Aleesya pov
Nama aku Aleesya Natasha. Aku merupakan anak tunggal dalam keluargaku. Aku tinggal di kampung dengan ibu dan ayahku. Aku mempunyai gen ibuku iaitu mata yang besar, bibir yang penuh manakala hidung aku yang kecil daripada ayahku. Aku mempunyai badan yang menjadi idaman wanita iaitu payudara yang mantap dan punggung yang momtok. Payudaraku kini yang bersaiz C cup menyukarkan aku. Ya, ramai wanita yang mahukan payudara seperti aku, tapi aku tidak mahu. Payudara yang besar menyukarkan aku untuk memakai pakaian yang aku inginkan dan melakukan aktiviti. Dulu pada waktu sekolah, ramai lelaki suka melihat ke arah dadaku sehingga aku berasa tidak selesa. Disebabkan itu, aku sering memakai sport bra untuk menutup saiz payudaraku yang sebenar.
Sesudah aku tamat pengajian dalam peringkat diploma, aku mencari kerja dengan menggunakan sijil diploma aku. Walaupun rata rata syarikat ingin mencari pekerja yang memiliki ijazah, aku tidak putus asa mencari kerja. Aku melihat syarikat gergasi yang diberi nama Bernama Holdings. 'Nak ke syarikat besar macam ni terima aku bekerja. Ahh cuba je la' desis aku.
Aku bernasib baik harini. Harini merupakan hari pengambilan pekerja baru untuk syarikat ini. Aku sedikit debar kerana aku tidak bersedia untuk ditemu duga di syarikat besar sebegini. Aku cuba membuat persiapan dengan masa yang ada. Orang ramai yang datang untuk mencuba nasib memberikan masa yang mencukupi untuk aku membuat persiapan.
Giliran aku selepas ini. Aku cuba mengurangkan debaran di dada dengan menarik nafas sedalam dalamnya. Dan akhirnya giliran aku telah pun tiba. Aku memasuki hall dengan perlahan lahan. Aku diberi signal untuk duduk. Aku melihat dua orang lelaki di hadapanku.
Tapi ada seorang lelaki di situ yang menarik perhatian aku. Wajahnya yang tampan menarik perhatian aku. Alaa siapa je yang tidak tertarik dengan lelaki hensem kan. Jadi aku menganggap itu perkara biasa sahaja. Aku menjawab soalan yang diberikan dengan penuh rasa yakin. Sepanjang aku bercakap, lelaki tampan itu tidak putus putus melihat aku. Mungkin aku je yang perasan dia melihat aku sebegitu. Setelah habis di interview, aku pun berlalu keluar.
Aku cuma berharap aku dapat diterima bekerja di syarikat ini. Aku tidak mahu lagi ayah aku bekerja di sawah. Umurnya yang sudah berusia membuatkan aku ingin mengalih alih tugas ayahku untuk menyara keluarga. Dengan rasa tidak sabar untuk beritahu ibu dan ayahku, aku cepat cepat pulang ke rumah.