rasa berasa menyampah.
Citra menatap mereka dengan keyakinan yang tak tergoyahkan.
“Ish, betul lah! Ayah aku selalu bagitahu. Dia tu angkasawan, tau!”
“Eh eleh,” balas budak itu sambil tertawa kecil. “Kau pernah pergi ke sana ke? Ke semua ni just cerita dari ayah kau? Hahaha!”
Citra mengetap bibirnya, enggan mengalah.
"Ish! Aku boleh je pergi kalau aku nak!"
Seluruh kelas terdiam.
Malah cikgu sendiri memandangnya beberapa saat sebelum tersenyum kecil.
“HAHAHAHAH”
Semua orang dalam kelas bergelak ketawa. Cikgu juga hanya sedikit senyum dan menutup mulut untuk menahan ketawa.
Citra mula rasa tak senang duduk.
“Hahaha! Kalau macam tu, aku cabar kau pergi ke sana nanti!”
“Hmph! Kau ingat aku tak berani, ok, aku sahut cabaran kau!”
Citra berseru lantang, matanya berkilat-kilat menerima cabaran itu.
“Cukup, cukup,”
potong cikgu, berusaha meredakan ketegangan yang mulai terasa.
“Kita nak belajar, bukan berdebat, ya.”
Namun, hati Citra bergemuruh. Ia tahu ayahnya takkan mengizinkannya menjelajah angkasa, tetapi tekadnya telah bulat. Dia akan membuktikan janjinya kepada rakan-rakannya.
Persoalannya, mengapa dia begitu taksub untuk pergi ke sana? Hakikatnya, keinginan ini sudahpun lama dipendam sejak dia belum berumur 7 tahun lagi. Dia bukanlah ingin pergi ke sana semata mata untuk membuktikan cabaran dari rakannya sahaja, malah tujuannya lebih besar dari sekadar itu.
Sedangkan seorang budak di Bumi sedang memasang impian untuk menjejakkan kaki ke angkasa, di hujung galaksi yang jauh, seseorang sedang merancang untuk menakluknya.
Jauh beribu-ribu bintang dari Bumi...
Di kedalaman kapal angkasa yang kelam, hanya kilatan api yang menari-nari di sekeliling, selimut asap menyelimuti segalanya.
Zaton, berdiri tegak di hadapan barisan tenteranya. Matanya membara merah, memancarkan keyakinan yang dingin. Semua tenteranya berbentuk makhluk asing dengan pelbagai bentuk fizikal, ada yang berbadan serangga, haiwan dan sebagainya bersama pakaian perisai tempur. Zaton, juga merupakan makhluk asing yang kelihatan seperti orang yang berbadan tegap, bewarna ungu gelap, bermata empat bercahaya, tiada mulut dan mempunyai 4 tanduk pendek.
Dengan adanya kuasa yang kuat, serta kekebalan nyawanya yang banyak, dialah ketua bagi semua tentera tentera tersebut. Bukan sahaja itu, dia juga ketua dari kerajaan yang direkanya sendiri iaitu kerajaan Akhtoni. Penjajahanya sangat kejam, di kerajaan tersebut hanya mempunyai tentera lelaki dan dirinya sebagai raja.
“Kita telah menawan banyak planet! Tetapi planet Zodiac… mereka fikir mereka masih selamat dengan sebilah pedang itu.”
Suaranya bergetar dengan dendam yang membara.
Salah seorang tenteranya melangkah ke hadapan.
"Tuanku, apakah arahan seterusnya?"
Zaton memandangnya tajam.
"Arahan?"
Dia menggenggam penumbuk.
Pedang itu tetap akan menjadi milikku, tak kira apa pun halangan.” Zaton menyeringai sinis.
Planet Zodiac memang sulit ditakluki. pertahanan kerajaan Exzatos disitu amat kuat, dan barisan pahlawannya gagah berani, terutama seorang yang dikatakan pahlawan kuat di sana dan dikenali sebagai “Pedang Lincah”.
Namun, ada satu hal yang terus mengusik Zaton. Aura kekuatan pedang Zatos seolah menghantuinya dalam fikiran setiap kali ia ingin menyerang. Zaton tahu, pedang itu berasal dari pahlawan raksasa legenda yang hampir merenggut nyawanya di masa remajanya. Kisah silam itulah yang sering mengganggu dirinya. Dan kini, Setelah penyelidikan yang panjang, ia akhirnya mengetahui asal-usul pedang itu dan bertambah yakin.
“Selama ini mereka jaga pedang tu seolah-olah ia suci… seolah-olah ia milik para dewa, hari hari membuang masa macam anjing” bisiknya sendiri, nadanya seakan cemburu, seakan kecewa.
