Aleesya pov
2 minggu sudah pun berlalu. Kami menghabiskan masa bersama dengan mengenali diri masing masing. Tak sangka Adam ni seorang yang kelakar. Aku ingatkan dia ni sejenis yang selalu serius. Kami hidup seperti kawan serumah. Adam ni ibarat housemate aku. Kami suami isteri tetapi tinggal berasingan walaupun sebumbung. The best thing is aku dapat meluangkan masa aku di dalam bilik. Aku dapat pakai pakaian yang bebas sewaktu aku hendak tidur. Kalau sebilik dengan Adam, jenuh aku nak pakai bra je. Sekali sekala tak apa bagi aset aku yang berharga ni bebas.
Pagi esoknya, aku dan Adam kembali bekerja. Kami bergerak ke kerja bersama sama dengan menaiki kereta Adam. Aku sudah banyak kali menolak pelawaannya tetapi dia tetap juga memaksa aku menaiki keretanya. Dia marah apabila mengetahui aku ingin pergi ke kerja dengan menaiki pengangkutan awam. "Buat apa naik public transport kalau suami Aleesya mampu hantar Aleesya pergi ke tempat kerja" kata Adam. Kata kata itu masih lagi tergiang giang di telinga aku.
Perlu ke aku ajak dia lunch. Tapi dia mesti busy ataupun dia lunch dengan client. Belum sempat aku ingin menghubungi Adam, aku mendapat panggilan mesej. Adam menyuruh aku makan lunch tanpa dia sebab ada hal yang penting. Jadi aku pantas mengajak teman sekerjaku untuk lunch bersama.
Tepat jam 7 malam, aku bergegas turun ke dapur untuk sediakan makan malam. Kata Adam dia mahu isterinya yang memasak untuknya. Dia nak merasai air tangan masakan isterinya. Jadi, aku selalu masak di rumah. Tak membebankan aku pun untuk memasak sebab di rumah ibu ayahku pun aku yang memasak untuk mereka.
"Abang nak cakap sikit boleh?" kata Adam memecah kesunyian antara kami. "Cakaplah" balas aku. "Aleesya taknak sambung belajar ke? Tak silap abang, Aleesya minta kerja di syarikat abang pun guna sijil diploma kan?" tanya Adam. Aku memikir sejenak dengan katanya. Memang betul aku nak sambung belajar tapi siapa yang nak sara ibu ayahku di kampung nanti. Disebabkan itu, aku membatalkan niat aku ingin meyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. "Aleesya ada niat nak sambung belajar, tapi nanti siapa nak sara ibu dan ayah di kampung" kataku perlahan. "Pasal itu Aleesya jangan risau. Abang boleh tanggung. Yang penting sekarang ni, Aleesya mesti sambung belajar. Dapatkan sijil ijazah dulu. Okey?" kata Adam.
Aku gembira mendengar kata Adam. Sebab memang niat aku mahu menyambung belajar ke peringkat yang tertinggi. Sebab aku mahu menimba ilmu. Kerana ilmulah yang membentuk peribada seseorang.
Tanpa aku sedari, aku memeluk erat badan Adam. Aku terlampau gembira tanpa sedar perbuatan aku memberi kesan pada seseorang.
Adam pov
Aku melihat dia gembira. Aku ingin dia melanjutkan pelajaran. Keputusannya yang cemerlang dalam sijil diploma tak akan aku sia siakan. Tiba tiba dia memeluk aku dengan erat. Wangian sabun mandiannya sedikit mengetarkan imanku. Ingin sahaja aku mencium tubuhnya itu tapi niat itu terpaksa aku batalkan. Dia mungkin tersedar akan perbuatannya kerana dia menarik jauh badannya dari aku. "Sorry, Aleesya tak sengaja. Aleesya terlalu happy" katanya dengan malu. Aku berdehem seraya berkata "Takpe. Jadi mulai esok Aleesya tak perlu masuk kerja. Aleesya selesaikan pendaftaran masuk ke universiti. Nanti abang beritahu bos Aleesya yang Aleesya nak berhenti kerja" kata aku. Dia hanya mengangguk kepala menanda setuju.
Selepas aku membantu Aleesya mengemas dapur, aku terus masuk ke bilikku. Terus aku teringat perbuatannya yang memelukku sebentar tadi. Kenapa aku berdiri kaku je tadi. Patutnya aku membalas pelukannya. Aduh Adam, nak tackle wife sendiri pun tak pandai. Aku hanya mengeluh kecil sebelum mata aku perlahan lahan memejam untuk tidur.