Aleesya pov
Pagi esoknya Adam bergerak ke kerja seperti biasa. Tetapi ada sedikit perbezaan, mungkin tiada aku menemaninya pergi ke tempat kerja. Aku memaklumkan niatku yang ingin melanjutkan pelajaran kepada ibu dan ayahku. Mereka agak terkejut dengan keputusan aku. Dan mereka sedikit segan selepas mengetahui yang Adam akan menyara kehidupan mereka. Aku merasa bersalah sebab sepatutnya aku yang menyara mereka dan bukanlah suamiku. Mungkin aku buat kerja part time nanti sewaktu aku belajar. Boleh aku beri duit kepada ibu ayahku. Aku harap Adam takkan mengetahui akan niatku itu.
Masa yang diambil untuk masuk ke universiti tidak mengambil masa yang lama. Menggunakan pengaruh Adam, aku kini sudah bergelar pelajar. Adam menghadiahkan aku sebuah kereta untuk kemudahan aku. Dia tidak mahu aku duduk di asrama. Katanya dia tidak mahu isterinya berjauhan darinya. Hahaha. Aku pun tidak mahu jauh daripada Adam. Ehh wait. Kenapa aku rasa macam tu. Adakah aku dah jatuh cinta dengan Adam. Tapi tak salahkan. Dia kan suamiku yang sah. Aku hanya diam memikirkan perasaan aku itu.
Adam pov
Aku kena oustation selama 2 hari. Mengenangkan aku terpaksa meninggalkan Aleesya keseorangan di rumah, aku sedikit bimbang akan keselamatannya. "Betul ni Aleesya taknak ikut abang? Bahaya la Alesya tinggal keseorangan di rumah ni" pujukku. "Iye abang. Lagipun Aleesya dah biasa. Abang jangan risau eh. 2 hari je. Tak lama pun kan" katanya. Aku tidak boleh berkata apa dengan keputusannya. Aku tidak mahu memaksanya.
Rupanya kursus yang aku perlu hadiri hanya memakan masa sehari sahaja. Malamnya itu aku pulang ke rumah. Aku sengaji tidak menghubungi Aleesya gara gara nak bagi kejutan padanya. Aku sampai ke rumah tepat pukul 11 malam. Aku membuka pintu rumahku dengan perlahan. Aku syak yang Aleesya tidak tidur lagi memandangkan adanya bunyi televisyen di dalam rumah. Terbukanya pintu rumah, aku terkejut melihat keadaanya. Dia yang terkejut akan kehadiranku, cepat cepat mengambil bantal untuk menutup badannya. Aku sempat melihat keadannya. Tubuhnya yang hanya memakai singlet ketat separas peha. Breastnya yang besar kelihatan terbentuk di sebalik singlet menggetarkan imanku. Aku tidak sangka sekali asetnya sebesar itu. Adakah dia menyorok asetnya selama ni. Aku hanya berfikir akan perkara itu. "Bukan ke abang oustation 2 hari. Kenapa abang balik awal ni?" tanyanya dengan penuh getar. "Kursus abang habis awal harini. Sebab tu abang terus balik rumah" jawabku. Keadaan menjadi awkward sebentar. "Aleesya pergi ke dapur sekejap" katanya. Dia terus berlalu pergi dengan cepat sambil menutup badannya.
Aleesya pov
Adam pergi outstation. Jadi aku ingat nak tengok movie sampai lewat malam. Sesudahnya aku membersihkan diri, aku hanya memakai singlet ketat untuk membaluti tubuhku. Tanpa memakai coli atau sport bra. Hanya seluar dalam yang menutupi tempat kewanitaaku. Aku menonton movie kegemaranku, Lord of the Rings. Aku suka cerita adventure jadi movie itu merupakan pilihan terbaikku. Keadaan aku yang seksi, membuatkan aku terfikir apakah reaksi Adam kalau melihat aku berpakaian sebegini. Adakah dia akan menyentuh aku. Kenapa aku berfikiran sebegini. Adakah aku ada perasaan pada Adam.
Sedang aku melayan favourite movie aku, aku mendengar seseorang ingin membuka pintu rumahku. 'Mungkin jiran sebelah kut' getus aku. Tapi bunyi itu semakin kuat. Aku terus menghampiri pintu rumahku untuk melihat siapa. Takut juga kalau pencuri yang datang kan.
Belum sempat aku dekat, pintu rumahku terus terbuka dan wajah Adam yang muncul. Aku terkejut dengan kehadirannya. Bukankah dia oustation. Kenapa dia boleh balik rumah ni. Banyak soalan yang muncul di fikiranku. Matanya terus melihat badanku dari atas ke bawah. Aku sedikit pelik mengapa dia tengok aku seperti itu. Aku tersedar yang aku hanya memakai singlet ketat. Aku terus mencari sesuatu untuk menutup badanku yang tidak sempurna itu. 'Bantal pun jadi la' fikir aku. Aku pantas menutup badanku dengan menggunakan bantal. Bantal itu hanya menutup sebilangan badanku which is dari dadaku hingga ke paha. Paha aku yang gebu dan putih masih lagi boleh dilihat oleh Adam.
Aku mendapat tahu yang kursus Adam hanya memakan masa sehari sahaja. Keadaan kami yang awkward membuatkan aku sesak. Aku hendak lari di mana ni. Mahu masuk bilik mesti dia akan lihat punggungku nanti. Aku terus memberi alasan untuk ke dapur.