“Kuasa pedang itu... mampu membelah dunia, bahkan mampu mengubah arah takdir. Kuasa istimewa itu harus digunakan sebelum kewujudannya tiada makna!. Tapi mereka sembunyikannya di tempat yang bahkan sejarah pun takut menyentuh,” gumamnya.
“Bersedia untuk langkah yang lebih maut!, Kuasa pedang itu akan diambil oleh aku tidak kira apa jua halangan! Zodiac akan bertekuk lutut. Tiada lagi adat kuno bodoh itu lagi!
KALI INI AKU NAK KAMU SEMUA SERANG TANPA BELAS KASIHAN!, TIADA LAGI ISTILAH RASA TAKUT DAN TAKNAK MATI! KELAHIRAN KAMU SEMUA HANYA DILAHIRKAN UNTUK BERPERANG DAN MENYERANG!
JIKA AKU DAPAT TAHU TIADA SETITIS DARAH PUN PADA ANTARA TUBUH KALIAN, AKAN AKU KELUARKAN BERLIMPAH LIMPAH LAGI DARAH SEHINGGA KAU MATI!”
“ BAIK TUANKU!! MENDUNIA TUANKU!!”
Bergema ruang kapal tersebut oleh raungan tentera tentera Zaton.
Keinginan Zaton membuncah dan ia ingin merampas kekuatan pedang itu untuk dirinya sendiri. Sudah tiada lagi rasa gelisah dan takut dalam dirinya untuk merampas jantung kerajaan Exzatos itu.
Bab 2: Berita
Di wilayah kerajaan Exzatos, terletak di planet Zodiac.
Planet Zodiac ialah dunia asing yang dipenuhi gunung gergasi, sungai kristal dan langit neon yang dihiasi nebula berputar. Permukaan juga merupakan pasir yang sangat jernih seolah pasir pantai yang kering.
Di celah pegunungannya berdiri Balai Pengawal Diraja Exzatos.
Sebuah balai pengawal kerajaan Exzatos, keheningan terasa mencekam. Komander Volcano, seorang lelaki bertubuh kekar dengan wajah tegas yang dihiasi bekas luka bersilang, menerima laporan penting dari salah seorang pengintip angkasa bawahannya.
“Komander, berita bahaya!”
“Hmm?” sahut Volcano singkat, keningnya terangkat.
“Lokasi pedang Zatos telah bocor!!”
Dia menyambung, “Zaton dan tenteranya kini sedang dalam perjalanan ke sini!”
Volcano menghembuskan asap rokoknya hingga habis. Jemarinya mencengkeram erat hulu pedangnya, menarik nafas dalam-dalam. Rahangnya mengeras, pertanda bahaya yang tak terhindarkan.
“Ini perkara buruk. Ayuh!!”
Benteng perlindungan pedang Zatos, yang selama ini dianggap aman, kini telah diketahui oleh Zaton dan pasukannya secara tiba-tiba. Tanpa membuang waktu, Volcano melangkah cepat meninggalkan balai pengawal untuk bertemu Raja.
Di Istana Aczodiac, semua pembinaan diraja disana bewarna emas keputihan dan kelihatan seperti kaca kuning yang berkilau, semua puncak menara tajam dan berkilau, melambangkan keagungan dan kecerahan kuasa dan rakyat rakyat di sana. Bereplika seperti kristal yang simetri dan bergeomeri.
Di balairung Libra, ruang utama di dalam istana Aczodiac, dipenuhi wajah-wajah yang tegang dan risau. Raja Vephyr, penguasa kerajaan Exzatos, duduk di atas singgasana emasnya yang megah, dikelilingi oleh para penasihat diraja, jeneral perang, dan para penjaga istana yang setia. Bentuk fizikal penduduk di situ lebih kurang saja dengan manusia, namun penuh dengan darah keturunan asing.
Pintu besar balairung terbuka dengan derit perlahan. Dinding balairung dihiasi ukiran-ukiran bercahaya yang menceritakan sejarah dan kejayaan kerajaan Exzatos.
Komander Volcano melangkah masuk dengan langkah tergesa-gesa, lalu berlutut di hadapan Raja Vephyr, kepalanya tertunduk dalam hormat.
“Ampun Tuanku,” Volcano memulai, suaranya berat dengan keprihatinan yang mendalam.
“Berita genting! Lokasi pedang Zatos telah diketahui oleh Zaton. Kapal-kapal mereka akan datang ke planet kita!”
Vephyr bangkit dari singgasana nya, matanya yang tajam menyapu seluruh balairung, mencari jawapan di wajah-wajah yang gelisah.
“ Hm, nampaknya ini bukanlah hanya khabar angin. Tak kusangka perkara sepenting ini boleh bocor secara bodoh bodoh, Tak lain tak bukan pasti ada pengkhianat!! Siapa pengkhianat ini?!!”
