Part 7

685 Words
Adam pov Aku dikejutkan oleh seorang wanita. Aku lupa yang aku sudah berkahwin. Suara yang mengejutkan aku itu merupakan isteri aku. Nikmatnya pagi pagi ada orang kejutkan. Aku turun ke dapur untuk breakfast. Ini merupakan pertama kali aku makan bersama ibu dan ayah mertua ku. Banyak yang kami bualkan. Tentang kerja aku, keluarga aku dan lain lain. Sedikit sebanyak aku doast mengetahui tentang keluarga Aleesya dan mereka juga dapat info tentang diri aku. "Bila kamu berdua nak pergi honeymoon" kata ibu semasa breakfast tadi. Aku yang memikirkan soal ini seraya berkata, "Adam ingat nak honeymoon kat rumah la. Boleh Adam kenal rapat dengan Aleesya" kata aku sambil menjeling Aleesya. Aleesya yang melihat jelingan aku tertunduk malu. "Apa apa la kamu berdua ni. Janji kamu berdua bahagia" kata ayah. --------- Aleesya pov Esok pagi, aku dan Adam makan pagi buat kali terakhir dengan ibu dan ayah. Dah tiba masanya aku pergi untuk hidup berdikari sebagai suami isteri bersama suamiku. Aku sedikit sedih hendak meninggalkan mereka berdua. Umur mereka yang sudah berusia, aku bersalah untuk meninggalkan mereka. Bajuku sudah ku kemas. Hanya tinggal beberapa helai sahaja di rumahku itu. "Takpe Aleesya. Jangan risaukan kami. Aleesya dah jadi isteri orang. Jangan risau ye" kata ibu. Aku terus menangis dan memeluknya dengan erat. Disini la aku dilahirkan dan dibesarkan. Tak begitu mudah untuk aku meninggalkannya. "Sudah sudah la tu ibunya. Nanti susah hati Aleesya kat sana nanti" , kata ayah. Aku melihat wajah ayahku. Walaupun mukanya tidak menunjukkan apa apa reaksi, tapi aku tahu jauh sudut hatinya sedih melihat aku jauh daripadanya. Aku terus memeluk erat ayahku. Aku menangis teresak esak dibahunya. Melihat keadaan aku, ayah menepuk lembut belakang aku untuk menenangkan aku. "Adam pergi dulu ye, ibu dan ayah. Adam janji akan jaga Aleesya sebaiknya" katanya. Aku melihat Adam menyalami tangan kedua ibu ayahku. Adam mengiringiku untuk memasuki kereta. Aku memandang kedua ibu ayahku sampai kereta bergerak jauh dari rumahku. Adam pov Aku sedikit sedih melihat keadaan isteriku. Melihat keadaannya yang susah untuk meninggalkan orang tua yang menjaganya, membuatkan aku sedikit cemburu. Adakah bagus aku mempunyai ibu bapa. Dapat aku merasai perasaan yang sedemikian. 'Ahhh Adam. Tak baik kau fikir macam tu. Ibarat kau tak redha atas pemergian mereka'. Aku terus tersentak. Berdosanya aku berfikir begitu. Aku tidak mahu menjadi orang yang tidak redha dengan takdirnya. Aku cepat cepat membuang perasaanku itu. Perjalanan memakan masa 3 jam untuk sampai ke rumahku itu. Aku hanya membiarkan sahaja Aleesya melayan perasaannya itu. Aku tidak mahu menambah lagi perasaan sedihnya itu. Sesampainya di rumah, aku melihat isteriku tidur lena. Mungkin penat menangis. Aku melihatnya wajahnya yang penat. Matanya yang sama seperti ibu. Mata aku terus tertancap pada bibirnya. Bibirnya yang kemerahan sedikit mengugat keimanan aku. Ingin sahaja aku mencium bibirnya itu. Tapi aku perlu hormat keputusannnya yang belum lagi bersedia. Nasib baik aku jenis kalah sedikit dengan wanita. Kalau aku sebaliknya, dah lama aku terkam bibir comel itu. "Aleesya, dah sampai. Bangun la", kejut aku dengan perlahan. Taknak bagi dia terkejut. Dia bangun dengan terpinga pinga. Ehhh keadaan macam tu pun nampak comel. Nampak sangat kau makan cinta sungguh dengan isteri kau ni. "Aleesya masuk dulu, abang dah bukakan pintu. Abang nak bawak keluar beg Aleesya" kata aku sambil berlalu ke bonet kereta. Aku membawa beg Aleesya ke dalam bilik yang kosong. "Ni bilik Aleesya. Abang tahu Aleesya belum bersedia, jadi abang jadikan ni bilik Aleesya" kata aku. Aleesya sedikit senyum dengan kataku. Mungkin seronok kerana tidak sebilik dengan aku. "Tapi bukan selamanya Aleesya tidur sini. Lambat laun Aleesya kena tidur dalam bilik abang" kataku lagi. "Aleesya tahu, abang. Abang kan suami Aleesya." katanya. Dah tahu isteri aku bagi je la hak aku. Hahaha. Aku hanya tergelak di dalam hati mendegar perasaan jahatku itu. Sedang aku ingin berlalu pergi, Aleesya bertanya kepadaku. " Kenapa abang tak bagi je Aleesya tidur bilik abang? Kan kita tak buat apa apa pun" tanyanya. "Memang la kita tak buat apa apa. Tapi Aleesya nak ke abang hilang kawalan. Fikiran lelaki ni lain bila ada perempuan sebilik dengan dia" kataku. Wajahnya terus merona merah. Urmm makin galak la aku usik isteriku nanti. Malu pun nampak comel.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD