Aleesya pov
"Bagaimana kalau saya kata yang saya yakin Cik Aleesya adalah jodoh saya. Saya sudah melakukan solat istikharah dan wajah Cik Aleesya yang muncul di fikiran saya" kata Encik Adam. Aku yang tidak tahu untuk membalas apa, meminta zin dan berlalu keluar dari pejabatnya.
Aku pulang ke rumah sedikit lewat. Fikiran aku masih lagi memikirkan kata kata Encik Adam. Tak mungkin dia mahu berkahwin dengan aku. Dia tidak mengenali aku lagi. Mungkin dia mahu mempermainkan aku. Aku cuba memujuk kata hatiku. Melihat mukanya yang serius, tak mungkin dia ada niat nak buat begitu. Aku yang sudah pening memikirkan perkara tersebut berniat mahu melupakan sahaja.
-------
Sedang aku membuat kerja di pejabat, aku mendapat panggilan dari bos aku. Katanya Encik Adam mahu berjumpa dengan aku. Aku menjadi gugup mahu berjumpanya. Mungkin isu berkahwin itu akan dibangkitkan oleh dia. Aku cuba menenangkan diri aku.
"Masuk" jerit Encik Adam. Aku yang mendengar jeritan itu terus masuk ke dalam pejabatnya. Dia yang melihat aku, tersenyum kecil.
Adam pov
Sejak bertemu Aleesya di interview tempoh hari, fikiran aku asyik terbayangkan wajahnya, senyumannya. Tipu kalau aku cakap aku tidak mimpi basah terhadapnya. Tidak mahu perkara ini membebankan aku, aku terus meminta petunjuk dari Allah. Setelah mendapat jawapan, aku terus berniat mahu memperisterikan Aleesya.
Aku melihat Aleesya berjalan masuk ke dalam pejabatku. Aku berharap dia sudah memikirkan niatku untuk berkahwin dengannya. Aku mengarahkan dia untuk duduk di kerusi di hadapanku. Dengan penuh berhati hati aku memulakan kata. "Cik Aleesya dah fikirkan niat saya itu" tanya aku. Dia mengambil masa untuk menjawabnya. "Betul ke Encik Adam mahu berkahwin dengan saya? Adakah Encik Adam mahu mengambil kesempatan keatas saya?" katanya. Aku tergelak kecil mendengar katanya. "Saya serius. Saya tiada niat pun mahu mempermainkan Cik Aleesya. Kalau Encik Aleesya setuju, saya akan menghantar wakil untuk masuk meminang Cik Aleesya" kata aku. Aku melihat dia terkebil kebil melihat aku. Mungkin tidak menyangka aku bertidak sejauh ini. Aku berharap sangat yang dia akan bersetuju. Aleesya meminta untuk memberi masa untuk dia memikirkannya. Dan jawapan yang aku tunggu telahpun tiba.