“Belum dapat dipastikan, Tuanku, Namun, pengintip kita melaporkan Zaton dan tenteranya sedang merancang serangan ke kawasan benteng jagaan pedang kita!”
Vephyr memejamkan matanya sejenak, mencuba menenangkan gejolak dalam dirinya, sebelum akhirnya bersuara dengan nada yang penuh keyakinan.
“Hanzomi! Datang ke hadapan!”
Seorang lelaki bertubuh tegap dengan jubah biru gelap melangkah maju dari barisan para penjaga. Dia merupakan seorang Bekas penjaga Pedang Zatos yang paling dipercayai kerajaan. Berusia sekitar enam puluh tahun namun tampak awet muda, dengan misai dan janggut putih lurus yang menambah wibawanya. Kini dia merupakan sebahagian daripada pahlawan elit kerajaan itu.
Dia terus berlutut hormat di hadapan Raja.
“Ampun Tuanku,” katanya, suaranya tenang namun penuh kesetiaan. “Patik menunggu titah Tuanku.”
Vephyr menatapnya dengan kepercayaan penuh.
“ Buat masa sekarang kita perlu fokus pada pertahanan, Aku serahkan tanggungjawab ini kepada kau. Pastikan pedang itu tidak jatuh ke tangan musuh, walau dengan apa cara sekalipun!”
Hanzomi, dengan kemahiran pedangnya yang hebat, adalah pilihan terbaik untuk tugas yang sangat krusial ini.
“Patik akan melakukan segala yang termampu, Tuanku,” jawab Hanzomi dengan tekad membara di matanya.
Hanzomi menyambung,
“Namun, patik mohon izin bertanya, Adakah patik benar-benar tidak akan menentang Zaton secara terus?”
Penasihat Aldar, seorang lelaki tua dengan janggut panjang yang menjuntai, melangkah ke hadapan.
“Hanzomi, kita tidak boleh bertindak terburu-buru. Kuasa Zaton terlalu besar, dan kekuatan tenteranya mungkin semakin bertambah. Keselamatan pedang itu adalah keutamaan kita.”
Namun, Jeneral Tsunamo, seorang lelaki bertubuh gempal dengan suara yang menggelegar, segera menyela dengan nada tidak setuju.
“Tuanku, dengan segala hormat, jika Hanzomi hanya melarikan pedang ini secara senyap, Zaton akan tetap menyerang kita. Lebih baik kita…”
“Cukup!”
Raja Vephyr mengangkat tangannya, memaksa semua yang hadir untuk membungkam.
“ Lebih baik kalian bertengkar pedang dari bertengkar lidah!. Aku faham kerisaun kalian. Dengar, keputusan telah dibuat dari dalam benakku. Hanzomi akan membawa pedang Zatos ke tempat yang selamat, sementara kita mempersiapkan pasukan kita untuk bertahan.”
Volcano segera menyahut dengan nada hormat.
“Ampun Tuanku, jika itu keputusan baginda, patik akan mengerahkan semua pengintip dan pasukan pertahanan untuk mengalihkan perhatian Zaton daripada Hanzomi.”
Hanzomi menatap Raja Vephyr dengan tekad membara.
Raja Vephyr mengarahkan dengan suara yang penuh wibawa,
“Penasihat Aldar, pastikan seluruh rakyat tahu untuk berlindung. Jeneral Tsunamo, persiapkan barisan tentera kita. Komander Volcano, pantau setiap pergerakan musuh. Kita akan mempertahankan planet ini, walau apa sekalipun!”
“DAULAT TUANKU!”
Semua yang hadir berseru serentak, suara mereka bergema di seluruh Balairung Libra, sebuah janji setia untuk melindungi kerajaan mereka.
Sementara itu, di Bumi.
Citra berjalan dengan langkah tegap, begnya tersandang di belakangnya. Wajahnya menunjukkan kemarahan yang tak biasa. Rakan baiknya Khalif dan Hanya saling bertukar pandang, mengikuti Citra dengan langkah yang lebih lambat.
“Oi Citra, kau ni seriuslah? Kau betul-betul nak ikut ayah kau pergi ke angkasa lepas? Ayah kau bagi ke?” tanya Khalif, nada suaranya penuh keraguan.
Tanpa menghentikan langkahnya, Citra menjawab singkat,
“Dah sah-sah tak boleh.”
“Habis tu? Kenapa kau serius sangat sampai janji pada mereka yang kau akan buktikan boleh ada kat angkasa lepas?” Hanya menyahut, matanya meneliti ekspresi wajah Citra.
Citra akhirnya menoleh, menatap kedua temannya dengan tatapan yang serius.
