Adam pov
Kring.......Jam loceng berbunyi tepat pukul 8 pagi. Aku memaksa diri aku bangun untuk mencari sesuap rezeki. Aku memakai kemeja yang berwarna biru muda harini. Aku rapikan rambutku dan setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku bergerak ke dapur untuk breakfast. Harini ni breakfast roti bakar je. Al maklum la, orang bujang. Hehehe...Selepas perutku kenyang dipenuhi dengan roti bakar, aku menaiki kereta ke tempat kerja yang office hournya bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Aku masuk ke dalam Bernama Holdings dan menarik perhatian orang ramai. Penampilanku yang dikategori sebagai 'not bad' menjadi idaman setiap gadis. Aku mempunyai kulit yang cerah, mata yang redup, hidung mancung, 'I should thanks my dad, hehehe...'bibirku yang merah tanpa menghisap sebatang rokok pun. Ohh bercakap pasal mak ayah aku, mereka terlibat dalam kemalangan waktu umurku 8 tahun. Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga. Selepas aku kehilangan kedua ibu bapaku, Pak Cik Daus dan Mak Cik Timah, kawan baik ayahku menjaga aku.
"Morning, Amir" kata aku dengan penuh gembira. Amir merupakan anak pada Pak Cik Daus dan merupakan sahabat baikku. Aku melantik Amir sebagai partner business sebagai balasan Pak Cik Daus yang menjaga aku dari aku kecil lagi. Bernama Holdings ni satu satunya peninggalan harta dari kedua ibu bapaku. Setelah aku menghabiskan pelajaran dalam bidang ijazah, aku terus bekerja di syarikat ini. Aku berusaha sedaya upaya untuk menaikkan imej syarikat ni. Kini, Bernama Holdings merupakan salah satu syarikat yang ternama di Malaysia.
Aku masuk ke bilik kerjaku. Bilik yang aku design sendiri dekorasinya. Aku suka dekorasi yang simple jadi bilik kerja ini tak mempunyai banyak perabot. Stacy, secretary aku masuk ke dalam pajabat dan menerangkan jadual aku pada harini. Jadual aku padat dengan perjumpaan client. Tanpa berlangah masa, aku selesaikan kerja dengan penuh berdedikasi.
Aku pulang ke rumah dengan penuh kepenatan. Bergerak ke sana sini untuk berjumpa client sedikit sebanyak meletihkan aku. Aku terus membersihkan diri. Aku tidak suka kalau badan aku yang bepeluh dan melekit ni terkena katil jadi sesudah sampai rumah aku terus mandi. Dinner untuk malam ni aku mengambil pesanan pizza sahaja. Aku makan sambil menonton televisyen. 'Aku patut kahwin la, takkan hari hari makan instant food je' bisik hati aku. Umur aku 26 tahun sedikit sebanyak mebuatkan aku terfikir untuk berkahwin. Pak Cik Daus pun tak habis habis tanya bila aku nak berkahwin. Sahabat baikku, Amir yang berjumpa suri hidupnya lebih awal dariku membuatkan aku cemburu untuk mengikut jejaknya. Siapa la perempuan yang mampu mengetuk pintu hati aku . Masa berlalu dan aku terus masuk ke dalam bilik untuk berehat.
----------
Hari ini merupakan hari pengambilan pekerja baharu. Ini merupakan tradisi setiap tahun untuk syarikat Bernama Holdings. Aku ingin memberi peluang kepada fresh graduate untuk bekerja di syarikat ini. Pelbagai jenis dan ragam manusia telah aku temui melalui sesi interview ini. Ada orang yang non stop bercakap ketika interview. Aku dengan Amir terpaksa memotong katanya. Ada yang pemalu, bila ditanya jawab sepatah sahaja. Begitu la ragam manusia yang aku temui. Sedikit sebanyak menghiburkan aku.
Aku dan Amir turun ke hall sebagai panel interview. Mengapa bos sendiri yang turun? Ini kerana aku mahukan pekerja yang berdedikasi dan bersemangat waja bekerja di syarikat aku. Jadi aku sendiri yang turun padang memilih pekerja aku sendiri.
Seorang demi seorang masuk ke dalam hall untuk di interview. Aku melihat profil yang diberikan. Ada yang belajar sampai ke luar negara tetapi tidak mampu bercakap dengan yakin apabila ditanya. "Next" jerit aku memberikan signal orang seterusnya untuk masuk. Aku melihat seorang wanita berjalan memasuki masuk ke dalam hall. Rambutnya yang panjang diikat tinggi menyerlahkan lehernya yang putih. Aku sedikit terangsang melihat lehernya itu. Wajahnya menarik perhatian aku.
'Ahh, aku kena bersikap profesional' desis aku. Aku memberikan signal kepadanya untuk duduk di kerusi yang disediakan. Aku bertanyakan soalan untuk di temu duga. Aku melihat dia menjawab dengan penuh yakin. Sepanjang dia bercakap, mata aku hanya fokus pada bibirnya sahaja. Nak saja aku merasai bibirnya yang penuh dan berwarna merah jambu itu. Aku cuba membuang jauh perasaan aku itu. Tidak mahu 'adikku' terkesan dengan lamunan aku.