Aleesya pov
Aku datang bekerja dengan penuh rasa debar. Ini merupakan hari pertama aku bekerja. Aku diperkenalkan ke bos jabatan aku dan pekerja yang lain. Aku diajar cara skop aku bekerja. Aku yang jenis cepat belajar, faham akan apa yang diajarkan.
"Okey, disebabkan saya tengok kamu sudah faham apa yang diterangkan, saya mahu memberikan tugas pertama pada kamu. Kamu perlu interview CEO syarikat ini iaitu Encik Adam. Kamu perlu interview mengenai latar belakang dia, semua tentang diri dialah. Saya berikan masa untuk kamu siapkan dalam masa seminggu", kata Encik Rahim, ketua editor untuk majalah Bernama Holdings. Aku mendengar dengan tekun apa yang dikatakan oleh Encik Rahim. Sedikit sebanyak tugas yang diberikan menganggu fikiran aku. Dengan keadaan lelaki itu yang lama merenung aku ketika interview membuatkan aku dilema untuk menyiapkan tugas ini. Tapi memikirkan keadaan ibu bapaku di kampung, aku terus melaksanakan tugas yang diberikan.
Adam pov
Pagi aku seperti biasa dengan secretary aku menerangkan jadual aku pada harini. Aku tersenyum apabila secretary memberitahu aku yang ada seorang editor bernama Aleesya ingin membuat temujanji untuk interview aku. Melihatkan jadual aku yang kosong pada sebelah petang, aku terus bersetuju untuk bertemunya.
Selepas lunch break, aku dimaklumkan yang Aleesya ingin bertemu aku. Aku memberikan kebenaran masuk kepada secretary aku melalui interkom. Dan aku melihat Aleesya berjalan masuk. Rambutnya yang panjang yang dikat ponytail bergerak ke kiri dan kanan ketika dia bergerak. Aku memberikan isyarat tangan menyuruhnya untuk duduk. Aku tersenyum melihatnya seakan nervous untuk berjumpa denganku.
Aleesya pov
"Terima kasih sebab meluangkan masa Encik Adam untuk bertemu dengan saya. Okey, sebelum itu boleh saya tahu adakah Encik Adam sudah bersedia?" tanya aku. Dia menganggukkan kepala yang membawa maksud yang dia sudah bersedia. "Soalan pertama, boleh ceritakan latar belakang Encik Adam?" tanya aku dengan penuh berhati hati. Aku melihat dia menjawab pertayaanku dengan yakin. Tanpa sesaat pun dia rasa tergugat. Aku mencatat jawapaanya di dalam buku nota yang telah aku bawa. Aku mengambil masa sejam untuk interview Encik Adam.
Disaat aku ingin berkemas untuk keluar dari pejabatnya, dia bertanya soalan kepadaku. "Tadi Cik Aleesya dah bertanya soalan pada saya. Boleh saya pula yang bertanya soalan kepada Cik Aleesya?" tanya Encik Adam dengan penuh harapan. Aku mengiyakan soalannya. "Maaf kalau terlalu personal, adakah Cik Aleesya sudah berpunya?" tanya Encik Adam. Aku terkejut soalan yang ditanya olehnya. Aku tengah berkira sama ada mahu menjawab soalan itu atau tidak. Aku menggeleng kepala dengan penuh rasa malu. Aku pun tidak tahu mengapa aku perlu malu sedemikian.
"Teman special atau boyfriend ada tak?" tanyanya lagi. Aku menggeleng kepala. Bukan niatku untuk tidak mencari someone untuk dijadikan suami tetapi keutamaan aku ialah family. "Apa kata Cik Aleesya kalau saya mengajak Cik Aleesya berkahwin dengan saya?" tanyanya lagi. Aku melihat Encik Adam dengan penuh rasa terkejut. Buang tabiat apa boss aku ni. Tak kenal aku siapa, tup tup ajak aku kahwin dengan dia. "Perkahwinan bukan perkara yang main main Encik Adam. Encik Adam tak kenal pun saya dan saya pun lagilah tak kenal Encik Adam. Encik Adam mahu ambil kesempatan atas saya ke?" marah aku sedikit. Dia ingat dia orang kaya boleh ambil kesempatan kat atas aku. Perempuan luar sana yang gilakan harta boleh la, tapi aku tidak sama sekali. "Adakah Cik Aleesya tengok saya bergurau ke sekarang ni?" tegas Encik Adam. Mungkin terkesan dengan perjelasan aku tadi. Aku melihatnya wajahnya yang serius. Tapi aku tidak akan terpedaya sama sekali. "Terima kasih la Encik Adam atas masa yang diberikan dan juga offer Encik Adam untuk berkahwin itu. Tapi saya rasa Encik Adam tentu penat sampai bercakap perkara mengarut macam tu sekali" jelas aku sambil membawa semua barang aku. Sebelum tangan aku mencapai tombol pintu, aku menerima jawapan yang tidak disangka sangka oleh Encik Adam.