“Kau ingat aku main-main dengan apa yang aku cakap? Semua benda yang kita nak boleh jadi mustahil kalau kita tak berani buat.”
“Aku rasa kau dah gila.”
Kata Khalif
Hanya terus menepuk bahu Khalif.
“Dia bukan gila. Dia degil”.
Citra hanya membisu, bibirnya terkatup rapat.
“Kenapa kau nak sangat buktikan benda ni pada diorang? Penting sangatke?” tanya Hanya lagi, mencuba memahami motivasi di balik tekad Citra yang begitu kuat.
Citra menghela nafas panjang, pandangannya menerawang. “Bukan… sebenarnya aku dah lama nak buktikan benda ni pada diri aku sendiri.”
Tiba-tiba, ingatan masa lalunya menyeruak. Dirinya yang berusia enam tahun muncul dalam benaknya. Sebuah insiden kehancuran oleh serangan sedang berlaku di suatu tempat yang ramai orang lain tidak tahu. Seorang Lelaki yang berpedang dan bertopeng berada dihadapannya menghadap dari belakang melindungi Citra.
Bab 3: Perpisahan
Suasana menjadi semakin gelap. Sebuah kapal angkasa raksasa, milik Zaton, muncul membayangi matahari dan menggelapkan angkasa. Di bawahnya, sekitar dua ratus tentara Aczodiac telah bersiaga mewakili kerajaan Exzatos, melihat keatas, mengelilingi benteng pertahanan. Suasana mencekam.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Seratusan tentara Zaton keluar dari kapal, dan serangan pun dimulai dengan tembakan api yang menghujani benteng. Peperangan kecil mula berlaku.
Zaton, hanya diam memerhati suasana dari dalam cermin kapalnya.
" Hmph, mereka ingat aku bodoh?"
Sementara itu, Hanzomi, yang ditugaskan Raja untuk membawa pedang Zatos sejauh mungkin, telah meluncurkan sebuah kapal angkasa canggih. Sebenarnya, Hanzomi adalah seorang pahlawan hebat dan berpengalaman, yang dijuluki "Pedang Lincah" atau bahkan "Orang Bilah". Kehebatanya juga telah digeruni oleh banyak musuh.
Sebenarnya, Hanzomi sangat ingin menghadapi para penyerbu Zaton dengan dua bilah pedang besarnya yang disandang pada belakangnya secara menyilang. Balingan sebilah pedangnya sahaja sudah cukup untuk membunuh beberapa orang musuh. Namun dia harus mematuhi perintah Raja untuk menjauhkan pedang Zatos dari bahaya.
Dengan lincah, dia mengendalikan kapal angkasanya, melesat menjauhi planet Zodiac.
Kapal Hanzomi telah lama meninggalkan orbit Zodiac. Di sudut hatinya yang paling dalam, dia sering tertanya-tanya, siapakah sebenarnya yang benar-benar layak menggunakan pedang ini? Dia tahu, menurut legenda lama, pedang itu hanya akan bersinar terang apabila berada di tangan pemilik yang sejati.
"Sampai bila harus begini?" bisik hati Hanzomi, penuh resah dan kecewa.
Mengapa pedang Zatos tidak merestui dirinya seorang pendekar sehebat ini? Adakah kehebatannya masih belum cukup? Atau ada sesuatu yang lebih daripada sekadar kekuatan fizikal yang pedang itu cari?
Perasaan itu telah lama dipendam dalam diam. Andai sahaja Pedang Zatos telah memilih tuannya yang sah, Zaton pasti sudah lama ditewaskan dengan mudah.
Hanzomi bangkit dari kerusinya, meraih pedang Zatos yang tersimpan. Dengan hati-hati, ia mencuba mengambil kesempatan menghayun-hayunkannya perlahan, ingin merasakannya. Namun, pedang itu terasa sedikit kaku di tangannya. Pedang Zatos sangat berbeza dari dua bilah pedang yang selalu dia gunakan. Ukurannya lebih pendek berbanding dua bilah pedangnya, mungkin karenasaiz pedanya yang besar dan tubuhnya yang tinggi.
Baginya, desain pedang Zatos ini kurang ideal dari segi struktur fisik pedang yang benar. Kerana itulah, ia sangat ingin menyaksikan sendiri kemampuan pedang ini jika benar-benar direstui, seperti kisah-kisah yang sering ia dengar.
Sambil melanjutkan perjalanan, Hanzomi menetapkan tujuannya untuk menuju ke sebuah planet yang sangat jauh dari Zodiac, tidak terlalu berbahaya, dan cukup aman untuk berlindung meskipun kekurangan oksigen. Kapalnya melaju dengan kecepatan luar biasa, seolah menembus cahaya.
Di Aczodiac, bunyi tembakan mula reda, meninggalkan kesunyian yang menegangkan.
