Aleesya pov
Aku menyampaikan berita gembira pada ibu ayahku. Mereka gembira yang aku interview di syarikat ternama. Tapi keputusan interview belum keluar lagi. Aku berharap sangat aku berjaya. Ibu dan ayahku tidak putus memberi semangat kepadaku. Sementara menunggu keputusan keluar, hari aku diisi dengan menolong ibu menjual nasi lemak. Aku harap selepas aku mendapat kerja, ibu aku tidak perlu lagi bangun pagi pagi untuk membuat nasi lemak.
----------
Keputusan sudah pun keluar. Aku melihat dengan penuh rasa debar. 'Aleesya Natasha anda berjaya diterima bekerja di syarikat Bernama Holdings'. Melihat ayat tersebut, aku menjerit gembira. Ibu aku yang sedang memasak di dapur terkejut mendengar jeritan aku. Lantas aku berlari ke dapur dan memberitahu berita gembira tersebut. Aku dan ibu aku memeluk kegembirangan. Aku melihat mata ibu aku sedikit basah. Mungkin tersentuh melihat aku dapat memenuhi harapan mereka.
"Ibu, Aleesya nak pergi jumpa ayah. Nak beritahu berita gembira ini" jerit aku. "Hati hati bawak basikal tu" balas ibu. Aku menunggang basikal lalu pergi ke sawah tempat ayah aku bekerja. Ayah terkejut melihat kehadiran aku. Aku terus berlari memeluk ayah dan memberitahunya. Ayah menjerit gembira. Hari itu ayah tidak berhenti senyum kerana bangga dengan kejayaan aku.
Adam pov
"Aku tengok kau tak berhenti tenung perempuan tadi. Kau suka kat dia ke?" tanya Amir selepas sesi interview habis. 'Nampak sangat ke aku tenung perempuan tu' desis aku. "Mana ada, kau tu haa yang perasan" kata aku. "Eleh, berahsia dengan aku" rajuk Amir. Aku yang sedia masak dengan rajukan Amir membiarkan sahaja. Dua tiga hari nanti okey la tu.
Malam itu, aku makan malam di rumah Amir. Rasa rindu dengan masakan ibu Amir, Mak Cik Timah yang aku anggap sebagai ibu angkat aku. Amir menceritakan apa yang berlaku pada Pak Cik Daus. Aku yang sedang makan terbatuk mendengar kata Amir. Melihat muka aku yang merah, Mak Cik Timah menghulurkan air kepada aku. Lalu aku minum dengan rakus. Pak Cik Daus hanya mengeleng kepala melihat gelagat aku.
"Bagus sangat la Adam. Cepat sikit kamu beristeri. Takkan nak bujang je sampai tua" kata Pak Cik Daus. Aku hanya tersenyum sumbing dengan katanya. 'Kau tunggu Amir' getus aku.
Sesudah makan malam, aku berehat sebentar di dalam bilik sebelum pulang ke rumah. Aku yang teringatkan kejadian makan malam tadi, terus serbu ke bilik Amir. Nasib baik isteri dia ada di dapur. Amir yang terkejut melihat aku, berlari ke luar bilik. Aku mengejar dia sampai dapat. Berlari kami berdua di dalam rumah. "Dah umur 26 tahun pun perangai macam budak budak" usik Pak Cik Daus. Kami tergelak kecil dengan usikan Pak Cik Daus. Melihat Amir yang sedang alpa, aku terus menyiku kepalanya. "Itu la, bocor lagi rahsia" kata aku. Dia menggosok kepala kesakitan akibat disiku aku.
Lalu aku pun cepat cepat salam Pak Cik Daus dan Mak Cik Timah untuk pulang ke rumah. Takut nanti Amir pula siku aku.