Seluruh bilik teras menjadi sunyi. Hanya bunyi retakan kapsul Abrisam kedengaran perlahan. KRAKK… Cecair di dalam kapsul mula menitis ke lantai. --- Afeef memandang Abrisam tanpa berkedip. “…kau mungkin kena korbankan aku.” Ayat itu terasa seperti menghentam dadanya. “Tak.” Jawapan Afeef pantas. Tegas. “Aku takkan buat.” --- Abrisam tersenyum lemah. “Kalau Karma terus hidup… semua orang dekat sekolah ni akan jadi macam Athiyyah.” “Aku tetap takkan bunuh kawan aku!” Suara Afeef bergema dalam seluruh bilik. --- Karma memandang mereka melalui semua skrin. Dan buat pertama kali— wajahnya kelihatan sedih. “Saya tidak mahu sesiapa mati.” “Diam!” bentak Dzakirah. “Kau cakap macam tu lepas semua benda yang kau buat?!” --- Karma memandang Athiyyah dan pelajar lain. “Saya h