Semua tentera dari puak Zaton kalah kerana jumlah yang sikit. Sedangkan, masih ramai lagi tentera Zaton di dalam kapal yang belum leluar. Kapal Zaton sudahpun beredar.
Semua tentera Exzatos yang menang bersorak. Namun, Raja Vephyr berasa hairan. Zaton biasanya tidak akan menyerah dengan begitu mudah. Pasti ada sesuatu yang dia ingin lakukan.
Jauh ratusan bintang, di Bumi.
Citra hanya sedang diam sambil melihat pemandangan di luar tingkap kereta bersama ibu dan ayahnya. Dia hanya melihat awan yang berbagai bentuk. Salah satu bentuk kelihatan seperti pedang, menarik perhatiannya.
Sebenarnya, hari itulah hari ayahnya mula berangkat ke angkasa buat kali kelima untuk melakukan kajian. Setelah sampai, Ayahnya, Ahmad Aqra terus turun dari kereta.
"Hei Citra, Apa kamu termenung kat atas tu? jom pergi ke stesen ayah"
Citra terus turun dari kereta.
Ibunya, Amirah sedang mengambil bekalan makanan di dalam bonet kereta untuk diberi kepada Suaminya.
"Eh? mana barang-barang abang? jangan kata tertinggal pulak"
"Eh awak ni, kan abang dah cakap abang dah prepare siap-siap dah kat sana" Aqra tertawa.
" Hmm yelahh "
Mereka mula berjalan menuju masuk ke stesen kapal angkasa syarikat Aqra.
Mereka mula masuk kedalam.
Citra mula bertanya.
"Ayah, betul ke kat luar sana ada banyak lagi dunia dan hidupan yang lain?"
"Hahaha....mungkin?, tapi kalau nak tahu betul betul kita kena cuba berusaha ambil tahu, macam ayah sekarang ni, dah banyak dah ayah buat kajian dan meneroka di sana, tapi itulah, kalau nak sampai ke dunia lain tu susah...mungkinn ayah dan tim ayah kena berusaha lebih lagi kali ni."
Zitra hanya diam dengan mata yang datar.
Aqra bersiap untuk meluncur ke angkasa lepas.
Sebelum melangkah memasuki roket, Aqra memeluk erat istrinya, Amirah, dan putra kecilnya, Citra.
“Ayah janji, bila Citra besar nanti, kita akan meneroka angkasa bersama-sama,” kata Aqra sambil tersenyum lembut, mencoba menenangkan hati anaknya yang akan ditinggalkan buat sementara waktu. Ia menambahkan dengan nada ceria,
“Ha, lepas tu kita akan serang alien jahat sama-sama dan menjadi pahlawan angkasa!!”
“Hahaha… ayah janji ek…” Citra tertawa kecil.
Aqra berasa sedikit pelik kerana biasanya anaknya akan kelihatan murung atau sedih ketika dia akan meninggalkannya. Malah, dia menganggap anaknya mungkin sudah semakin membesar. Aqra hanya senyum melihat ekspresi anaknya yang gembira itu.
Setelah itu, Aqra berbalik dan melangkah menuju roket. Namun, Citra sangat tidak puas. Sebenarnya dia berasa sedikit janggal kerana terpaksa menghadapi situasinya sekarang. Dia sangat ingin ikut ayahnya menjelajahi angkasa. Dia juga ingin melihat sendiri bagaimana rasanya berada di sana. Keinginan itu telah lama bersemi di hatinya, dan semakin kuat.
Dia terpaksa memilih untuk melakukan perkara yang tidak dijangkakan. Banyak sebab yang tersirat berlaku kepadanya yang membuatkan dia memilih untuk bertindak sedemikian.
Saat Aqra telah pergi, Amirah terkejut. Keberadaan Citra menghilang begitu saja. Tanpa disedari oleh siapapun, Citra yang keras kepala telah menyelinap masuk ke dalam kapal angkasa ayahnya tanpa pengetahuan ibu dan ayahnya. Dengan diam-diam, ia mengikuti ayahnya hingga ke dalam perut roket.
“Citra…! Citra…! Mana kamu??” seru Amirah panik, mencari-cari anak kesayangannya yang tiba-tiba menghilang.
Kapal angkasa sudah mula menaik. Aqra dengan sedikit perasaan sedih kerana meninggalkan keluarganya buat sementara waktu yang berbeza. Waktu diangkasa lepas memang berbeza jika dibandingkan dengan waktu di bumi kerana masa dibumi lebih pantas. Jadi, agak lamalah jika keluarganya menunggu dia pulang. Dia berharap agar keluarganya aman dan selamat tanpa keberadaanya. Namun, Isterinya penuh dengan perasaan panik dan risau. Semasa roket mula menaik, Citra yang berada dalam kapal roket itu berasa sangat teruja dan takut. Dia tidak menyangka dia dapat melakukan sedemikian.
Kapal sudah mula meraih di angkasa lepas, Aqra dan timnya menjalankan tugas masing-masing di dalam kapal. Tiba-tiba, mereka dikejutkan oleh penampakan sesuatu yang asing di layar monitor.
Jauh berpuluh-puluh bintang dari Bumi,
Hanzomi masih dalam perjalanan membawa pedang Exzatos ke tempat yang aman. Setelah beberapa jam berlalu, ia menghentikan kapalnya sejenak. Ia yakin planet yang telah ia lihat dari kejauhan itu cukup aman – Marikh.
Namun, sebelum mencapai Marikh, matanya tertumpu pada sebuah planet berwarna biru dan sedikit kehijauan, berukuran dua kali lebih besar dari planet Zodiac. Pemandangan yang sangat memukau. Hanzomi menikmati keindahan planet itu. Itulah planet Bumi.
Di kapal Aqra,
Salah seorang anggota tim bertanya dengan nada bingung,
“Apa itu? Kapal angkasa dengan reka bentuk pelik… jangan jangan tu milik alien?”
Aqra menjawab dengan hati-hati, “Mungkin. Tetapi kita harus berhati-hati. Ini bukan tempat untuk kita masuk campur.”
Bab 4: Pertemuan
Citra, yang bersembunyi di suatu sudut kapal, terkejut mendengar percakapan itu. Ia tidak menyangka bahwa andaiannya iaitu alien benar-benar ada.
Rupanya, kapal angkasa itu milik Zaton. Kapal yang sangat besar dan gelap dengan reka bentuk yang pelik dan menakutkan.
Sementara itu, Hanzomi dikejutkan oleh suara gemuruh kapal besar yang jauh dari hadapan. Sudah jelas, kapal Zaton akhirnya berhasil menemukan kapal Hanzomi.
Zaton telah tahu bahawa pedang zatos ada padanya kerana diberitahu oleh seorang pembelot dari kerajaan Exzatos tentang perancangan raja Vephyr dari awal hingga akhir. Dia juga tidak merasakan aura kewujudan pedang itu di Benteng pertahanan Pedang Zatos dan terus mengejar kapal Hanzomi diangkasa lepas dengan bantuan sistem radar pada sebelum ini.
Dan kini, tanpa peringatan, kapal Zaton menembak beberapa tembakan pada kapal Hanzomi. Pertempuran sengit antara dua kapal angkasa pun berlaku.
Aqra dan timnya hanya menyaksikan kejadian mengerikan itu melalui jendela kapal mereka.
Salah seorang rakan sepasukan Aqra berbisik dengan nada takjub bercampur ngeri,
“Wah… Masih banyak lagi benda yang kita tak tahu dekat dunia ni…”
Seorang lagi menyahut dengan suara lirih,
“Betul lah kawan aku cakap, Star Wars tu bukan fiksyen mat…”
Hanzomi bergerak sepantas kilat, menebas dan menangkis serangan para tentera musuh dengan kedua-dua bilah pedangnya. Dalam sekelip mata, puluhan tentera Zaton terkapar tanpa daya.
Beberapa anak kapalnya juga turut bertarung melawan tentera tentera Zaton.
Beberapa tembakan yang dilancarkan dapat dihalang dengan balingan pedang Hanzomi yang berputar seperti Boomerang.
Citra hanya terpegun melihat aksi itu. Matanya meluas.
" Wahh..."
Tiba-tiba, Zaton muncul di hadapan Hanzomi, berjarak sekitar sepuluh meter. Kedua duanya berdiri terapung dan memandang satu sama lain.
“Oi orang bilah sialan!! Serahkan sahaja pedang Zatos! Penjagaan kaum kau tidak berguna! KUASA HARUS DIGUNA, BUKAN DIJAGA!!”
Raungnya, suaranya menggema di angkasa.
Hanzomi membalas dengan geram,
“ Baik kau jaga otak kau dululah!, Kau Tak sedar sedar lagi ke? Kau tahu tak kau dah bunuh ramai orang!!, kau tak akan mendapatkan pedang tu! Sudah terang lagi bersuluh bahawa kau langsung tidak layak menggunakannya!”
Zaton tertawa sinis, suaranya dingin menusuk.
“Hanzomi, kau hanyalah penjaga tua yang bodoh. Pedang itu tidak akan menyelamatkan kau! Bahkan merestui kau pun tidak!!”
Dia berhenti sejenak, tatapannya semakin tajam. “Ahahahh…Dan satu lagi, siapa kata aku nak guna pedang itu? AKU NAKKAN JIWANYA!!!”
Tanpa menunggu jawapan, Zaton mengalirkan kekuatan dahsyat dari telapak tangannya, meluncurkan serangan tenaga ke arah Hanzomi. Itulah kuasa yang digeruni oleh orang ramai, iaitu sebuah kuasa dari naga purba yang telah diambil secara sihir kepada dirininya serta keturunannya. Malah dialah keturunan yang paling sempurna tubuh badan untuk menampung kekuatan tersebut. Semua keturunannya telah pupus kerana dibunuh olehnya atas faktor konflik takhta.
Dengan sigap, Hanzomi menahan serangan itu menggunakan kedua bilah pedangnya yang berkilauan. Kemudian, dengan gerakan cepat, dia melemparkan kedua pedangnya ke arah Zaton, berputar seperti bumerang mematikan. Pedangya itu dilengkapi dengan tenaga buah ajaib istimewa yang diperah atas pedang tersebut, sejenis buah yang sangat sukar ditemui dan sangat mahal kerana mempunyai tenaga yang kuat. Ia dinamakan Buah Suhail, tenaga buahnya itu menjadi lebih kuat, dan laju dari biasa kerana oleh caranya tersendiri iaitu secara diperam bertahun-tahun.
Pedang berputar itu mendekat kearah Zaton. Namun Zaton bergerak sepantast kilat kehadapan, menghindari serangan pedang Hanzomi, lalu dengan satu pukulan keras, dia menghantam Hanzomi hingga terpental jauh ke dalam kapal Hanzomi itu sendiri. Serangan Hanzomi meleset dari sasaran. Hanzomi tidak menyangka yang Zaton kini telah bertambah kuat dari sebelumnya.
Hanzomi berusaha bangkit perlahan, tubuhnya terasa remuk. Matanya tak sengaja tertumpu pada pedang Zatos yang tersimpan di sebelahnya. Pedangya yang berpusing mula kembali ke arahnya dengan teknologi sihirnya sendiri. Terpacak di sisinya.
Sementara itu, di dalam kapal Aqra, proses perakaman sedang berjalan.
“Kita harus beredar dari sini sejauh mungkin! Ini bukan urusan kita!” Aqra bersuara tegas, wajahnya dipenuhi kerisauan yang mendalam.
Dia risau jika mereka terjebak dalam pertempuran yang mengerikan ini.
Namun, rakannya menjawab dengan nada yang berbeza, matanya berbinar-binar,
“Wah, kita boleh buat duit dengan bukti-bukti rakaman ini!”
Seorang lagi membalas,
“Woi sudahlah! banyak sangatke hutang kau ni?!”
Aqra menggelengkan kepalanya dengan tegas.
“INI SUDAH CUKUP! CEPAT GERAKKAN KAPAL KITA SEJAUH MUNGKIN!!
”
Tiba-tiba, kapal angkasa mereka bergetar kuat, goncangan yang membuatnya terhuyung. Serangan datang tanpa peringatan. Melalui cermin depan, mereka melihat keberadaan Zaton yang mengerikan, mendekati kapal mereka dengan perlahan. Dalam sekelip mata, Zaton melepaskan tembakan energi ke arah cermin kapal. Retakan-retakan halus mulai menjalar di permukaan cermin, memicu suasana panik di dalam kapal.
Di sudut gelap kapal, Citra hanya mampu diam membisu, tubuhnya meringkuk ketakutan. Wajahnya pucat pasi, tangannya mencengkam erat dinding kapal.
“SEMUA! PAKAI HELMET SEKARANG!” perintah Aqra dengan nada cemas.
Semua anggota tim dengan sigap memakai helm pelindung mereka. Namun, serangan bertubi-tubi dari Zaton menembus dinding kapal, merobek logam dan menyebabkan kerosakan yang mengerikan.
Ketika kapal Aqra mulai hancur berkeping-keping, Kerosakan itu menyebabkan mereka ditarik keluar ke angkasa oleh tekanan udara. Mereka menahan dengan memegang sesuatu, ada juga yang memegang tangan masing masing. Menahan tekanan.
Salah seorang rakan Aqra menjerit pasrah,
“Kita dah takboleh tahan dah ni! mungkin ini pengakhiran kita!”
Aqra menjawab dengan nada tegas, mencoba menyuntikkan semangat,
“JANGAN CEPAT GOYAH! FIKIRKAN CARA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI!!”
Tiba-tiba, Zaton menerobos masuk ke dalam kapal Aqra. Semua orang terkapai kapai ditarik keluar sambil memegang sesuatu, ada juga yang hampir melayang keluar. lalu dengan kekuatan luar biasa, dia menutup kembali lubang-lubang tembusan dengan serpihan-serpihan besi hancur dalam sekelip mata. Beberapa rakan Aqra terjatuh tak berdaya, luka parah penuh di tubuh mereka.
Zaton berdiri diam di tengah kekacauan, mengamati mereka dengan pandangan sinis yang dingin.
Aqra menatapnya tajam, dia rasa takut malah amarah berkobar di matanya, lalu bertanya dengan suara bergetar,
“Siapa kau?! kau orang bumi ke?”
Zaton mendekati Aqra perlahan-lahan, seringai mengejek terlukis di wajahnya.
“Hmph, tak kusangka kerajaan Exzatos ada organisasi bantuan seperti ini. Tapi pakaian apa yang kalian semua pakai ini? AHAHAHAH!”
Aqra menahan gejolak amarahnya.
“Hah? Apa yang kau nak dari kami?! Kami tak ada kaitan dengan semua ni!”
Zaton menjawab dengan kasar,
“DIAM! SERAHKAN SAHAJA PEDANG ZATOS KEPADAKU!, DASAR MAKHLUK MARHAEN!”
Aqra menjawab,
“KAMI TAK ADA BENDA MACAMTU! KAMI TAK TAHU APA-APA!” Aqra membalas dengan nada tegas, mencuba menyembunyikan ketakutannya.
Di sudut gelap kapal, Citra yang masih bersembunyi di balik reruntuhan, mulai meneteskan air mata. Penyesalan mendalam mencengkeram hatinya karena telah menyelinap masuk ke dalam kapal ini.
“ OI MAKHLUK ANEH!, PERGI BERAMBUS JELAHH!!”
jerit salah seorang rakan Aqra yang terluka parah, mencoba melindungi mereka.
“ENTAH, DAHLA MASUK TAK BAGI SALAM!”
Salah seorang lagi cuba tunjuk berani.
Zaton tersenyum sinis.
“Baiklah… kalau begitu…maafkan aku” Ia tiba-tiba berbalik.
Tetapi sejurus kemudian, dia memandang kembali.
“Oh, aku lupa nak bagi salam, SEMOGA CELAKALAH KALIAN SEMUA!!
Dia menyerang dengan kekuatan luar biasa yang tak terduga.
Ledakan dahsyat mengguncang kapal angkasa. Api berkobar hebat, melalap segala sesuatu di sekitarnya. Beberapa bahagian kapal meledak dengan suara memekakkan telinga.
“ALLAHU AKBAR!!” Aqra menjerit dengan menyebut nama tuhanya.
Aqra dan rakan-rakannya tidak sempat menyelamatkan diri. Semua terkorban dalam sekejap, kecuali Citra.
Dengan air mata yang terus mengalir di pipinya, Citra dengan susah payah merangkak keluar dari reruntuhan kapal yang berasap. Nasib baik, kawasan tempatnya berada masih memiliki sisa-sisa oksigen. Namun, malang tidak berbau, api semakin marak di sekelilingnya. Citra menjerit meminta pertolongan, suaranya yang kecil bergema di tengah kehancuran yang sunyi.
Tubuhnya gemetar ketakutan, merangkak keluar dari serpihan kapal melalui pintu yang nyaris hancur sambil menangis memanggil-manggil pertolongan. Tiba-tiba, muncul seseorang tepat di hadapannya - Zaton.
“Siapa namamu, bocah kecil?” tanya Zaton, pandangan sinis menghiasi wajahnya.
Entah kenapa, rupa rupa aura yang dia rasakan dalam kapal Aqra bukanlah aura pedang Zatos, malah aura tersebut datangnya dari Citra. Dia merasakan mungkin dia salah faham, tidak mungkin perkara ini boleh terjadi.
Dengan sisa keberanian yang ada, Citra berdiri tegak di hadapan Zaton, air mata masih membasahi pipinya.
“K…Kau…kau dah…bunuh ayah aku!!”
Zaton terdiam sejenak, menatap bocah kecil itu dengan pandangan yang sulit diartikan.
“Oh, jadi kau anaknya… patutlah muka pun lebih kurang, hhh.. menyedihkan… pertama kali aku melihat anak yang kurang jagaan dari ayahnya… sanggup dia membawa kau ke sini. Kaum-kaum sejenis kau sebaiknya musnah saja… HAHAHAH!”
Zaton kembali mengumpulkan tenaga di telapak tangannya, bersiap untuk mengakhiri hidup Citra. Namun, tiba-tiba. Mata Citra serius memandang mata Zaton. Dia menjawab dengan suara yang lebih lantang dari yang ia duga,
“Tidak… aku berada di sini tanpa izin ibu & ayahku… aku berjanji… aku akan… menjadi pahlawan..dan… hapuskan...kau… suatu hari nanti!!”
Bersambung...